Alvin Rafael : 6

6.8K 273 16
                                    

Felina menghempaskan tubuhnya di atas katil sejurus tiba di bilik. Dia merenung siling berwarna putih itu dengan pandangan kosong. Enam tahun tidak bertentang mata dengan ayahnya sendiri dan hari ini dia nekad untuk ke rumah lelaki itu.

Sudah beberapa hari dia melihat dari jauh sahaja rumah keluarga itu. Semakin sakit hatinya apabila melihat keluarga itu cukup bahagia. Bahagia atas penderitannya selama ini. Enam tahun hidup menderita tanpa sosok seorang ayah. Enam tahun ibunya menderita menanggung segala pengkhianatan.

" Mom !" jerit Felina kuat apabila melihat ibunya sedang mencapai pisau di dapur.

" Go away ! Go !" jerit Lena kuat dengan air mata yang mengalir lebat.

Felina menapak ke arah ibunya perlahan-lahan. "Mom, letak pisau tu. Jangan macam ni." pujuk Felina lembut. Wajah Lena kelihatan sangat kecewa.

" Dad tak sayangkan Mom. Dad curang !" jerit Lena.

Tergamam Felina mendengar luahan ibunya. Pisau  yang tajam di tangan Lena sudah diacukan tepat ke pergelangan tangannya.

Serta merta air mata Felina jatuh. Terlalu perit untuk dia lihat keadaan ibunya begitu. Meratapi pemergian ayahnya. Malah, sering melukakan dirinya sendiri kerana tekanan.

" Mom ! Please jangan buat macam ni. Dad tak akan curang. Dia sayangkan Mom."

Lena geleng kepala. " Dia curang.  Dia tinggalkan Mom. Dia tak cintakan Mom." Makin laju air mata Lena mengalir. Dia rapuh. Tidak sanggup menerima semua kebenaran.

Felina mendepakan tangannya. " Mom, Felina kan ada. Felina tak akan tinggalkan Mom. Felina sayang Mom." lembut Felina memujuk. Mata merenung ke dalam anak mata ibunya.

Lama Lena melihat segenap wajah anaknya. Dia dapat lihat anaknya turut menangis melihat keadaaanya. Perlahan-lahan pisau di tangan jatuh.

" Felina takkan tinggalkan Mom ?" soal Lena.

Felina berlari ke arah Lena dan memeluk erat tubuh ibunya yang begitu rapuh itu. Dia tahu ibunya sedang hancur.

" Never. Felina sayangkan Mom." jawab Felina.

Pisau di kakinya di sepak jauh dari mereka. Tangisan Lena kuat kedengaran. Felina mengetap bibir menahan air matanya yang turut ingin mengalir.

" Shhh.... Mom kan ada Felina. I'm not gonna leave you." pujuk Felina lagi.

" Felly..." panggil satu suara dari muka pintu menyedarkannya dari lamunan. Felina lantas bangun dari baringannya. Dia memandang wajah sahabatnya, Grace Lee dengan pandangan kosong.

Grace menapak ke arah Felina dan dipeluk erat tubuh itu. "Just cry. Don't hold yourself. I tahu you terseksa." pujuk Grance.

Beberapa saat itu, tangisan Felina kedengaran kuat di ruang bilik itu. Grace tetap setia memeluk tubuh Felina dan diusap lembut belakang tubuh sahabatnya itu.

" It's okay. Just cry. You're not weak just because you're crying." sekali lagi Grace bersuara.

Terhinjut bahu Felina kerana menangis. Beberapa minit juga mereka dalam keadaan berpelukan. Grace melepaskan pelukan apabila tangisan Felina sudah reda. Dia menatap wajah Felina yang sudah sembab kerana menangis.

" Grace , I sakit hati tengok muka mereka. I rasa nak bunuh mereka. Mereka dah buat Mom terseksa enam tahun." luah Felina.

Grace angguk. " I faham apa yang you rasa. You dah cukup terseksa selama ini. You hilang segalanya kerana mereka."

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now