SEMBILANBELAS

119 9 0
                                    

Sampai sahaja dirumah aku membantu Kayla membawa barang yang dibelinya di supermarket yang kami singgah tadi. Kayla mempelawa Anne masuk ke rumah dan menunjukkan bilik tetamu padanya. Entah kenapa aku rasa pelik dengan tindakan Kayla yang berani mengajak Anne untuk menumpang di rumah kami beberapa hari sahaja.

"Saya naik atas dulu nak mandi, sayang temankan la Anne kat sini. Takut nanti perempuan tu ada niat jahat pulak kat kita" Kata aku pada Kayla

"Ish tak baik bersangka buruk macam tu sayang. Jangan risau pasal dia, saya handle pasal Anne awak takyah risau okay?" Aku angguk tanda setuju dan terus lalu pergi ke bilik atas untuk mandi dan tukar baju. Kayla pergi ke dapur menyusun barang yang dibelinya tadi, Anne pulak di dalam bilik tetamu.

KAYLA POV

Sedang asyik menyusun dan memasukkan barang di dalam peti sejuk, Anne menegur aku dengan menyentuh bahu aku.

"Eh awak pergilah rehat dulu dalam bilik. Emm awak nak air ke? Nak saya bancuh air apa?" Tanyaku setelah siap menyusun barang di dalam peti sejuk

"Tak tak, saya tak nak minum air pun. Saya cuma nak tanya, kenapa awak nak tolong saya?" Setelah mendengar soalan itu keluar dari mulutnya, aku hanya tersenyum dan memandangnya sayu

"Sesama manusia kita kena lah menolong, tak kiralah dia tu siapa, tapi saya memang nak tolong awak. Saya tahu awak siapa pada Mika dahulu and saya tahu dia mesti tak terima dengan cadangan saya bawa awak untuk stay kat sini tapi jangan risau saya yakin yang awak mesti dah berubah" Anne memandang aku dengan wajah yang sangat sayu. Pipinya dibasahi dan dihujani air mata. Sama ada air mata terharu atau air mata penyesalan. Aku sendiri tak tahu kenapa aku berani memberi cadangan tu pada Mika.

"Saya terhutang budi dekat awak dengan Mika, saya tahu apa yang saya buat dekat dia dulu membuatkan dia terluka sehingga menjadi parut yang tiada ubatnya. Tapi saya bersyukur dia dipertemukan dengan orang yang baik hati macam awak. Saya nak minta maaf dekat dia tapi saya tahu susah untuk dia maafkan perbuatan saya yang jahat dan kejam tu. Saya menyesal sangat" Dia masih lagi menangis sehingga terdengar esakannya itu. Aku mencuba menenangkannya dengan menepuk belakangnya.

"Tak apalah, nanti saya cuba pujuk dia cakap dengan awak okay? Dah dah takyah risau pasal tu. Saya tahu Mika mesti tengah cuba maafkan awak. Awak pergilah masuk dalam bilik dulu berehat dan cuba tenangkan diri. Kalau nak apa apa panggil je saya okay?" Anne masih lagi dihujani air matanya. Aku tak sangka orang yang dulu melukakan Mika mendapat balasannya. Anne membasuh mukanya dan mengucapkan terima kasih padaku dahulu baru dia berlalu pergi masuk ke dalam bilik.

Masa didalam kereta tadi Anne menceritakan tentang kehidupan dia yang terpaksa menikah dengan seorang lelaki. Dia terpaksa menikahi lelaki itu kerana sudah terlanjur dan hubungan mereka kantoi oleh kedua ibu bapa lelaki itu. Perkahwinan awal mereka tidak bahagia, kerana lelaki itu bernafsu binatang dan Anne diperlakukan dan dilayan dengan kejam. Lelaki itu jarang pulang ke rumah kerana selalu bermalam dirumah keluarganya sehingga bapanya bertanya kenapa dia selalu bermalam disitu, alasannya Anne tiada di rumah kerana selalu outstation. Padahal dia pulang kerumah hanya untuk memuaskan nafsu dan melepaskan marahnya pada Anne. Setelah 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga, Anne memberitahu pada suaminya yang dia sedang mengandung anak suaminya itu, suaminya marah dan tidak suka mendengar beritu itu dan menyuruh Anne menggugurkan kandungannya. Namun Anne berdegil tidak mahu menggugurkan, dia mahu menjaga anak itu kerana anak di dalam perutnya itu tidak salah.

Sepanjang 9 bulan Anne mengandung, lelaki itu tidak pernah mengambil tahu dan tidak pernah pulang ke rumah untuk menjaganya. Dia menjaga dirinya sendiri dan tidak meminta pertolongan orang lain. Lepas sahaja Anne bersalin, lelaki itu datang melawatnya dirumah tapi melawat bukan kerana ingin melihat anaknya malah dia menceraikan Anne. Anne merasa puas hati dengan keputusan lelaki itu, dia pun membawa diri bersama anaknya jauh daripada lelaki itu. Anne membesarkan seorang anak lelakinya seorang diri. Sehingga lah tiba tiba dia terkejut macam mana bekas suaminya itu tahu tempat tinggalnya. Bekas suaminya datang dengan keputusan ingin merujuk semula, tetapi Anne tidak mahu menyeksa kehidupannya lagi dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak guna itu. Bekas lelakinya membuat keputusan itu kerana bapanya tidak mahu dia mewarisi harta syarikat bapanya kerana dia tidak bertanggungjawab menjaga Anne dan anaknya.

Lelaki itu memujuk Anne setiap hari namun Anne masih lagi dengan jawapannya yang sama. Lelaki itu putus asa dan marah, dia memaksa Anne menurut dengannya dan dia berjanji tidak akan berkasar lagi dengannya. Anne masih lagi tidak boleh mempercayai lelaki itu, lelaki itu sangat marah sehingga menampar dan memukulnya di supermarket tadi kerana Anne berdegil tidak mahu kembali semula padanya.

Anaknya di ambil oleh bekas suaminya. Dia merisaukan keadaan anaknya itu, dia takut kalau anaknya menjadi mangsa pukul bapanya pulak. Aku melangkahkan kaki menaiki tangga keatas untuk menjenguk Mika.

"Awak dah siap mandi sayang?" Tanya aku padanya selepas melihat dia telah siap menukar baju dan duduk di atas katil. Aku datang padanya.

"Sakit perut lagi ke?" Aku risaukan keadaannya akibat pukulan lelaki tadi yang hinggap di perut Mika

"Tak sakit dah. Jangan risau okay, pergilah mandi. Kesian awak penat kan" Aku tidak berganjak kemana mana, namun aku duduk disebelahnya. Kepala aku letakkan dibahu kanannya

"Emm saya nak minta tolong awak boleh sayang?" Tangannya aku genggam erat

"Tolong apa tu sayang?" Aku takut meminta pertolongannya untuk membantu Anne tapi aku merisaukan nasib anaknya

"Kalau saya suruh awak tolong Anne ambik anak dia dekat bekas suami dia tu, awak nak tolong tak?" Mika terkejut dengan apa yang aku katakan. Tangannya dari genggaman aku ditarik

"Nak buat apa tolong orang macam tu? Tu balasan dia atas apa yang dia buat dekat saya" Ujarnya dengan nada marah

"Sayang, past is past right? Now she's nothing to you. Saya tahu susah untuk awak maafkan dia, kalau saya dekat tempat awak pun saya marah tapi saya cuma fikirkan keadaan anak dia yang tak bersalah tu. Tapi tolonglah dia kali ni je sayang, tolong anak dia and saya tak minta banyak pun sayang. Saya pun tak paksa awak untuk maafkan dia terpulang pada awak tapi tolong dia kalini untuk selamatkan anak dia boleh?" Pujuk aku supaya dia mahu menolong selamatkan Anne dan anaknya. Mika diam membisu. Aku bangun dan memandang tepat anak matanya dengan dalam.

"Haih... Okay saya tolong. Tapi dengan satu syarat" Mika memegang erat kedua tanganku

"Saya boleh tolong dia selamatkan anak dia, tapi lepas je saya tolong tu saya tak nak tahu apa apa pasal dia dah, saya tak nak dengar apa apa pasal dia dah okay?" Pinta Mika, aku kemudian memberikan senyuman padanya dan mengangguk tanda setuju

"Terima kasih sayang sebab dengar cakap saya" Aku mencium kedua pipinya dengan lembut. Tiba tiba dia menarik aku kedalam pelukannya, wajah aku sangat rapat dengannya sehingga terasa nafas yang keluar dari hidungnya. Pipi aku merah kerana malu 😳 Tiba tiba satu ciuman singgah dibibir. Aku terkejut dengan tindakannya itu

"HAHAHAHA comelnyaaa pipi merah merah niii!" Mika mengusik aku. Tak sampai seminit satu lagi ciuman singgah dibibir namun tidak di lepaskan dan dibiarkan bibir kami bertaut lama.....





To be continued......

My Girl ✓Where stories live. Discover now