LAPANBELAS

96 8 0
                                    

Kereta aku berhentikan di depan sebuah kedai bunga, tempat kerja Kayla. Kelibat Kayla keluar dari kedai itu ku perhatikan, dia melambai kepada pekerja lain di kedai itu lalu berjalan memasuki kereta.

"Hai sayang, how's your work today? Everything okay?" Tanya aku sejurus Kayla masuk dalam kereta. Dia duduk di seat sebelah pemandu, dia cium pipi kanan ku dan memberi senyuman manis

"Okay je harini, cumanya tulah banyak order dari customer sebab ada 2 ke 3 orang customer tu tempah bunga banyak untuk hari perkahwinan dorang" terangnya soal kerjanya harini. Kepalanya aku belai lembut, tanganku turun ke pipinya dan kucibit manja

"Kesiaann dia penat buat banyak kerja. Balik ni rehat jela okay, lagipun saya ada tapau makanan jugak dari kedai makan tadi masa lepak dengan al. So awak balik mandi, makan then rehat okay" Dia mengangguk tanda faham. Gear kereta aku tukar, kemudian aku pandu ke destinasi rumah kami

"Oh iye, awak buat apa je harini? Lepak je ke?" Tanya Kayla tentang aktiviti aku harini

"Sebelum lepak tu al minta teman dia beli baju astu baru lah kitorang lepak kat restaurant" Dia memuncungkan mulutnya sambil mengangguk

"Em, boleh tak kita singgah dekat mana mana kedai dulu? Ada benda saya nak beli, kejap je tak lama pun" Aku hanya mengangguk

"Nak pergi kedai mana? Supermarket?" Kayla yang sedang berfikir memandangku dengan wajahnya yang berkerut

"Emm supermarket pun boleh laa sayang" Selepas mendengar Kayla berkata begitu, kereta aku lajukan ke supermarket yang terdekat

Sampai sahaja di supermarket berdekatan dengan rumah, Kayla turun dahulu katanya nak cepat takut ramai orang. Aku tunggu di tempat letak kereta sambil mendengar lagu yang di pasangkan di radio. Tiba tiba aku ternampak seorang kelibat perempuan yang ditampar oleh seorang lelaki. Dah kenapa pulak main tampar menampar ni? Dahlah kat tempat public macam ni, aduu nak tolong ke ek? Ah biarkan jela bebelku dalam hati. Nak tolong tapi malas nak masuk campur, setelah melihat perempuan tu ditampar sekali lagi dengan pantas aku memberanikan diri untuk berhentikan perbuatan laki tu.

"Eh bro asal ni? Kat tempat public macam ni main tampar tampar pulak. Benda boleh bincang elok elok do, takyah main tangan boleh je mat" Ujarku bila berada di depan lelaki tu, perempuan yang ditamparnya tadi berlari melindungi diri di belakang aku

"Eh kau takyah sebok boleh tak? Ni hal aku dengan bini aku lah, kau sapa nak masuk campur sial" Katanya dengan berang dan amarah. Dia menarik perempuan yang menyorok di belakang ku dengan kasar namun aku tepis

"Aku pun tak nak lah masuk campur, tapi masalahnya sekarang ni kau main naik tangan pulak kat perempuan. Elok sangat ah tu perangai" Lelaki tu tidak berkata apa apa namun, sedas tumbukan hinggap di perutku membuatkan aku terbongkok menahan sakit

"Kalau kau tak nak cari masalah baik kau bla, sebelum aku pecahkan muka kau sial" Perempuan tadi semakin ketakutan, dia menangis meminta suaminya berhenti memukul. Aku berdiri semula, tarik nafas panjang kemudian satu tumbukan hinggap di pipi kanannya. Tak cukup tumbukan, perutnya jadi sasaran tendangan aku. Lelaki itu terduduk di atas lantai sambil mengerang kesakitan dan memegang perutnya

"Kau okay-" Aku menoleh ke belakang ingin tahu keadaan perempuan yang ditampar tadi, namun tidak sempat bertanya aku dah terkaku dahulu. Perempuan itu terkejut jugak melihat aku. Perempuan yang ditampar berkali kali itu ialah Anne. Tiba tiba badanku dipeluk dengan erat olehnya. Badan aku keras, kaku dan pergerakan aku terhalang akibat pelukannya yang erat seakan tidak mahu melepaskan aku.

"Lepas lah gila! Takyah peluk peluk boleh en!" Ujarku dengan marah. Aku meleraikan pelukannya dan menolaknya jauh dari aku. Aku tak nak Kayla ternampak dan salah faham. Lelaki tadi bingkas bangun dan menarik Anne dengan kasar, namun Anne minta lelaki itu melepaskannya

"Eh lepas laa, I tak nak ikut you! Kita dah tak ada apa apa dah pun! You dah dapat apa yang you nak selama ni kan?! Apa lagi you nak?!" Anne merayu minta dilepaskan namun lelaki itu masih berdegil dan tidak melepaskan tangannya dari menarik bahu Anne

"Kau nak bawak dia pergi mana?" Dengan berani aku bertanya, tangannya aku tepis supaya melepaskan Anne. Dengan pantas Anne menyorok di belakang aku

"Kau bla sekarang sebelum aku report polis, kat sini ada cctv and bukti pun ada. Kalau kau tak nak merasa duduk dalam penjara baik kau bla sial" Aku memandangnya dengan tajam dan marah

"Lagi satu, kau jangan berani datang dekat perempuan ni lagi. Kalau aku nampak kau cuba cuba nak jumpa dia atau buat sesuatu kat dia, nahas kau aku kerjakan cibai" Aku memberi amaran pada lelaki itu. Sebelum berlalu pergi meninggalkan kami, dia sempat meludah di lantai kemudian menunjukkan jari fucknya di depan wajahku dan Anne.

Lepas je lelaki tu pergi, Kayla sampai dengan wajahnya yang terkejut melihat ada seorang perempuan bersamaku. Dia berlari datang padaku selepas melihat raut wajahku menahan sakit kerana tumbukan tadi

"Sayang?! Okay tak ni?! Apa jadi ni haihh" Soalnya dengan cemas dan risau. Tanganku di letakkan di belakang tengkuknya, dia memapah aku untuk masuk ke dalam kereta namun aku berhenti seketika dan memandang Anne

"Kau boleh balik seorang en, pepandai lah balik" itu sahaja kata aku padanya. Memang tak lah aku nak hantar dia balik

"Sayang, siapa tu? Apa jadi sebenarnya ni??" Kayla bertanya padaku ingin tahu apa yang terjadi semasa dia sedang sibuk membeli barang didalam supermarket tadi

"Takde lah, saya dalam kereta je tadi tunggu awak. Tapi saya ternampak la ada sorang laki tu tampar dia berkali kali, saya pun pergilah tolong leraikan and cuba tenangkan laki tu tapi macam ni pulak jadi" Terang aku pada Kayla sebaik sahaja kami tiba di kereta aku. Kayla membantu aku untuk masuk kedalam kereta, kemudian dia ingin pergi ke tempat Anne namun langkahnya kuhentikan. Tangannya aku tarik

"Nak buat apa? Nak pergi tolong dia? Takyah lah buang masa. Dia yang cari masalah" Kata aku supaya membiarkan sahaja dia disitu, pepandai lah dia fikir macam mana nak balik kerumahnya

"Mika, kenapa ni? Salah ke kalau kita nak tolong dia? Mana tahu nanti tiba tiba laki tu datang balik kat rumah dia macam mana?" Kayla masih berdegil nak tolong perempuan tu namun tangannya masih digenggaman aku. Perlahan lahan aku lepaskan tangannya dan dia pergi memanggil Anne untuk masuk sekali ke dalam kereta.

Anne duduk di belakang, Kayla di sebelahku tangannya menggenggam tangan kiri aku dengan keadaan risau dan mungkin di fikirannya tengah fikir pasal keadaan aku.

"Rumah kau kat mana?" Soalku pada Anne. Aku tidak memandangnya langsung. Pandanganku fokus memandang jalan raya dihadapan

"Em apa kata dia stay dulu rumah kita sayang? Bahaya lah dengan keadaan dia macam ni, lelaki tu bila bila je boleh datang rumah dia untuk cari dia" Kayla memberi cadangan supaya membawanya ke rumah kami namun aku tidak setuju

"No no no! Awak tak tahu dia siapa lepastu nak bawak dia balik" Suara aku naik seoktaf, aku tak dapat mengawal marah aku dan dengan tidak sengaja termarah Kayla

"Errmm, takpelah korang hantar je dekat rumah saya. Saya okay je" Anne yang dari tadi hanya diam tiba tiba bersuara

"Saya Kayla, awak ni nama sapa?" Tanya Kayla pada Anne. Aku hanya diam malas nak ambik tahu

"Panggil je Anne. Terima kasih Kayla sebab tolong saya and thanks Mika sebab datang halang laki tadi" Kayla mengangguk kemudian memandangku. Kayla baru sedar perempuan yang dia tolong tu Anne.

"Sayang, kita pergi terus balik rumah okay? Untuk sementara ni sahaja dia duduk dengan kita boleh?" Permintaan Kayla berat untuk aku izinkan namun disebabkan Kayla sendiri yang buat keputusan itu aku pun terima sahaja. Mungkin dia cuma nak membantu Anne daripada berlaku apa apa. Kereta aku pecut laju menuju ke rumah, aku hanya diam membisu. Kayla dan Anne sahaja yang bersuara, Kayla bertanya soal lelaki yang memukulnya tadi dan Anne menerangkan semuanya pada dia apa yang berlaku kepada mereka berdua sehingga Anne dipukul begitu.







To be continued.......

My Girl ✓Where stories live. Discover now