Alvin Rafael : 18

5.3K 257 41
                                    

Tubuh Felina dipeluk erat oleh Mak Rahimah. Sempat wanita tua itu mengusap lembut belakang tubuh Felina. " Nanti kalau lapang, jemputlah datang rumah Mak lagi ya. Ajak Alvin sekali." ujar Mak Rahimah usai meleraikan pelukan.

Felina menanggukkan kepalanya beserta senyuman manis. Rasa senang saat dipeluk oleh wanita itu. Sudah lama dia tidak mendapat pelukan hangat dari seorang ibu. Mungkin ini kali terakhir dia bertemu dengan Mak Rahimah memandang dia bukan tunang Alvin yang sebenar.

" Mak minta maaf ya atas apa yang berlaku semalam. Maafkan kekasaran yang keluarga Mak dah buat pada Felina." sayu sahaja suara Mak Rahimah. Kesal apabila Felina perlu berhadapan dengan perkara begitu.

Felina tunduk. " Felina yang sepatutnya minta maaf. Felina tak patut buat kecoh."

" Felina tak salah. Nadia dah mengaku semuanya. Dia mengaku yang dia hina Felina dan ibu Felina." terang Mak Rahimah. Awal pagi lagi, dua anak beranak itu sudah pulang tanpa meminta maaf pada Felina. Ego.

Alvin yang baru sahaja selesai meletakkan luggage ke dalam kereta itu terus menapak ke arah Mak Rahimah. Tangan Mak Rahimah dicapai dan disalam. " Terima kasih tumpangkan kami bermalam. Maaf menyusahkan Mak." ucap Alvin.

Mak Rahimah mengusap bahu Alvin. " Tak menyusahkan langsung. Mak lagi suka kamu berdua ada. Nanti bawa Felina datang lagi. Tak puas Mak bersembang dengan dia."

Alvin hanya angguk.

"Mak jangan risau. Nanti kenduri Alvin, kita pergi la." sampuk Zaim. Dia dan Lisa yang baru sahaja muncul di kawasan luar rumah itu beriringan ke arah mereka.

"Mak tak sabar nak tengok kamu berdua naik pelamin. Sama cantik, sama padan." sambung Mak Rahimah teruja.

Alvin dan Felina saling mengerling antara satu sama lain saat mendengar kata-kata Mak Rahimah. Sudah tentu perkara itu takkan berlaku.

Mereka sekadar tersenyum ke arah Mak  Rahimah.

" Tuan, kerja elok-elok ya. Saya cuti lagi." ujar Zaim dengan sengihan.

Alvin menaikkan matanya ke atas. Cemburu pula Zaim dapat bercuti sedangkan dia harus bekerja esok. "Yelah. Kau honeymoon elok-elok. Masuk bertugas nanti, aku bagi kes banyak-banyak dekat kau."

Zaim mencebik. " Benci arrr macam ni."

Serentak mereka ketawa.

Lisa mendekati Felina dan tangan wanita itu digenggam. "Nanti kalau ada apa-apa, Felina call la Lisa ya. Jangan lupakan Lisa."

" Never. Lisa kan kawan I." jawab Felina jujur.

Lisa terus menarik Felina ke dalam pelukannya. Mereka saling berbalas pelukan. " Terima kasih jadi kawan Lisa." ujar Lisa dengan gembira. Dia sangat selesa dengan Felina. Walaupun dari luaran wanita itu tidak kelihatan seperti seseorang yang mudah didekati tetapi jauh sekali. Felina sangat baik dan tidak berlagak meskipun dia seorang model international.

"Glad to meet you here." balas Felina.

" Cukuplah tu, Lisa. Abang Alvin tak bagi peluk Felina dia lama-lama. Dia sahaja boleh peluk lama-lama." celah Zaim menyakat.

Pelukan itu dileraikan serta-merta. Ketawa Lisa apabila sedar dia memeluk tubuh Felina terlalu lama.

"Kamu Alvin, jangan nak peluk anak dara orang. Kahwin dulu lepastu baru boleh kamu peluk. Peluk tak lepas pun tak apa." tambah Mak Rahimah. Peringatan keras dia berikan kepada Alvin.

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now