" Awak sihat ?" soal Maya. Dia ukirkan senyuman buat Felina. Sudah agak lama mereka tidak bersua muka seperti ini.
Felina diam. Tiada secalit senyuman dibalas olehnya. Dia hanya merenung sahaja wajah Maya yang berdiri tegak di hadapannya ketika ini. Entah bagaimana Maya boleh tahu keberadaan dirinya.
Maya kembali menoleh ke arah potret itu memandangkan Felina langsung tidak menjawap pertanyaan tersebut. Suasana agak janggal tetapi sedaya upaya dia beranikan diri untuk tetap berhadapan dengan Felina. Cukup mengerti mengapa Felina bersikap dingin.
"Awak beruntung sebab masih ada orang yang sayangkan awak. Dan ramai yang masih ada di sisi awak. Tak macam saya." Melihat potret Felina bersama dua lelaki itu membuatkan dia sedar betapa ramai orang yang sayangkan Felina. Masih ada orang baik yang berada di sisi gadis itu. Jauh berbeza dengan nasibnya.
Felina berpeluk tubuh. Langsung tidak berminat untuk melayan drama Maya. " I tak nak dengar kisah sedih you. Hidup I dah cukup menyedihkan pun. Apa you nak dari I ?"
Maya tunduk dan mengenggam erat tangannya sendiri. Dia menarik nafas dalam cuba membina kekuatan untuk membuka mulut dan berterus terang. Dia perlu berhadapan dengan Felina selepas sekian lama. "Saya datang untuk minta maaf. Maafkan segala kesalahan saya pada awak. Dan saya minta maaf untuk pihak ibu saya. Maafkan apa yang Ibu saya dah buat pada awak dan ibu awak."
Felina ketawa lepas. Sungguh kelakar. " This is so funny."
Maya mengangkat wajah sebaik sahaja mendengar tawa Felina. Semakin takut untuk dia bersuara apabila Felina merenung tajam ke arahnya. Dia tahu betapa bencinya Felina setelah apa yang berlaku. Mungkin dia juga akan lalukan perkara yang sama seperti Felina.
"Saya sedar kehadiran kami dalam hidup awak banyak meninggalkan luka. Luka yang mungkin tak mungkin terubat. Kami banyak buat silap pada keluarga awak. Kami tamak. Kami rampas kebahagian awak untuk kepentingan kami. Kami dibutakan dengan keinginan. Keinginan untuk mempunyai keluarga sampai sanggup menghancurkan keluarga orang lain." Maya cuba beranikan diri untuk berkata-kata. Dia harus selesaikan semua ini dengan baik.
"Saya sanggup rampas ayah dari awak sedangkan saya bukan anak kandung dia. Dan saya langsung tak sedar diri malah saya salahkan awak sebab muncul dalam hidup keluarga saya. Sedangkan hakikatnya, saya yang merampas hak milik awak." Maya sedar betapa bodohnya dia kerana pernah menyalahkan Felina kerana muncul di dalam keluarga mereka suatu ketika dulu. Dia membenci Felina tanpa sedar akan hakikat yang sebenar.
"Sekarang baru nak sedar yang diri tu perampas ? You ingat maaf you boleh ganti semula apa yang you rampas ke ? You boleh kembalikan my mom ? You boleh putarkan masa untuk baiki semua yang dah hancur ?" Felina menyoal.
Maya geleng. Air matanya sudah mula mengalir. Rasa bersalah dan malu dengan dirinya sendiri.
" And then why datang minta maaf pada I ? I don't need your sorry or tears. Nothing changed, Maya. Damage is done." ujar Felina dengan nada tinggi.
"Saya faham awak bencikan saya. Dan mungkin awak tak mungkin maafkan saya. Saya sedar semua tu. Saya sendiri mungkin akan buat perkara yang sama kalau berada di tempat awak. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Saya tak boleh tidur dengan tenang selagi saya tak minta maaf pada awak." Tangan pantas menyeka air mata dari terus membasahi pipi. Sudah lama dia hidup dengan rasa bersalah sehingga membawa diri ke kampung ibunya. Jauh dari segala kenangan buruk tetapi dia masih tidak mampu hidup dengan tenang.
" Saya dah dapat balasan saya, Felina. Saya tak ada sesiapa dalam hidup saya kecuali sahabat saya. Saya tak ada keluarga untuk bergantung harap lagi. Saya tak nak dihantui rasa bersalah seumur hidup saya. Maafkan saya. Maafkan segala kesalahan saya pada awak."
YOU ARE READING
Until You, My Destiny
RomanceAlvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaikan takdir indah buat Alvin. Namun takdir memisahkan mereka. Tanpa dia sedar, takdir yang bertaut kem...