Alvin Rafael : 48

6.1K 310 20
                                    

Alvin menolak kerusi roda ke arah taman. Cuaca hari ini tidak panas dan tidak juga mendung, sangat sesuai untuk membawa Dato Ridwan mengambil angin di luar rumah.

" Kita breakfast dekat luar harini. Felina kata dia nak masakkan nasi lemak untuk Uncle." ujar Alvin.

Dato Ridwan tersenyum. "Pandai ke dia masak ?"

Alvin ketawa. Dia pun ada terfikir perkara yang sama. Setahu dia, Felina memang gagal bab masakan tetapi gadis itu tetap berkeras untuk memasak. Awal pagi lagi mereka sudah menapak ke rumah Dato Ridwan untuk bersarapan bersama.

Dato Ridwan menyentuh tangan Alvin yang berada di pemegang kerusi roda itu. "Vin." panggil Dato Ridwan.

Alvin memberhentikan kerusi roda itu. Dia duduk melutut di hadapan Dato Ridwan. " Kenapa Uncle ? Uncle sejuk ke ? Ke Uncle nak masuk rumah balik ?" soal Alvin kehairanan.

Dato Ridwan membalas dengan gelengan.

Alvin menanti sahaja apa yang ingin disampaikan oleh Dato Ridwan. Seperti ada sesuatu yang ingin dia sampaikan.

" Tolong jaga Felina sebaiknya kalau Uncle tak ada. Cintakan dia sepenuh hati. Lindungi dia sebaiknya. Jangan pernah sakitkan dia. Cukuplah dia menderita selama ini."

" Uncle..." Alvin hilang kata.

Dato Ridwan ukirkan segaris senyuman. " Uncle titipkan dia pada Alvin. Uncle yakin Alvin selayaknya menjaga Felina."

"InsyaAllah Uncle. Vin akan jaga dia sebaik mungkin. Vin akan bahagiakan dia sampai hujung nafas dia. Vin tak akan sia-siakan Felina. Felina adalah takdir terindah dalam hidup Vin." Alvin membalas dengan yakin. Dia faham perasaan seorang bapa yang sudah tentu risau tentang anaknya yang bakal berkahwin.

Dato Ridwan tersenyum bangga. Dia menepuk lembut bahu Alvin. Jelas dia lega setelah mendengar kata-kata Alvin. Syukur Felina mendapat lelaki yang baik. Dia yakin Felina akan bahagia jika bersama Alvin.

" Dad ! Raf !" panggil Felina dari jauh. Dia sudah siap menghidangkan makanan untuk sarapan mereka.

" Jom Uncle. Felina dah panggil." ujar Alvin seraya bangun dari melutut. Dia menolak kerusi roda itu ke arah meja yang berada di halaman rumah.

Felina tersenyum ke arah dua lelaki itu. Dia sedikit terharu dengan sikap Alvin yang mengambil berat terhadap bapanya. Sempat dia bersembang dengan pembantu rumah ketika menyediakan sarapan dan pembantu rumah itu memberitahu bahawa Alvin kerap datang ke rumah untuk melawat Dato Ridwan.

Alvin merapatkan kerusi roda pada meja agak Dato Ridwan selesa untuk makan. Dia mengambil tempat di sebelah Dato Ridwan.

Felina menuangkan teh pada cawan. " Harini I masak nasi lemak untuk Dad dan Alvin."

Alvin kagum melihat hidangan yang berada di hadapannya. Bau dan juga rupa sudah menarik perhatian. Tidak sangka Felina pandai memasak.

" Pandainya anak Dad masak." puji Dato Ridwan.

Felina mengibaskan rambutnya dengan bangga. "Well, ini Felina lah."

Alvin sembunyikan senyuman. Bukan main wanita itu membanggakan diri sedangkan dia cukup kenal Felina yang tidak tahu memasak langsung.

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now