ENAMBELAS

149 9 1
                                    

"Eh dude kau serious la? Kau betul betul yakin ke yang tu dia? Mana lah tahu orang lain astu kau dah cakap yang tu dia" Al terkejut setelah mendengar cerita kejadian di restaurant semalam bersama kayla

"Betul lah bongok! Memang itu dia yang aku nampak malam tu. Aku yakin 100 peratus yang tu dia, aku takkan bagitahu kau kalau aku tak pastikan dulu yang itu dia atau bukan" Ujarku dengan muka serious,dia datang ke rumahku jam 3 petang disebabkan aku telefon dia tengah malam semalam suruh dia datang sebab nak bagitahu dia kejadian kat restaurant malam tadi. Lagipun aku tak masuk office harini disebabkan tiada hal mustahak ataupun hal penting kat office tu

"Eh habistu awek kau perasan ke? Awek kau tahu tak perempuan tu siapa?" Aku terdiam seketika sambil berfikir sejenak sebelum menjawab persoalan al tu

"Hm awek aku perasan muka aku dah lain tapi aku tak ready and aku tunggu masa yang sesuai bagitahu dia. Aku bukan apa, aku tak nak nanti dia fikir negative je and aku tak nak dia menjauhkan diri dari aku" Sepuntung rokok aku bakar, aku sedut dalam dan keluarkan asap berkepul kepul. Aku memandang al dengan sayu

"Haih kau belum cuba lagi kau dah fikir bukan bukan, macam mana kalau reaction dia tak sama macam yang kau fikirkan sekarang? Aku cuma nak bagi nasihat sikit lah, better kau bagitahu dia sekarang sebelum terlambat. Aku tak nak ape ape jadi kat relationship korang berdua ni, aku tak nak suatu hari nanti kau belum sempat bagitahu dia dulu dia dah tahu dari orang lain haa kan susah jadinya" bebel al panjang padaku ingin sedarkan aku. Hm betul jugak cakap budak ni, aku tak nak dia kecewa dengan aku kalau dia tahu daripada mulut orang lain. Takpelah nanti aku cuba lah bagitahu dia pasal semalam and harap dia faham dan tak kecewa dengan aku

"Hm yelah nanti aku cubalah bagitahu dia. Thanks ah bagi nasihat" Sesi luah dan sesi menasihati terhenti apabila kayla keluar membawa dua cawan mug berisi air yang baru dibancuh olehnya

"Ha al macam mana dengan member aku? Kau jaga dia elok elok kan?" Kayla memberi soalan maut pada al sejurus memberi kami air. Aku tergelak melihat raut wajah al berubah mendadak HAHAHAHA padan muka kena setepek

"Eh? Asal tanya aku? Tanya lah member kau tu macam mana aku jaga dia haaa.. kau ni tanya centu macam aku ni dera dia, seksa dia pulak" jawabnya pada kayla

"Eish kau ni aku saja je tanya, tu pun nak marah chill dah ler. Ha ni kul berapa kau nak balik?" Soalan kayla macam menghalau al pulak xD kesian member tu baru nak membawang, baru nak bercerita pasal kehidupan seharian dia dah kena tanya bila nak balik HAHAHAHA

"Eh eh yang kau ni macam menghalau aku balik dah kenapa? Sukahati aku lah nak balik kul berapa pun. Lagipun aku dah lama tak lepak dengan member taguna aku ni" Amboi taguna kau panggil aku al. Ceh dasar member taik xD

"Takde lah nanti awek kau tercari cari, rindukan kau haa aku bukannya nak halau pun. Dahlah aku nak masuk dalam dulu, nanti korang masuk lah okay" Kayla berlalu masuk ke dalam semula

"Eh aku nak tanya ah, kayla tu tak kerja ke?" Tanya al tiba tiba

"Tak, sebab aku suruh dia duduk rumah je and aku tak nak dia terserempak dengan mamat yang kacau dia tu" jawabku bersahaja sambil minum beberapa teguk air yang dibancuh buah hati tersayang. Hm bagilah air kosong pun tetap rasa sedap sebab buah hati yang bagi eceewwaahh~~

"Betul jugak en? Takde la haritu aku terserempak dengan mamat tu dengan perempuan mana entah pergi mall siap peluk pegang tangan bagai" Ceh dasar jantan taik, playboy rupanya

"Ouuhh biarlah mungkin awek dia kot. Aku tak nak ambik tahu pun pasal mamat tu kalau dia dah mampos ha baru bagitahu aku" aku tersenyum kambing sambil mengangkat kening berkali kali

"Ha yelah, aku nak balik dulu lah. Aku takut kang awek aku hilang pulak HAHAHHAA" Al menghulurkan mug yang habis diminumnya kemudian berlalu meinggalkan rumah aku dengan motor ysuku yang baru dibelinya beberapa bulan lepas mungkin?

Aku masuk kerumah dan terus ke dapur membasuh dua cawan. Kayla datang, memelukku dari belakang. Aku dapat rasakan kehangatan badannya yang memelukku dari belakang, selesai basuh aku pusingkan badan menghadap dia

"Sorry sebab lama borak kat luar tadi, biasalah lama tak jumpa kan masing masing sebok dengan life sendiri" aku membelai kepalanya dengan lembut dan memberikan senyuman manis padanya

"Takpelah, saya faham. Emm mika sembang ape je? Nak tahu jugak boleh?" Kayla membuat muka comel memandangku, ingin tahu apa yang dibicarakan oleh kami berdua

"Emmmm.. betul nak tahu?" Soalku semula patut ke aku bagitahu dia sekarang? Macam mana aku nak bagitahu eh? Ke nak bagitahu pasal semalam je? Kataku dalam hati

"Kalau itu rahsia antara mika dengan al takpelah. Tapi kalau mika nak cerita kayla sedia je mendengar dengan hati terbuka dan menadah telinga hehe" kayla tersengih menampakkan lesung pipitnya

Aku menariknya duduk dia sofa ruang tamu. Aku menghela nafas panjang, bersedia nak cerita pasal semalam dan berharap dia tak terkejut

"Emmm.. semalamkan kita makan kat luar and kayla ada tegur saya kenapa muka saya berubah jadi pucat tiba tiba kan? Actually saya ternampak someone yang saya pernah kenal dulu" kayla masih setia mendengar dan menunggu aku sambung cerita

"And dia pernah jadi my first love dulu, but now not anymore. I'm telling this not because i still love her or I'm not move on. But i was shocked to see her last night" Kata kata aku terhenti disitu. Aku melihat raut wajah kayla. Mataku tertumpu pada biji matanya dalam dalam. Menunggu apa yang bakal keluar dari mulut kayla

"And then??" Soal kayla dengan tenang dan tiada reaction yang diberikan

"Saya takut nak bagitahu awak, saya tak nak awak jauh dari saya, saya tak nak awak in-" kata kataku terhenti disebabkan kayla menekup mulutku menggunakan tapak tangannya

"Buat apa saya nak fikir macam tu? Dia siapa pada awak sekarang? Dia hanya kisah silam awak kan? So buat apa saya nak jauhkan diri dari awak? Apa gunanya kalau saya jauhkan diri daripada awak? Saya tak macam tu mika. Saya tak ada kuasa nak buang memori manusia, kalau saya ada kuasa tu dah lama saya buang memori sakit pasal dia dalam hidup awak, saya taktahu apa yang dia buat dekat awak atau macam mana korang berdua boleh berpisah tapi awak ada saya sekarang ni. Saya nak bahagiakan awak and saya pun nak awak bahagia dengan saya. Saya terima awak sebab saya ikhlas sayangkan awak dan awak berjaya tawan hati saya" kata kata kayla membuatkan aku tersentak. Terdiam seribu bahasa. Terkedu. Aku menundukkan kepala menyembunyikan air mata jatuh didepannya.

Kayla membelai kepala aku dengan lembut dan penuh kasih sayang. Betul apa yang dikatakannya tadi. Aku memeluknya dengat erat, menangis bahagia dalam pelukannya. Bahagia kerana berjumpa dan bertemu dengan gadis seperti dia. Air mataku yang mengalir dengan laju aku lap. Aku pandang wajahnya dalam dalam

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya, terima kasih sebab terima saya dalam hidup awak, terima kasih sebab percayakan saya dan terima kasih sangat sangat sebab tak hampakan saya" pandangan aku tidak teralih. Senyuman dibibirnya terlihat. Tangannya diletakkan dibelakang tengkuk aku, dengan mengejut bibir aku disentuh bibirnya...




To be continued.....



My Girl ✓Where stories live. Discover now