Sebuah kereta myvi meluncur laju ke arah KLIA. Alvin melangkah masuk ke dalam lapangan terbang. Kaca mata hitam terletak kemas di matanya. Melengkapkan rupanya yang sememangnya kacak.
Jam tangan dikerling seketika. Mujur dia tidak terlambat. Masih ada masa sebelum ketibaan Aviera dan Ivy yang baru sahaja pulang dari Italy. Tidak sabar ingin berjumpa Aviera dan Ivy setelah lama mereka tidak pulang ke Malaysia.
Alvin menuju ke arah balai ketibaan untuk menyambut kepulangan Aviera dan anak buahnya. Suasana lapangan terbang yang dipenuhi dengan manusia itu menyukarkan dia untuk mencari kelibat Aviera.
Saat dia berjalan melepasi seorang wanita, hidungnya dapat menangkap haruman yang melekat pada tubuh wanita itu saat berjalan melepasinya. Langkah Alvin terhenti. Haruman itu......
Jantungnya merasakan debaran.
Dia berpaling ke arah belakang. Kelihatan seorang wanita tinggi lampai dan berambut perang yang dibiarkan melepasi bahunya.
Wanita itu langsung tidak berpaling walaupun langkahnya juga turut sama terhenti. Hanya berdiri kaku.
Alvin memerhatikan belakang tubuh wanita itu. Mengapa dia dapat rasakan sesuatu saat melintasi wanita itu sedangkan dia langsung tidak dapat melihat wajah wanita itu ?
" Papa !" jerit Ivy.
Panggilan baru Ivy kepada Alvin. Entah apa yang berlaku sehingga kata sepakat dicapai oleh Ivy dan Alvin untuk menukar nama panggilan. Lebih mesra katanya.
Alvin mengalihkan pandangan ke arah Ivy yang sudah berlari ke arahnya.
Laju Alvin mendakap kemas tubuh Ivy. Aviera pula hanya tersenyum bahagia memerhati sesi jejak kasih dua manusia itu. Sememangnya Ivy rapat dengan Alvin.
" Papa, I miss you." ucap Ivy penuh manja. Mengada betul.
" Papa pun rindu Ivy juga. Rindu nak main barbie doll dengan Ivy." balas Alvin. Dia dipaksa oleh Ivy untuk bermain anak patung bersama. Wajah Alvin sudah pasrah sehabis mungkin apabila dipaksa oleh Ivy. Tercalar imej maskulinnya apabila meluangkan masa bersama Ivy.
" Don't you miss me ?" soal Aviera sambil berpeluk tubuh. Cemburu pula melihat Alvin yang langsung tidak sedar kewujudannya. Semenjak ada Ivy, perhatian Alvin memang milik Ivy sahaja.
Alvin ketawa melihat wajah Aviera yang tidak puas hati itu. " Of course rindu. Takkan tak rindu." Sempat Alvin menjentik dahi Aviera. Geram.
" Eee sakitlah" marah Aviera sambil mengusap dahinya.
Alvin ketawa melihat wajah Aviera yang sebal dengannya itu.
Gadis yang kaku di belakang mereka itu tidak menoleh tetapi hanya memasang telinga. Terselit senyuman sinis di bibir yang dihiasi lipstick bewarna merah itu. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu pergi dengan penuh gaya.
Padangan Aviera beralih pada wanita itu yang berada di belakang Alvin. Wajah tidak kelihatan kerana membelakanginya. Langkah gadis itu di perhati lama.
" Kau dah makan belum ni ?" soal Alvin.
Aviera masih fokus pada wanita yang semakin menjauh itu.
" Viera ! Halo !" panggil Alvin. Dia melambai-lambai di hadapan muka Aviera yang begitu tertarik melihat ke arah lain.
Aviera tersentak. Dia berpaling ke arah Alvin semula.
" Kau kenapa ? Tengok siapa ?" soal Alvin. Dia turut berpaling ke arah belakang untuk melihat apa yang begitu menarik di mata Aviera. Entah apa yang menjadi tumpuan Aviera tadi sehingga langsung tidak mendengar soalannya.
YOU ARE READING
Until You, My Destiny
RomanceAlvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaikan takdir indah buat Alvin. Namun takdir memisahkan mereka. Tanpa dia sedar, takdir yang bertaut kem...