TIGA-LAPAN

96 11 2
                                    

MIKA POV

aku memandu dengan kelajuan yang tinggi, telefon yang tersangkut kemas pada PhoneHolder yang aku beli di kedai telefon aku pandang sekilas. aku tidak tahu jalan untuk ke rumah ibu Kayla kerana ini kali pertama aku kesana bersama Kayla, tipulah kalau tak rasa takut dan gugup. aku cuba menenangkan diri dan cuba berfikiran positif. mataku kembali melihat skrin telefon Iphone 13 Pro Max yang aku beli beberapa bulan lepas, tak lama lagi sampai dirumah ibu Kayla.

Kayla yang sedang nyenyak tidur disebelah aku lihat, tangan kanan menggenggam stereng kereta dan tangan kiri mengusap lembut rambut Kayla yang panjang paras dada.

"emmmm.. dah sampai ke Mika? sorryy saya terlelap, ingat nak teman Mika drive tadi tapi tak tahu macam mana boleh terlelap pulak" ujarnya sambil mengeliat, aku tersenyum melihatnya walaupun baru bangun tidur tapi tetap cantik dan comel, tiada sebarang cacat cela diwajahnya.

"it's okay sayang, Mika tahuu Kayla penat dan mengantuk. dah nak sampai rasanya ni, Kayla tunjuk jela jalan ke rumah ibu eh" mata aku melilau melihat papan tanda di tepi jalan dan beberapa kedai kedai makan, perut pun lapar dah ni.

"ouuhh dah sampai lah ni, Mika luruuuss je lepastu nanti ada masjid warna hijau tuu masuk kanan je" terangnya dan aku mengangguk faham.

aku memberhentikan kereta, di depan kami ada sebuah rumah kayu namun nampak cantik dan tidak nampak seperti rumah kayu mungkin kerana warna cat rumah tu. aku membuka seatbelt, telefon yang dari tadi tersangkut aku ambil. kelibat Kayla disebelahku sudah tiada, cepatnya keluar kereta mungkin rindu sangat lah tu. aku menarik nafas panjang dan hembus perlahan lahan.

"ASSALAMMUALAIKUUUM IBUUUUUU!!" jerit Kayla dari luar. tak sampai seminit seorang wanita tua yang sudah berumur keluar dari rumah. Kayla berlari memeluknya.

"waalaikumsalam, kenapa tak tepon ibu yang kamu nak datang?" kata wanita itu, Kayla masih memeluknya dengan erat.

"heheheeee nak buat surpriseee!! terkejuutt taaakk??" mereka tersenyum gembira sambil berpelukan, aku hanya mampu melihat dan diam membisu sahaja.

"eh lupa pulak nak kenalkan kat ibu hehe ni kawan adik nama dia Mika, Mika ni ibu saya" aku datang merapati mereka berdua, tangan ibunya yang dihulurkan mencium dahiku.

"eerr assalammualaikum m-makcik" aku cuba berlagak cool dan tenang, padahal dalam hati dah ketar ketir HAHAHAHA.

"waalaikumsalam, panggil ibu aje lah. rasa macam dah tua sangat pulak panggil makcik ni hihihhi" ujarnya, aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman yang paling manis aku ada.

"eh jom lah masuk rumah, nasib baik ibu baru siap masak. marilah masuk makan kemudian boleh berehat"

"err ibu dengan Kayla masuk la dulu, saya nak ambil beg dalam kereta kejap" kataku pada mereka berdua.

setelah melihat kelibat mereka berdua masuk ke dalam rumah aku pun membuka pintu bonet kereta, perlahan lahan menurunkan beg bagasi yang berisi pakaian aku dan Kayla. beg yang seberat 10 kg itu aku bawa masuk ke dalam rumah. mataku terpana dan terkedu melihat dalam rumah ini, kemas dan cantik. mungkin ibunya seorang yang rajin mengemas dan membersihkan rumah.

"ha Mika, kamu letak beg kamu dekat bilik ni ye. lepastu datang ke dapur, ibu dah sediakan lauk tu" kata ibu sambil tangannya menunjukkan pada sebuah bilik yang berdekatan denga dapur, didepan bilik itu ada lagi satu bilik. mungkin bilik ibu.

"waaahhhh!! banyaknyaaaa ibuu masaaakk! macam tahu tahu je adik nak datang harini" ujar Kayla teruja melihat lauk dihadapannya.

"macam lah kamu ni tak tahu yang ibu memang masak lauk banyak macam ni, nanti kakak kamu balik kerja mesti lapar. sebab tu ibu masak banyak, nanti dia balik tinggal panaskan aje lauk ni semua" terang ibunya. kakak? Kayla ada kakak? kenapa dia tak bagitahu aku pasal adik beradik dia eh? aku mula berfikir dan tertanya tanya tentang Kayla, aku rasa banyak yang aku tak tahu pasal Kayla.

My Girl ✓Where stories live. Discover now