SEPULUH

670 23 0
                                    

Sudah sebulan aku tak jumpa dengan kayla, masing masing sibuk dengan kerja dan kayla dah dapat kerja baru dekat Syarikat Matahari dia kerja kat sana sebagai PA CEO. Al pun kadang outstation haih susah jugak nak lepak dengan dia sekarang, kalau aku outstation pun dalam 3-4 hari yang si al ni sampai seminggu tu sebab cuci mata sekali 😂

"Em Cik Mika, saya ade sesuatu nak bagitahu cik and can we meet after this meeting?" Ainul memandangku sambil memegang beberapa fail.

"Okay, in my office" Ujarku. Aku terus jalan untuk masuk ke bilik meeting

"Actually, saya nak letak jawatan saya and bukan saya tak suka kerja sini. Saya memang suka sangat kerja sini tapi tunang saya suruh saya berhenti kerja sebab lepas je kitorang kahwin dia nak saya fokus dekat rumah tangga kami" Kata ainul sambil memandangku dengan wajahnya yang sedih.

"Bila awak nak berhenti?" Aku memandangnya dengan wajah serius tanpa ada segaris senyuman

"Err bulan depan" ainul memandang bawah, hm siapa je tak sedih 5 tahun dah dia kerja dengan aku. Semua kerja dia pun aku suka selalu membantu tiba tiba berjumpa dengan aku minta berhenti haih ape boleh buat kita redha je laaa

"Okay, so bulan ni awak last kat office ni lah kan. Bila majlis perkahwinan awak?" Soalku ainul mengangkat muka memandangku lagi

"2 bulan selepas saya berhenti boss, nanti saya bagi kad jemputan kat semua staff and dekat boss sekali. Saya harap boss dapat hadir lah ye" ainul tersenyum nipis, aku nampak dari raut wajahnya yang dia sangat sedih dan berat hatinya nak tinggalkan tempat kerjanya

"Okay, tu je kan yang awak nak cakap? You can continued your work now" arahku dengan tegas dan serius, Komputer dihadapan ku pandang.

Jam di pergelangan tangan kupandang, hm dah malam. aku kemaskan meja kemudian terus pulang ke rumah tanpa singgah ke mana mana.

Telefon didalam poket seluar aku keluarkan, nombor kayla ku cari dan kudail. 2 kali panggilan ku tak terjawab, haih mane dia ni? Busy ke malam macam ni? Kataku dalam hati. Aku dail lagi nombornya kemudian panggilan ku terjawab

"Hello kayla?"
...
"Awak busy ke?"
...
"Em esok awak free tak? Esoj saya nak jumpa awak"
...
"Okay, bye and goodnight jangan tidur lambat"

Panggilan kami terhenti di situ, aku bangun dari katilku kemudian ke tandas mandi dan tidur

Jam locengku berbunyi menyuruh aku untuk bangun 😂 aku bangun dengan mamai kemudian terus ke tandas untuk bersihkan badan dan bersiap. Aku mengenakan baju kemeja lengan panjang berkotak warna biru, tshirt hitam dan seluar slack hitam.

Aku berdiri di depan cermin memerhatikan rambutku yang dah agak panjang dah lama tak potong dan perfume diatas meja kuambil dan spray di pergelangan tangan. Aku turun kebawah dan terus keluar, kasut yang baru beli beberapa minggu lepas kupakai. Enjin kereta kupanas kan dalam beberapa minit dan terus keluar menuju ke rumah kayla.

Aku memarkingkan kereta di depan rumah kayla, pintu rumah dan pagarnya terbuka. Aku keluar dari perut kereta, langkah ku atur masuk ke dalam rumah kayla

"Assalamualaikum Kayla?!" Aku berdiri di hadapan pintu rumahnya, pintu terbuka tapi orangnya mana? Aku memandang sekeliling rumahnya

"Ehh mika, awalnya sampai kayla baru nak siap pakai baju ape semua. Awak masuklah dulu tunggu kat dalam" kata mawar yang baru sahaja keluar dari biliknya, aku buka kasut dan masuk ke dalam rumahnya

Setelah beberapa minit menunggu, kayla keluar dari biliknya bersama mawar. Kayla melangkah mendekatiku, aku memandangnya tanpa kedip mata. Buat pertama kalinya kayla memakai make up, tak terlalu tebal dan tak terlalu over.

"Err mika, saya minta maaf sebab lambat sikit. Mawar lah yang buat saya lambat, saya betul betul minta maaf" katanya sambil menundukkan mukanya.

"Eh takpe, bukannya berjam jam pun. Baru beberapa minit awak lambat, lagipun kita bukannya nak cepat cepat sangat" ujarku sambil tersenyum memandangnya, mawar disebelah mencuitnya

"Erm jomlah kit gerak sekarang, nanti kang lambat pulak sampai sana takut jalan nanti sesak" dia terus berlalu keluar dan pakai kasut

"Saya pinjam kawan awak sekejap tau mawar and don't worry i will take care her" ujarku selepas meminta izinnya aku terus keluar

"Awak dah makan?" Soalku bila kayla dah pun masuk kereta, dia hanya menggelengkan kepalanya

"Ha baguslah tu sebab saya pun belum makan soo kita pergi singgah mana mana restoran dulu eh isi perut" tanpa berkata apa apa aku terus masuk gear dan menuju ke destinasi hoho

30 minit kami dalam kereta disebabkan kesesakan yang agak sesak, sebab ade kemalangan berlaku dan yang kemalangan tu pulak muda lagi mungkin mat rempit kot. Aku memandang kayla disebelah yang tengah fokus memandang telefonnya, aku kembali memandang depan dan aku pandang lagi wajahnya.

"Kenapa awak pandang saya dari tadi? Ade ape ape ke kat muka saya?" Soalnya bila dia dapat tahu yang aku tenung mukanya

"Ehh tak ade ape pun saje tengok, lagipun awak nampak cantik sangat harini. Saya minta maaf kalau buat awak rasa tak selesa and saya pun rasa bosan sebenarnya nak ajak borak tapi tak tahu nak borak pasal ape" tanganku mengusap tengkuk leher, mataku alihkan kedepan.

"Saya pun bosan jugak sebenarnya, tak tahu nak buat apa sebab tu saya main fon je" ujarnya sambil memandangku, haih kenapalah jantung aku ni berdegup laju sangat ni? Kataku dalam hati

"Em macam mana tempat kerja awak tu? Okay?" Soalku sambil memandangnya sekilas kemudian pandang depan

"Okay je, cuma penat lah jugak sebab jauh. Kadang lambat masuk office sebab mrt kadang penuh" katanya aku hanya mangangguk memandang depan

"Belajar lah naik kereta, saya boleh je ajarkan kalau awak nak" kataku sambil senyum menampakkan lesung pipitku

"Kalau saya pandai bawak kereta pun, tak ade kereta buat apa. Saya ni tak mampu sangat lah nak beli kereta" aku berhentikan kereta menunggu kereta dihadapan jalan

"Kenapa awak tak berhenti kerja je? Cari kerja lain yang dekat" kataku tiba tiba satu idea muncul dikepala ku

"Memang nak berhenti tapi saya kan baru kerja situ, tak sampai sebulan takkan nak berhenti. Tak dapat lah gaji saya nanti" aku ketawa kecil melihat gelagatnya, comelnye lahai

Aku memusingkan kereta untuk parking, nasib cepat dapat tempat kalau tak kena pusing satu mall ni haih. Gear kereta aku tukar ke P kemudian matikan enjin dan keluar dari kereta.

"Dah jomlah kita pergi makan dulu saya lapar ni" ujarku sambil memegang perut yang dah membuat bunyi burung lah bunyi monyet lah hahaha

To be continued...

My Girl ✓Where stories live. Discover now