" Uncle tak sangka Aunty Arini sanggup buat perkara macam tu." luah Dato Ridwan. Wajah tua itu masih pucat. Sejak dari tadi Dato Ridwan termenung dan tidak mampu berkata walaupun sepatah.
Semua yang masih berada di ruangan itu hanya mendengar. Kini ruangan itu hanya ada Alvin, Felix, Maya serta Leo yang sekadar menemani Alvin atas arahan Daniel.
Ruang tamu itu terasa kosong dan suram. Mereka duduk di sofa bersama. Masing-masing mengambil masa untuk bertenang.
Daniel and Aviera sudah pulang kerana Datin Alya tidak sedap badan. Mungkin terkejut melihat adegan luar biasa sebentar tadi.
Maya yang masih dalam persalinan pengantin hanya diam tidak berkutik. Tunduk memandang lantai bersama air mata yang mengalir tidak henti. Mana mungkin dia boleh menerima kebenaran tentang ibunya begitu. Wanita yang dia pandang tinggi dan sayang sepenuh hati sanggup membunuh untuk kepentingan sendiri.
Alvin memandang pengantin perempuan yang tidak sempat di ijab kabulkan olehnya itu. Berat hati melihat keadaan Maya. Dia tahu betapa Maya sayangkan Datin Arini selama ini.
"Mungkin ada perkara yang lebih mengejutkan." ujar Alvin.
Laju Dato Ridwan berpaling ke arah Alvin. Tidak mengerti apa yang cuba disampaikan.
"Ini dokumen yang Felina cuba berikan pada Uncle sebelum kemalangan."
Sebuah dokumen diserahkan tanpa ragu kepada Dato Ridwan. Ketar tangan Dato Ridwan menyambut huluran dokumen itu. Takut dengan segala kemungkinan yang bakal dia tahu. Cukuplah dia masih separuh mati terkejut dengan kebenaran tentang Datin Arini.
Maya mengangkat wajah memandang Alvin. Terasa debar di dada. Ya Allah... apa lagi kejutan yang akan berlaku.
Dato Ridwan membuka dokumen itu bersama debaran yang tiada penghujung.
"Keputusan DNA yang pernah ibu Felina buat sebelum terlibat dalam kemalangan. Saya jumpa keputusan ujian DNA tu dalam bilik Felina."
"Datin Arini rancang kemalangan Felina hanya untuk halang Felina berikan dokumen itu pada Dato." tambah Felix. Lama dia merenung wajah Dato Ridwan.
99.99%
Membulat mata Dato Ridwan melihat keputusan DNA yang dijalankan ke atas dirinya dan Felina. Dia bangun dari duduknya kerana terlalu terkejut. Mana mungkin dia boleh bertenang ketika ini. Membaca apa yang terpapar di atas kertas itu sudah cukup memberi tamparan hebat buat dirinya. Tak mungkin....
" Alvin, betul ke semua ni ?" soal Dato Ridwan. Dia ingin kepastian dari Alvin.
" Ya Uncle. Larissa Felina anak kandung Uncle." jawab Alvin.
"Larissa Felina bukan anak kandung kepada Charles Hyde seperti tuduhan Dato." Felix berbicara sambil memandang tepat ke arah Dato Ridwan. Dia sendiri tidak faham mengapa mudah lelaki itu menuduh Lena DeRose sehingga menidakkan status Felina. Sekurang-kurangnya sudah lakukan yang terbaik untuk membela nasib Felina.
" Ya Allah... Alhuakhbar..." Dunia bagaikan hancur dan runtuh baginya ketika ini. Kertas yang berada di tangan Dato Ridwan akhirnya gugur menyentuh lantai.
Bergetar bibir Dato Ridwan menahan tangis. " Ya Allah... Apa aku dah buat ni." ujar Dato Ridwan penuh penyesalan.
Mengenangkan kata-kata yang dia lemparkan buat Felina amatlah kejam. Meragui status anak gadis yang pernah menjadi permata di dalam hidupnya suatu ketika dulu. Membiarkan Felina hidup tanpa kasih sayang seorang bapa. Melepaskan segala tanggungjawab terhadap Felina hanya untuk mengejar cinta yang akhirnya membunuh jiwanya.
"Macam mana rasa sakitkan anak kandung sendiri untuk kepentingan diri ?" soal Felix bersama senyuman sinis. Selama ini, dia yang melihat betapa hancurkan Felina dengan tuduhan tidak berasas itu. Sungguh dia puas melihat keadaan Dato Ridwan.
YOU ARE READING
Until You, My Destiny
RomanceAlvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaikan takdir indah buat Alvin. Namun takdir memisahkan mereka. Tanpa dia sedar, takdir yang bertaut kem...