Alvin Rafael : 19

5.3K 258 43
                                    

Felina menarik nafas dalam saat dia berdiri di hadapan rumah keluarga Dato Ridwan. Rambut panjang miliknya dirapikan agar kelihatan kemas.

Sempat dia mengerling kenderaan yang terparkir di perkarangan rumah itu. Sudah tentu keluarga kepada tunang Maya sudah sampai.

Dia mengorak langkah ke pintu rumah itu. Loceng di tekan.Beberapa saat kemudian, pintu rumah itu dibuka luas oleh Mak Jah. " Cik Felina ?" Terpana seketika Mak Jah melihat kecantikan Felina yang berada dekat dengannya itu. Sebelum ini, dia hanya melihat dari jauh sahaja ketika Felina datang.

Felina angguk dengan senyuman.

" Masuklah. Dato dah tunggu lama. Semua dah sampai." jemput Mak Jah sambil memberi laluan kepada Felina untuk masuk.

Felina melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan debaran. Sedaya upaya dia mengawal riak wajah agak kelihatan tenang. Berdebar kerana tidak pernah berkumpul bersama keluarga Dato Ridwan dalam sebarang majlis sebelum ini.

Semua yang berada di ruang tamu itu berpaling ke arah wanita tinggi lampai yang muncul di ruangan itu. Datin Alya bagaikan terpaku melihat kecantikan wanita yang baru muncul itu.

Dato Ridwan ukirkan senyuman gembira. Senang apabila anaknya datang ke makan malam itu atas permintaannya.

" Felina, come." panggil Dato Ridwan sejurus bangun dari duduknya.

Felina menapak ke arah ayahnya tanpa menunggu lama.

" Datin Alya, perkenalkan anak saya. Larissa Felina." Dato Ridwan memperkenalkan Felina kepada bakal besannya.

" Anak ?" Datin Alya kelihatan sedikit terkejut tetapi sedaya upaya meneutralkan wajahnya. Dia tidak mengerti kerana dia tidak pernah tahu Maya mempunyai kakak sebelum ini. Dia pandang Felina dari atas sehingga bawah.

Felina hanya ukirkan senyuman manis ke arah Datin Alya. Senyuman yang separa ikhlas sahaja. Hanya sekadar untuk pelan sandaran kerana mungkin suatu hari nanti dia boleh gunakan bakal ibu mertua Maya untuk menghancurkan keluarga itu. Mungkin.

"Felina anak saya bersama isteri pertama." balas Dato Ridwan.

Datin Alya tergamam seketika. Tidak pernah dia sangka Dato Ridwan mempunyai dua isteri kerana selama ini dia hanya bertemu Dato Ridwan bersama Datin Arini sahaja. Malah, langsung tiada khabar berita dari mana-mana pihak tentang poligami Dato Ridwan.

"Panjang ceritanya. Mungkin agak sulit untuk diterangkan. Tapi, yang pasti Felina adalah ahli keluarga kami." terang Dato Ridwan.

Datin Alya merenung wajah Felina. Dia tidak nafikan Felina sangat cantik dan kelihatan sangat elegent. Wajahnya juga sangat jauh berbeza dari Dato Ridwan. Mungkin kerana lebih kepada wajah ibunya.

" Hi Aunty. You can call me Felina." sambung Felina sambil menghulurkan tangan. Langsung tiada budaya orang melayu.

Datin Alya tidak menyambut huluran tangan itu. Dia hanya tersenyum ke arah gadis itu. "Felina boleh panggil Aunty Alya." Bukan tidak suka dengan Felina, tetapi tidak berkenan dengan adab gadis itu.

Felina melihat huluran tangannya yang tidak disambut dengan senyuman palsu. Rasa terhina. Tetapi dia tidak kisah. Yang penting, dia harus pastikan misi merampasnya berjaya.

Maya yang melihat adegan itu sembunyikan senyuman. Puas hati dengan tindakan Datin Alya. Dia sendiri tidak gembira dengan kehadiran Felina. Dia yakin wanita itu ada muslihat datang ke mari. Bukan hanya demi Dato Ridwan.

" Jom kita ke meja makan dulu. Jemput Datin." pelawa Datin Arini berserta senyuman manis.

Mereka berlalu ke ruang makan untuk menikmati makan malam bersama. Meja makan itu sudah dipenuhi dengan keluarga Dato Ridwan dan Datin Alya kecuali seseorang.

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now