Felina tersenyum ke arah Alvin yang sedang membaca doa. Solat subuh pertama mereka sebagai suami isteri. Merdu sahaja setiap bacaan Alvin ketika mengimamkan solatnya. Pertama kali dia merasakan suasana seperti ini.
Alvin meraup wajah sebaik sahaja selesai membaca doa. Dia berpaling ke arah isterinya.
Felina masih menadah tangan. Leka melihat dia berdoa agaknya. " Habis doa dah. Boleh Amin dah." tegur Alvin seraya tersenyum kecil.
Tersentak Felina apabila sedar dia sudah jauh mengelamun. Cepat-cepat dia meraup wajah.
" Isteri Abang ni berangan apa ?" soal Alvin.
"Bukan berangan. Terpegun tengok Abang. Pandai Abang baca doa. Merdu. Felly tak boleh baca doa panjang-panjang macam Abang. Masa solat pun, Felly tak tahu nak baca apa." Felina tunduk. Malu kerana dia tidak boleh menghafal bacaan yang panjang dalam solat. Malah solatnya juga masih tidak sempurna. Dia sekadar mengikut pergerakan Alvin sahaja.
Alvin merapatkan jarak mereka. Wajah isterinya diusap penuh kasih. "Tak apa. Lepasni Abang ajar Felly. Kita start baiki apa yang patut and Abang tolong Felly hafal semula. InsyaAllah kalau Felly rajin, sekejap jer Felly dah boleh hafal bacaan dalam solat." Alvin menyakinkan Felina.
" Felly malu..."
" Sebagai suami, tanggungjawab Abang untuk mendidik Felly. Jadi, tak perlu malu. Sekurang-kurangnya, Felly nak belajar. Tak semua orang ada kesungguhan nak belajar." sambung Alvin. Tidak mahu Felina rasa rendah diri dan serba kekurangan di hadapannya. Baginya, Felina isteri yang sempurna.
Felina ukirkan senyuman manis. Tiada apa yang dia perlu malu lagi. Alvin sudah cukup menyakinkannya.
"Abang, dah lama Felly nak tanya perkara ni dekat Abang. Kenapa Abang pilih Felly ? Kenapa bukan Maya ?" Dia sendiri tertanya-tanya mengapa Alvin memilih dirinya yang langsung tiada apa yang istimewa.
Alvin memandang tepat ke dalam anak mata Felina. "Sebab Felly wanita pertama yang ada dalam hati Abang. Dan tak pernah ada perempuan yang mampu gantikan tempat Felly di hati Abang. Kehadiran Felly dalam hidup Abang terlalu bermakna. Felly ajar Abang erti mencintai dengan ikhlas dan memaafkan."
Felina mendakap kemas tubuh suaminya. Wajah disembamkan ke dada Alvin. Sungguh dia beruntung kerana memiliki Alvin.
" Felly tahu apa yang buat Abang kagum sangat dengan Felly ?"
"Hm ?" soal Felina ingin tahu. Hairan.
" Kekuatan Felly. Abang tahu bukan mudah untuk memaafkan orang yang pernah hancurkan hati kita. Dan bukan mudah untuk buang rasa marah pada orang yang pernah menyakiti kita." sambung Alvin. Dia kagum dengan kekuatan wanita itu. Terlalu banyak dugaan dan keperitan yang Felina alami dalam hidupnya.
Felina meleraikan pelukan dan memandang lama wajah Alvin. "Ada maaf yang perlu diucapkan untuk hati yang lebih tenang. Ada benci yang harus dipadam untuk lebih ikhlas menerima takdir. Hidup di atas segala dendam takkan pernah buat semuanya berubah jadi baik. Dan hidup dengan kemarahan yang menggunung takkan pernah buat berada di atas."
Alvin diam menanti Felina meneruskan kata-katanya.
"Mungkin yang membuatkan Felly menderita selama ini kerana Felly tak boleh memaafkan, dendam yang takkan ada habisnya dan marah yang tidak pernah padam. Sekarang hati Felly lebih tenang. Sangat tenang." sambung Felina lagi. Terlalu banyak perkara yang dia belajar dengan apa yang telah berlaku. Dendam tidak akan mampu memberikan sebuah ketenangan. Dan marah yang tiada penghujung, tidak mampu membuatkan dia puas.
Alvin mencium ubun-ubun Felina sebaik sahaja wanita itu habis berbicara. " Abang bangga dengan Felly. Sangat bangga." puji Alvin.
Felina tersenyum bahagia. Mungkin ini kebahagian yang dia temui setelah segala perit yang di alami.
YOU ARE READING
Until You, My Destiny
RomanceAlvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaikan takdir indah buat Alvin. Namun takdir memisahkan mereka. Tanpa dia sedar, takdir yang bertaut kem...