DUA-ENAM

80 7 0
                                    

MIKA POV

sudah seminggu berlalu lepas kejadian aku dan Kayla. aku bukannya tidak mencuba untuk memujuknya, tapi Kayla masih lagi tidak mahu berjumpa ataupun bercakap denganku. call, text dan pergi kerumah lamanya bersama Mawar pun aku dihalau. haih apalagi yang aku perlu buat? keluhan panjang dilepaskan. harini aku terpaksa masuk kerja, kerana banyak yang perlu diuruskan dan aku akan keluar negeri untuk memantau tempat kerja. tokk tookk toookkk! pintu diketuk

"emm Cik Mika, kita ada meeting kejap lagi. Cik Mika okay ke? sebab saya tengok harini Cik Mika macam takde semangat je nak buat kerja" kata Pembantu bernama Aina yang berdiri dihadapan aku.

"nothing la Aina, I'm good. just do your work okay, by the way meeting kejap lagi kan? document semua dah lengkap ke?" soalku padanya. dia mengangguk kemudian beredar keluar dari bilikku.

aku bingkas bangun dari tempat dudukku. telefon diatas meja aku ambil, kot yang tersangkut kemas aku ambil dan pakai. kemudian keluar dari bilik untuk ke bilik meeting.

didalam bilik meeting aku tidak dapat memberikan perhatian penuh, fikiran aku bercelaru memikirkan tentang Kayla. selesai sahaja meeting aku terus berjumpa PA aku untuk bagitahu yang aku keluar sebentar mengambil angin. telefon dikocek aku ambil nombor Al aku dail.

"hello al kau katne? ouuhh jumpa aku jap boleh? dekat cafe sebelah bangunan office aku, haa okok" panggilan kami terhenti. aku mengambil tempat duduk di luar kedai cafe kerana memudahkan aku untuk isap rokok. seorang pelayan datang membawa menu namun tanpa melihat isi menu aku dah membuat pesanan dahulu.

sebatang rokok aku keluarkan dari kotaknya, kemudian aku bakar hujungnya. asap kenikmatan keluar dari mulutku. aku memerhatikan manusia yang lalu lalang di cafe itu. buat seketika aku terfikirkan tentang Kayla. haih apalah yang dia buat sekarang ni, dah makan ke? dah mandi ke? haihh rinnnduuunyaa... luahan aku didalam hati. tiba tiba bahuku disergah seseorang.

"baaaa!!!" Al ketawa seperti orang yang baru melihat sesuatu yang lawak. namun tiada senyuman mahupun gelak tawa yang keluar dari mulutku

"alaa asal dengan muka kau tu, takyah la sedih sangat kau ni pun. dia bukannya hilang pergi jauh dari kau, bagilah dia masa dulu. redakan dulu keadaan nanti dia okay lah tu" bebel Al sambil tangannya melambai memanggil seorang pelayan.

"takde ah, kenapa sampai macam ni sekali dia nak hukum aku?" luahan aku padanya. Al memandangku kemudian melepaskan keluhan berat.

"haih kau ni. cuba bawak bertenang sikit, kau dengar je cakap aku boleh tak? aku dengan Mawar ni tengah cuba nak tolong selamatkan hubungan korang tau" air yang aku pesan dari tadi aku minum. pandangan aku alihkan memandang Al yang duduk didepan aku.

"sekarang ni kau buat je dulu kerja kau, takyah fikirkan sangat pasal Kayla. aku tahu apa aku dengan Mawar nak buat, kau tenang je bro. aku pun tak nak tengok kau kecewa lagi, aku tak sanggup nak tengok sahabat aku hancur macam dulu" kata kata Al membuatkan aku tersedar. kotak rokok aku ambil dan keluarkan sebatang. aku bersyukur memiliki sahabat sepeti Al dan Mawar. seandainya aku tidak mengenal mereka dan tidak berkawan dengan mereka, aku pun tak tahu nasib aku macam mana. mungkin aku tak mampu sekuat sekarang dan mungkin aku dah putus asa.

"haih kau ni. ajak aku lepak takkan nak suruh aku tengok muka tengik kau yang macam ni? nak muntah lah mat" aku memandangnya tajam

"mungkin aku akan outstation dalam beberapa hari ataupun minggu, aku tak pasti. kau tolong tengok tengokkan keadaan Kayla" dia hanya mengangguk sambil meyedut air minumnya

"bila kau gerak?" soalnya

"aku tak tahu lagi, nanti la bila aku dah gerak aku text kau" terangku padanya. rokok yang terselit dijari aku isap.

"kau dengan Mawar macam mana? okay ke?" aku mencuba tukar topik daripada asyik membicarakan tentang Kayla aku risau aku makin tak betul nanti

"okay je, takde ape masalah pun. aku ada je jumpa dia" aku mengangguk

"ni kau takde kerja ke?" tanyaku tentang pekerjaannya

"eh mestilah ada bro. kalau aku tak kerja macam mana aku nak dating dengan awek aku" akhirnya senyuman nipis terukir dibibirku. Al yang melihatku senyum ikut tersenyum bersama. jam ditangan aku lihat.

"okay lah bro aku gerak masuk office dulu. banyak kerja nak kena settle ni, pape hal bagitau aku" Al mengangguk. aku masuk ke dalam cafe untuk membuat pembayaran, kemudian aku keluar untuk masuk ke pejabat semula.

telefon aku berdering. Anne rupanya. namun tidakku angkat. panggilannya kubiarkan. setelah panggilan dimatikan satu chat muncul.

Anne

You busy ke?

aku baca mesej darinya namun tidak aku balas. aku biarkan sahaja. aku berdiri dihadapan pintu lif menunggu pintu lif terbuka.

10:52 p.m

aku masih sibuk menyiapkan kerja di pejabat sehingga tak sedar sudah malam. aku melihat jam ditanganku. astaga dah jam 10 lebih macam mana aku boleh tak sedar ni! kataku perlahan. pintu bilikku dibuka. wajah Aina terpampang

"errr boss tak nak balik ke?" soalnya setelah melihatku yang masih ada dibilik

"ha saya nak gerak lah ni. baru nak kemas kemas" meja yang dipenuhi bermacam macam kertas aku kemas dan susun.

"awak baru nak balik ke?" aku melihatnya yang masih lagi tercegat berdiri didepan pintu, dia mengangguk.

"kalau macam tu turun sama samalah" aku menyusun semua fail beg dan kot kerjaku ambil.aku bingkas bangun dari tempat dudukku dan berlalu keluar dari bilik bersama Personal Assistent disebelahku.

"awak balik naik apa?" tanyaku padanya untuk memecahkan rasa sunyi antara kami berdua

"em kakak saya ambil rasanya.."

"ouuhh, awak tinggal dengan kakak awak ke?" dia mengangguk. pintu lif terbuka dan kami masuk bersama sama.

sampai sahaja ditempat kereta, aku mencari dimana aku parking kereta aku tadi. setelah jumpa, aku masuk dan menghidupkan enjin. sambil menunggu enjin kereta panas aku melihat Aina yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya. aku menghampiri Aina. tingkap penumpang aku turunkan.

"lama lagi ke kakak awak?" tanyaku dari dalam kereta

"eerrr kakak saya tak dapat ambik, so saya baru nak order grab"

"takpelah, takyah order grab dah lewat malam macam ni. bahaya lah, awak naik dengan saya lah. saya hantarkan" hm kesian pulak nak biarkan dia tunggu sorang sorang kat situ. risau apa apa jadi kat dia nanti aku pulak yang kena

"eh takpelah boss. saya naik grab je, saya tak nak susahkan boss. lagipun boss mesti penat jugak"

"takyah banyak cakap, masuk je. saya hantarkan" arahku dengan tegas. akhirnya dia terpaksa akur dan duduk disebelahku.

"kakak awak masih duduk kat apartment tu ke?" aku pernah menghantar kakaknya pulang ke rumah. banyak kali jugak atas sebab tiada transport dan lagipun masatu dia baru sahaja 2 bulan bekerja dengan aku.

"haah, kakak saya tak pindah lagi. hujung bulan ni baru dia pindah ikut suami dia" aku mengangguk. tak lama kemudian telefonnya berbunyi.

"aaa hello kak. adik balik dengan boss, haah sebab boss yang suruh. emm okay kak" panggilan mereka terhenti.

To be continued.....

My Girl ✓Where stories live. Discover now