DUA-TIGA

93 7 2
                                    

ANNE POV

Beberapa hari yang lepas sebelum Anne telefon Mika untuk datang ke rumah..

Seorang lelaki datang menghampirinya, setelah melihat kelibat Anne yang tengah khusyuk bermain telefon di dalam restaurant, dia pun melabuhkan punggungnya duduk berhadapan dengan Anne.

"So kau still nak proceed dengan plan yang aku cakap haritu?" Tanya seorang lelaki itu pada Anne

Anne meletakkan telefonnya di atas meja makan. "It's interesting. Aku akan ikut plan kau, but aku tak nak sapa sapa tahu pasal ni. Pastikan hanya kau dan aku je yang tahu pasal ni"

Lelaki yang duduk dihadapannya itu tersenyum jahat. Seorang pelayan lelaki datang membawa menu dan beri kepada lelaki itu.

"So bila nak start?" Lelaki itu bertanya selepas pelayan lelaki pergi meninggalkan kami berdua

"Mungkin esok? Atau lusa. Tengok lah macam mana nanti, ape ape aku inform kau terus" Lelaki itu hanya angguk dan senyuman jahat itu tidak hilang

"Aku dapat apa yang aku nak and you got yours too" Anne ketawa jahat.

Satu jam masa berlalu mereka pun beredar dari situ. Anne memandu pulang ke rumahnya terus dan tidak singgah di mana mana. Anne tidak sabar dengan rancangannya bersama seorang lelaki untuk merampas kebahagiaan mereka yang telah pun diambil oleh orang lain.

"Tak lama lagi kau akan jadi milik aku semula, kau akan jatuh cinta dekat aku balik. Aku akan pastikan yang kau takkan kekal lama bersama dia HAHAHAHA" Anne yang sedang memandu masih lagi teruja dan tidak sabar untuk memulakan rancangan mereka.

END POV

MIKA POV

Mika masih lagi termenung di luar rumah sambil menyandarkan badan pada kereta mini coopernya itu. Dia termenungkan tentang nasib Anne bersama anaknya, dia tak tahu kenapa rasa macam susah dan berat untuk dia terima keputusan yang diberitahu Anne petang tadi. Telefon Mika berdering, ternampak nama Kayla dengan pantas dia menjawab panggilan itu.

"Hello buah hati Mika! Buat apa tuuuuu?" Mika sangat gembira dapat mendengar suara Kayla di telefon, namun tanpa disedari ada orang yang tengah memerhatikannya dari dalam. Mika memberitahu pada Kayla tentang Anne. "Hmm tulah Mika pun okay je dia buat keputusan macam tuu, Mika cuma nak bagitahu sayang supaya tak ada salah faham nanti okay" Setelah setengah jam berborak dengan Kayla dalam telefon, panggilan pun dimatikan. Kayla mahu berehat sebab tak cukup rehat.

"Calling buah hati ke tuuuu~?" Anne tiba tiba keluar menegur Mika. Wajah Mika yang terkejut seperti nampak hantu menoleh kebelakang

"Eishh you ni, terkejut I haih. Ingatkan hantu mana tegur I tadi astagaa" Anne ketawa kecil melihat muka Mika yang ketakutan dan terkejut

"Hahahaha, sorry laa I tak sengaja. Nah I bawakkan air ni, minumlah" Anne menghulurkan secawan gelas berisi air nescafe 3in1 yang masih hangat mungkin baru dibancuhnya tadi

"Thanks! Eh baby dah tidur ke?" Mika menghirup pelan air nescafe itu, yelah panas kan

"Baby mana satu?" Mika dengan terkejut dengar Anne berkata begitu, terus tersedak. "Uhukk!! Uhuukkk!!"

"Eh! Eh!! SORRYY SORRYYY I TAK SENGAJA" Anne menepuk belakang badan Mika

"Harith laa sapa lagi kalau bukan dia, haih you ni. Kalau I mati tersedak tadi macam mana? Haa dah lah I tengah rindukan Kayla, kang tak pasal pasal tak sempat nak jumpa lepaskan rindu" Ngadu Mika seperti budak kecil yang rindukan ibu bapanya

My Girl ✓Where stories live. Discover now