DUA-LIMA

84 6 0
                                    

ANNE POV

Beberapa hari sebelum terjadinya pergaduhan Mika dan Kayla...

Aku keluar untuk berjumpa seseorang di sebuah restaurant tidak jauh dari kawasan perumahan aku. Setelah 13 minit memandu,aku tiba di destinasi, tanpa melengahkan masa aku terus masuk untuk mengambil tempat duduk dan memesan air. Telefon di dalam beg aku keluarkan, satu nombor aku dail.

"hello kau kat mana? aku dah sampai tempat biasa. okay" panggilan aku terhenti disitu. Tak lama kemudian air yang aku pesan telah dihantar dan diletakkan di atas meja oleh seorang pelayan.

"heellooooo, I'm sorry laateee" tegur seorang lelaki yang telahpun duduk dihadapan aku

"sooo you're on?" soalku padanya. Air Americano yang masih panas aku minum perlahan lahan sambil melihat gerangan lelaki dihadapan aku

"ehh of course lah. lepas kau buat kerja kau, kau bagitahu aku asap okay. dengan sepantas kilat aku buat kerja"

"baguslah macam tu, tapi aku tak nak kau rosakkan plan aku. we stick to the plan, get it?" ujarku dengan tegas

"lah kau ni rileks la, aku aim aku punya je. aku tak kacau kau punya pun so kau rileks and trust me okay" dia menunjukkan satu gambar yang ada di dalam gallery telefonnya pdaku

"ni sepupu budak tu, nanti dia akan pergi Kedah untuk melawat makcik dia yang sakit tenat dekat sana. masa ni kau boleh buat kerja kau" aku melihat gambar yang ditunjuknya itu. kemudian aku alihkan pandanganku padanya semula.

"hahaha bagus. bila dia pergi sana?"

"mungkin lagi 2 atau 3 hari nanti? takpe kau tunggu je info daripada aku, bila aku tahu aku terus text kau" aku mengangguk. cawan yang berisi air Americano sudah separuh aku minum.

"then apalagi yang kau nak dari aku sekarang ni?" soalnya padaku

"aku nak buat something untuk alihkan perhatian Mika dekat aku, that's why aku panggil kau jumpa aku" dia mengerutkan dahinya memandangku

"kau nak aku buat apa?"

"aku nak kau pukul aku" mukanya berubah drastic seakan akan terkejut

"what? lawak apa kau buat ni? kau ingat buat macam tu dapat alihkan perhatian dia dekat kau ke?" soalnya semula padaku. segelas air yang baru dihantar oleh seorang pelayan diambilnya dan dihirup

"kau boleh tak ikut je plan aku? takyah banyak tanya. aku tahu aku buat apa so ikut jela heish" dengusku geram. banyak lak soalan dia ni ei

"okay okay, but jangan salahkan aku kalau dia tak layan kau" senyuman terukir di bibirku. nampaknya apa yang dirancang bakal berjalan lancar.

setelah hampir sejam aku berada di restaurant bersamanya, kami beredar pulang. aku terus meluncur untuk pulang kerumah dan tidak mahu singgah di mana mana lagi.

Beberapa hari berlalu

aku menunggu kedatangan lelaki tu dirumah. jam didinding aku lihat berkali kali. haih mana pulak jantan ni lama lama buat apa? lupa plan ke apa desas aku dalam hati. telefon yang tersimpan kemas di atas meja aku ambil. nombor lelaki itu aku dail.

"ha kau kat mana ni? haih aku dah kata kan bila aku call atau text kau, kau terus gerak boleh tak? jangan buang masa lah" panggilan kami dimatikan. segelas air kosong diatas meja aku ambil dan aku minum. setelah menunggu 5 minit lelaki itu sampai di hadapan rumah. aku bingkas bangun dari tempat duduk aku dan berlalu membuka pintu. terpampang wajah lelaki itu dihadapanku.

"kau ni selalu lambat, tak on time. klau rosak plan aku siap kau" kataku setelah membiarkan dia masuk ke dalam rumah.

"so kau nak aku buat macam mana?" soalnya setelah melabuhkan punggung di sofa ruang tamu bersebelahan bilikku tidurku.

"kau just tampar bahagian pipi aku then kau genggam tangan aku sampai la berbirat dan berbekas" dia mengangguk tanda faham dengan arahanku

"tapi macam mana kalau dia nak buat report polis? kau tau kan dia tak main main" aku terdiam dan berikir sejenak

"itu kau tak payah risau, aku tahu macam mana nak pujuk dia" dia mengangguk sekali lagi. dia kemudian bingkas bangun dari tempat duduknya, dia mendekati aku

"tapi... apa kata kita buat benda lain dulu? have fun sekejap" senyuman jahat terukir dibibirnya. aku dah tahu apa yang ada difikirannya. aku cepat menjauhkan diri daripadanya untuk mengelakkan perkara yang difikirnya terjadi

"kau jangan macam macam eh. kau cakap kau nak perempuan tu sial" marahku padanya. langkahnya terhenti, senyuman jahat dibibirnya pudar

"okay okay..." dengan pantas pipi aku ditampar. sakitnya. tak sampai sesaat satu lagi tamparan hinggap dipipiku. aku terduduk. dia menarik bajuku sehingga terkoyak menampakkan bahuku. tanganku digenggam sekuat kuatnya, namun aku biarkan dan menahan rasa sakit ini. setelah menerima beberapa kali tamparan dia berhenti dan melabuhkan punggung di sofa. sekotak rokok di keluarkan dari poket seluarnya.

"kau nak merokok jangan dalam rumah aku" marahku padanya yang baru sahaj ingin membakar sebatang rokok namun dia terhenti.

"okay.. aku chaw lu. pape roger aku" dia berlalu keluar dari rumahku. setelah menunggu dia beredar, aku mengambil telefon di atas meja. nombor Mika aku dail.

"hello Mika, tolong I please... dia datang lagi, I takut. okay" panggilan terhenti disitu. darah yang mengalir dibibir aku biarkan. aku hanya perlu menunggu dia datang, then aku akan rampas hak aku balik HAHAHA aku ketawa sorang sorang seperti orang gila, namun tak aku hiraukan. tak lama lagi kebahagiaan akan menjadi milikku semula. aku bangun dan pergi ke tandas, cermin dihadapan aku lihat. muka aku yang teruk dibelasah aku lihat satu persatu kemudian aku berlalu keluar dari tandas. aku duduk semula di tempat aku ditampar tadi.

tiba tiba pintu rumahku diketuk. suara Mika kedengaran diluar, tak sampai 5 saat pintu rumahku dibuka. dengan pantas Mika berlari mendapatkan aku yang terbaring di atas lantai

"Anne?! kau okay tak ni?!! Harith mana??!!" Mika mengangkat tubuhku membantu aku untuk bangun. tubuhnya aku peluk, tangisan palsu keluar dari mataku. Mika membiarkan aku memeluknya, tangisan yang mengalir dipipi aku biarkan senyuman terukir dibibirku. HAHAHA senangnya nak dapatkan kau balik Mika, tak lama lagi kau akan balik pada aku semula kata kata itu hanya terdengar di dalam hati.

Mika mengajakku pulang bersamanya, dia keluar dan tunggu di dalam kereta. barang keperluan aku dan Harith aku kemas dan masukkan kedalam beg. setelah siap, aku keluar membawa beberapa barang sambil mendukung Harith, Mika datang mengambil barang yang aku bawa dan masukkan ke dalam bonet kereta.

END POV

Telefonku yang berada diatas meja kerja berdering menandakan ada mesej, aku melihat namanya. dengan pantas aku buka mesej daripada Anne. HAHAHAHA nampaknya tak lama lagi aku akan dapat apa yang aku kejarkan selama ni bisikku dalam hati. aku simpan semula telefon diatas meja dan sambung menyiapkan kerja yang bertimbun disebabkan sudah lama tidak masuk ke pejabat. pintu bilikku diketuk. "masuk" kataku dari dalam kemudian seorang pekerja wanita masuk ke dalam sambil memegang beberapa fail.

"Encik Lokman, document ni Encik kena sign sebab dah kena hantar kat Dato" dia menghulurkan fail yang dibawanya masuk tadi.

"jadual harini?" soalku padanya sambil membaca dengan teliti document tadi.

"errr harini takde meeting, cuma Encik kena approve beberapa document untuk diberikan pada Dato" aku mengangguk dan hulurkan semula document padanya.

aku bangun dari tempat dudukku dan labuhkan punggungku di atas sofa yang terletak disebelah pintu. Mika Kamelia... aku terfikirkan tentang satu nama dan teringatkan orangnya. kau tunggu dan lihat Mika hahaha aku tersenyum sendiri

To be continued....

My Girl ✓Where stories live. Discover now