TIGABELAS

191 7 0
                                    

Sebulan dah berlalu ape yang terjadi antara aku dan kayla sangat tak disangka, al pun tak sangka dia ada perasaan yang sama macam aku tapi kadang perasaan ini ketakutan dan terkadang perasaan ini mengelirukan. Haih keluhan yang berat aku lepaskan, aku pandang ke langit yang gelap diterangi dengan bintang bintang yang bercahaya.

Aku bersandar di pintu kereta sambil tangan kiriku memegang mug tertulis "FUCK" dan jari di tangan kiri tersepit sebatang rokok yang telah dibakar. Jam menunjukkan pukul 3 pagi aku masih tak dapat tidur, pening dengan masalah kerja, perasaan dan fikiran aku bercelaru entah kemana.

"Sayang... kenapa tak tidur lagi?" Lamunanku tersentak akibat dipeluk oleh kayla yang masih mamai

"Ehh kenapa bangun ni? Saya tak kejutkan awak pun, pergi je lah tidur dulu nanti saya tidur jugak" ujarku. kayla mengeratkan lagi pelukan kemudian rokok di jari aku buang

"Taknak, saya takutlah sayangg" senyuman manis terukir dibibir, panggilan sayang yang sungguh manis dan menggugat hati

"Okaylah, jom masuk tidur" kami berjalan masuk ke dalam rumah, aku mengunci pagar dan pintu kemudian mug ditangan aku simpan di dapur. Pelukan kayla tak aku lepaskan sampailah di dalam bilik kami berpelukan, baru aku tahu yang kayla penuh dengan perwatakan manjanya.

"Awak buat apa kat luar tadi?" Soalnya sambil melayangkan badan di atas tilam bersaiz king milikku, dia berbaring menghadapku di sebelah kiri

"Tak ade pape lah, saya tak boleh tidur fikir pasal kerja" jawabku dengan tenang. Dia baring berbantalkan tanganku yang sasa dan keras tulang HAHAHA

"Hmm, janganlah fikirkan sangat pasal kerja tu kena fikir jugak pasal kesihatan awak sayang" kayla memeluk aku, terasa hangat leherku dengan hembusan nafasnya dan lama kelamaan kayla dibuai mimpi. Untuk makluman anda semua, dia ni memang kaki tidur dan dalam masa yang sama dia ni manja yang teramat manja kalau kenal dia dengan dekat huahaha.



Aku dikejutkan jam 8 pagi oleh kayla kononnya kena bangun awal pergi office kena ontime dan kena bagi contoh yang baik pada staff heh.

Macam biasa aku akan mengambil masa 5 minit berdiri didepan cermin untuk memperbetulkan rambutku, aku hanya mengenakan kot hitam, kemeja berwarna biru gelap dan seluar slack hitam.

Aku keluar dari bilikku dan turun kebawah. Kedengaran bunyi dapur yang bising kuali yang tengah berperang. Langkahku terus aku aturkan ke dapur, susuk tubuh yang sibuk memasak aku peluk dari belakang.

"Eh, sayang dah siap? Nak gerak dah ke?" Soalnya sambil tangannya memegang pipiku dengan lembut

"Rajinnya awak masak? Untuk siapa?" Soalku kemudian pelukan aku lepaskan dan berlalu ke ruang tamu

"Untuk mawar, dia whatssapp saya katanya rindu dengan masakan saya ni hehe. Nanti awak boleh hantarkan saya pergi rumah dia?" Dia mengalihkan pandangannya memandang aku yang berada di belakang

"Haa boleh je, lambat ke siap masak tu?" Soalku lagi tanganku mengambil sandwich yang baru dibuatnya dan menuang kopi di dalam cawan

"Kejap lagi siap lah ni sayang" mataku fokuskan pada skrin telefon yang berada di pegangan aku, satu persatu mesej dari al aku baca. Al sekarang tengah bercintun dengan si mawar, diorang ni sebenarnya lame dah daripada kitorang dan al bagitahu pun lepas sebulan hubungan dorang bersama haih.

Sekarang ni mawar tinggal dengan al disebabkan al kesian tengok mawar yang hanya tinggal di rumah sewa dan kayla pula tinggal dengan aku, itupun disuruh oleh al katanya tak nak tinggal sebumbung dengan awek orang haih macam macam lah.

"Sayang, jomlah saya dah siap ni. Tadi awak yang suruh saya cepat tapi awak boleh lagi duk termenung kat ruang tamu tu, saya panggil dari atas awak tak dengar heh" kayla membebel sambil memeluk leherku dari belakang, dia mencium pipiku banyak kali dan aku hanya biarkan je

"Okeh okeh, jom semua barang dah bawak ke? Kang ade yang tertinggal lah terlupa lah macam macam lah" tanyaku sambil mengambil kasut yang tersusun dekat rak

"Dah sayang.. tak payah lah nak bebel bebel sangatlah haih" kayla mengunci pintu rumahku kemudian mengambil kasutnya dan pakai dengan kemas.

Pintu kereta aku buka dan masuk ke dalam kereta, enjin aku hidupkan, aircond aku hidupkan dan menunggu si kekasih untuk masuk ke dalam kereta hm. Kayla masuk ke dalam kereta sambil mengeluarkan telefonnya dari beg yang disandangnya. Gear kereta aku tukar dan keluar dari perkarangan kereta untuk kerumah mawar dulu baru pergi kerja.

"Sayang, harini awak balik awal ke?" Tanya kayla.. tangannya diletakkan di atas pehaku.

"Tak tahu lagi lah awak, nanti kalau saya balik awal saya chat awak okay" aku mengukirkan senyuman kepadanya namun pandangan aku tetap fokus pada jalan raya

Sampai di rumah mawar tak sampai 30 minit, sebab jalan tak berapa nak sesak dan rumah al tu tak lah jauh sangat dari rumah aku. Aku berhentikan kereta didepan rumah al.

"Nanti kalau saya nak keluar dengan mawar saya chat awak tau sayang" ujarnya sambil mencium pipi kanan ku. Aku hanya melemparkan senyuman. Kayla melambaikan tangannya sebelum aku neluncurkan kereta aku ke jalan raya

Pintu office aku diketuk dan assistant yang baru bekerja masuk ke dalam bilikku. Dia menghulurkan beberapa fail yang aku minta tadi.

"Saya ade meeting ke lepas ni?" Soalku namun mata aku fokus kearah skrin laptop dihadapanku

"Ada boss, jam 12 tengah hari dengan CEO Orked and then your free after meeting with CEO Orked" ujarnya sambil memegang buku catatannya. Aku hanya mengangguk dan menyuruhnya untuk keluar. Lupa nak perkenalkan PA baru, okay Aina ni adik Ainul bekas PA aku. Ainul yang cadangkan Aina ni supaya bekerja dengan aku sebab adik dia baru sahaja habis belajar dan baru sebulan lebih adik dia bekerja dengan aku.

Jam di pergelangan tangan aku pandang sekilas, jam menunjukkan pukul 10:30 baru. Nama Syarikat Orked terngiang di fikiran. Macam pernah dengar syarikat ni? Desis hati aku. Kemudian pergaduhan aku dengan Lokman beberapa bulan lepas teringat semula. Lokman CEO Orked. Aqasyah Lokman! Desis hatiku lagi, tanganku mengepal satu penumbuk dan wajahnya kini bermain difikiran. Aku menggelengkan kepala aku untuk membuang jauh jauh perasaan marah tu dan sambung membuat kerja aku.

Setengah jam kemudian pintu bilikku diketuk oleh seseorang dan aku menyuruhnya masuk. Tanpa aku sedar seorang lelaki berdiri di hadapan aku sambil melemparkan senyuman kepada aku. Dia menarik kerusi dihadapan aku dan duduk tanpa meminta izin.

"Hi bro! We meet again right? Hahaha tak sangka kita boleh berjumpa semula" Lokman menurunkan cermin mata hitam yang dipakainya, kakinya diletakkan di atas meja kerjaku. Haih ni memang aku bengang.

"Eh asal pandang aku centu bro? Aku datang sini nak bincang pasal kerja je bukan nak cari gaduh" aku memandang nya dengan wajah bengis kemudian pandangan aku alihkan ketempat lain dengan rasa marah yang membuak buak





To be continued....

My Girl ✓Where stories live. Discover now