Alvin Rafael: 29

6.7K 491 73
                                    

Felina keluar dari kereta atas permintaan Alvin. Memandangkan mereka berada di tempat letak kereta VVIP, jadi kawasan itu langsung tiada sesiapa selain mereka.

" Kan aku dah pesan, duduk dengan Mak. Jangan keluar. Keadaan masih tak tenang. Susah ke kau nak dengar ?" bebel Alvin. Hairan Alvin dengan sikap Felina yang degil itu. Dia sudah pesan untuk tidak keluar ke mana-mana memandangkan keadaan masih belum reda sepenuhnya.

Terkejut dia melihat kelibat Felina di dalam bangunan syarikat milik Dato Ridwan. Terus sahaja dia mengejar Felina sampai ke tempat letak kereta.

"So you nak I buat apa ? Tunggu Dad ubah fikiran dia sendiri ?" Mana mungkin dia masih boleh bertenang di rumah dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Aku tolong kau. Aku akan hentikan semua ni. Kau tak perlu kahwin dengan Felix untuk selesaikan semua masalah ni. Aku dah bincang dengan Felix. Kami dah setuju untuk buat press conference. Nama kau akan clear dari kontroversi ni." terang Alvin. Dia sudah berbincang dengan Felix untuk tidak meneruskan perkahwinan itu. Dia berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah Felina.

"I akan teruskan perkahwinan ni. I akan kahwin dengan Felix."

" Kau cakap apa ni ? Kau sedar tak apa kau buat ni ?" Tinggi suara Alvin kedengaran kerana terkejut.

Felina memandang lelaki di hadapannya dengan riak wajah tenang. " I sedar. I dah buat keputusan untuk langsungkan perkahwinan dengan Felix." Penuh yakin Felina berbicara.

Mata Alvin sedikit membesar kerana terkejut. "Kau gila ke ? Kau tak cintakan dia !" balas Alvin tidak percaya. Tidak faham dengan keputusan mengejut Felina.

" Ada beza ke cinta atau tak ? At the end, cinta akan hilang juga. Perasaan akan berubah. Kalau perkahwinan hanya atas dasar cinta, Dad akan setia dengan Mom sampai hujung hayat dia. Tapi apa Dad buat ? Dad tinggalkan Mom untuk perempuan lain."

"Love is nothing, Alvin. One day perasaan tu akan hilang. As time goes by, tak ada cinta lagi dalam sebuah perkahwinan." sambung Felina lagi. Perkahwinan kedua ibu bapanya yang hancur sudah cukup perit untuk dia terima. Baginya, tiada guna mencintai jika perasaan itu hanya sementara sahaja.

" Jangan samakan perkahwinan parents kau dengan kau. Kau berhak untuk berkahwin atas dasar cinta. Bukan macam ni caranya." bantah Alvin. Tidak semua perkahwinan akan berakhir dengan tragis. Dia yakin masih ada perkahwinan yang bahagia.

"Atas dasar cinta ? Siapa yang cintakan I ? Who ? No one, Alvin Rafael. Perasaan cinta you sendiri pun dah mati untuk I. Even my own father didn't love me. Atas sebab apa lagi I nak percaya cinta ?" Felina menyoal. Cinta sudah tidak bermakna apa-apa untuk dirinya. Dia sendiri sudah sakit menanggung perkhianatan lelaki bergelar ayah itu. Apatah lagi mengejar cinta orang yang tidak sudi.

Terdiam Alvin.

Alvin menghela nafas seketika. Dia harus bertenang dalam keadaan Felina yang dikawal sepenuhnya oleh emosi. " Tapi bukan ini cara dia. Kita boleh selesaikan semuanya tanpa sebarang perkahwinan." tutur Alvin lembut.

" Tak ada guna, Alvin. I dah jumpa Dad. I tetap dengan pendirian I untuk teruskan semua ni. Mungkin Felix yang terbaik untuk I. Mungkin dia mampu jaga I. Mungkin dia mampu jadi tempat untuk I bersandar." Ada getar pada suara Felina. Tiada apa yang harus dia perjuangkan lagi.

Alvin memegang kedua belah bahu Felina. Matanya tepat ke dalam anak mata Felina. " Felina, look ! Ini kerja gila."

Dia masih tidak percaya dengan keputusan mendadak Felina. Dia tidak mampu melepaskan Felina dengan cara begini.

" Cakap lah apa you nak cakap, Alvin. I tetap akan kahwin dengan Felix. I akan jadi isteri dia yang sah. I akan lahirkan anak-anak dia. This is my decision and I'm done with this conversation."

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now