Baju melayu bertona putih tersarung kemas pada tubuh tegap milik Alvin. Wajah kacak yang tiada cacat cela itu hanya beriak kosong. Langsung tiada senyuman. Mendung sahaja wajah lelaki itu.
Jurunikah dan Dato Ridwan berbual sementara menanti pengantin perempuan turun. Hanya keluarga terdekat sahaja yang di jemput. Atas persetujuan kedua belah keluarga, akad nikah dilangsungkan di rumah agam milik Dato Ridwan.
" Pengantin dah turun." suara salah seorang tetamu yang hadir membuatkan semua mata beralih ke arah tangga.
Maya tersenyum manis saat menuruni tangga. Senyuman Maya sudah cukup mengambarkan betapa bahagianya dia kerana bakal bergelar isteri kepada lelaki yang dia cinta selama ini. Viel dan bunga di tangan melengkapkan rupa Maya. Datin Arini memimpin anaknya turun dengan penuh berhati-hati.
Wajah Dato Ridwan benar-benar bahagia melihat Maya yang cantik berbaju kurung putih. Sangat sopan dan cantik pada matanya.
Alvin pula langsung tidak beralih untuk melihat bakal isterinya. Hanya tunduk memandang lantai. Langsung tidak tertarik untuk melihat sesiapa. Fikirannya penuh dengan Felina ketika ini.
Felina, aku harap kau dekat sini.
Suara hati Alvin meronta-ronta inginkan Felina. Dia tahu dia tidak mampu kembalikan Felina tetapi sungguh dia tidak mampu meneruskan semua ini.
Mengapa dia buta selama ini ? Mengapa dia langsung tidak pernah belajar memaafkan Felina ketika Felina masih disisinya ?
Sekarang semuanya sudah terlambat. Tiada apa yang mampu dia ubah. Takdir benar-benar kejam terhadap mereka. Untuk kali kedua, dia tidak mampu memiliki Felina seutuhnya.
" Pengantin lelaki." panggil jurunikah apabila Alvin hanya mengelamun.
Alvin sedikit tersentak dan kembali mengangkat wajahnya. Semua yang berada di situ hanya diam melihat Alvin yang benar-benar kelihatan tidak ceria.
" Kita mulakan." jurunikah itu sudah siap sedia untuk memulakan majlis.
Alvin angguk lemah. Sempat dia memandang ke arah pintu rumah seperti sedang menanti seseorang. Pandangan matanya cukup menunjukkan dia terpaksa dan tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Dia pasrah. Mungkin ini takdir yang dia harus terima.
Takdir dan jodoh yang telah ditetapkan untuk dirinya.
Datin Alya memandang wajah Alvin yang kosong tanpa perasaan. Rasa sedih dan bersalah mula hadir. Alvin meneruskan pernikahan ini hanya kerana dirinya. Adakah dia kejam terhadap Alvin ?
Aviera menyeka air matanya. Sedih melihat abangnya yang terlalu banyak berkorban untuk kepentingan orang lain. Dia tahu Alvin terseksa dan terluka. Tiada sesiapa pun yang ingin mendirikan rumah tangga dalam keadaan terpaksa.
Tetamu yang berada di situ memberi perhatian sepenuhnya kepada detik-detik penyatuan Alvin dan Maya. Alvin menyambut tangan jurunikah untuk memulakan ijab kabul. Sesekali matanya singgah di muka pintu.
" Alvin Rafael bin Emir."
"Saya." balas Alvin gugup.
" Aku nikahkan dikau dengan Maya Qaleesya binti Maizan yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
Alvin tarik nafas dalam. Berat mulutnya ingin melafazkan akad ketika ini walaupun tangannya masih utuh dipegangan.
Tolonglah muncul.
" Aku terima nikah..."
"Okay stop." suara seseorang menghentikan ijab dan kabul itu.
Terus terukir senyuman pada wajah Alvin.
![](https://img.wattpad.com/cover/322425519-288-k599386.jpg)
YOU ARE READING
Until You, My Destiny
RomanceAlvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaikan takdir indah buat Alvin. Namun takdir memisahkan mereka. Tanpa dia sedar, takdir yang bertaut kem...