Alvin Rafael : 20

6.8K 303 55
                                    

Sinaran matahari yang memancar membuatkan Felina terjaga dari tidur. Berkelip-kelip matanya cuma menjelaskan pandangan yang kabur. Kepala terasa berat. Serentak tangannya naik memegang kepala yang terasa sakit.

" Auchh." desis Felina. Sedar kepalanya pening kerana terlalu banyak minum.

Dia memandang ke sisi kanan. Almari yang memaparkan koleksi handbagnya. Dia menghela nafas lega. Sudah tentu dia sedang baring di atas katil di dalam bilik tidurnya sendiri.

" Macam mana aku boleh ada dekat bilik ? Siapa hantar aku balik ?" gumam Felina sendirian. Dia terlalu mabuk jadi dia tidak ingat apa yang berlaku.

Felina memusingkan tubuhnya ke arah kiri pula. Terbeliak matanya saat dia melihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur di atas sofa. Dia tidak dapat melihat jelas wajah lelaki yang tidur itu kerana dia masih terbaring malas di atas katil.

" What the hell !" jerit Felina. Laju sahaja dia bangun dari baringnya. Kerana terlalu terkejut, badannya terus terasa segar.

Dia memandang lama ke arah lelaki yang tidur di atas sofa itu. Wajah yang terlentok ke tepi itu dipandang lama.

"Rafael ?" Hampir terjojol kedua biji mata Felina apabila jelas di matanya Alvin sedang tidur lena di atas sofa itu. Tak mungkin. Dia tidak percaya lelaki itu Alvin. Bagaimana Alvin boleh berada di rumahnya ?

Felina memegang kepalanya dengan kedua belah tangan. Dia cuba mengingati peristiwa malam itu.
Perkara terakhir yang dia boleh ingati ialah dia terlanggar seorang lelaki. Lelaki yang tidak dikenali. Tapi mengapa Alvin pula di sini ?

Naik buntu Felina berfikir.

" Sedap tidur ?" suara garau Alvin menerjah gegendang telinga Felina.

Tersentak tubuh Felina seketika. Dia berpaling ke arah Alvin yang sudah terjaga dari tidur. Rambut lelaki itu kelihatan sedikit serabai. Tetapi masih kacak di mata Felina.

"What happened ? Macam mana you boleh ada dekat sini ?" Dia tidak mampu mengingati apa-apa.

Alvin bangun dari duduknya. Dia merenung tajam ke arah Felina. Riak wajahnya juga serius seperti tunggu masa sahaja ingin meletus.

" Aku yang sepatutnya tanya kau. Macam mana kau boleh mabuk teruk ?" tegas Alvin bersuara.

"I mabuk sebab I minum la." bersahaja Felina menjawab. Langsung tidak terkesan dengan wajah berang Alvin. Banyak pula soalan lelaki itu. Sudahlah kepalanya masih sakit.

Alvin mendengus kasar. Tidak faham dengan perangai Felina yang tidak berfikir panjang. "Kenapa kau boleh ada dekat bar sedangkan kau kata kau nak jumpa kawan kau masa dinner semalam ? Mana kawan kau ? Kenapa bukan diorang yang hantar kau balik rumah dalam keadaaan mabuk?"

"Kau tak fikir ke keselamatan diri kau ? Apa akan jadi kalau kau jumpa lelaki yang salah dalam keadaan mabuk ? Tak fikir ? Tak ada otak ?" suara Alvin naik seoktaf. Melepaskan amarahnya yang memuncak kepada Felina.

Felina mengetap gigi. Tidak puas hati apabila Alvin meninggikan suara padanya." You sedar lah I ada masa dinner tu ? I ingatkan you tak kenal I. Sebab I kan tak penting untuk you ingat !" perli Felina.

Alvin diam.

"Kenapa you kena risau tentang I ? I'm not anyone to you."

" Aku bukan risau tentang kau. Aku cuma rasa kau ni menyusahkan aku. Tak pasal-pasal mamat yang selamatkan kau semalam tu call aku sebab kau saved contact as future husband."

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now