DUA-DUA

110 9 5
                                    

MIKA POV

Harini aku bersendirian di rumah, Kayla baru sahaja sehari di sana masih lagi berbaki 2 hari dia di sana. Hm 3 hari ibarat 3 tahun lamanya, rinduu dah ni. Anne sudah pun balik ke rumahnya semalam katanya tidak mahu susahkan aku dan Kayla.

Aku bersiap mengenakan baju kemeja plain berwarna hitam, t shirt putih dan berseluar slim fit berwarna hitam. Jam tangan dipakai, telefon dan kunci kereta di atas meja aku ambil dan simpan di dalam beg kecil. Aku mengajak al untuk lepak kat mana mana, disebabkan aku tak kerja lagi harini hehe. Baru sahaja ingin keluar turun ke bawah tiba tiba telefon aku berdering. Aku melihat nama pemanggil, tapi aku tak save. sapa pulak ni? Dengan segera aku jawab panggilan tu.

"Hello sapa ni? Macam mana kau ada number phone aku? Haih kau ni tak habis habis menyusahkan aku lah, kau tunggu situ!" Panggilan tamat disitu, rupa rupanya yang call aku ialah Anne. Kayla yang bagi nombor telefon aku sekiranya ada terjadi apa apa pada dia dan Harith.

Aku bergegas keluar rumah dan hidupkan enjin kereta. Aku pecut kereta menuju ke rumah Anne, bekas suaminya datang memukulnya lagi sebab itu dia call aku.








Sampai sahaja di depan rumah Anne, aku terus melulu masuk ke rumah. Anne sudah pun terbaring di atas lantai ruang tamu, pipinya lebam akibat dipukul. Segera aku pergi ke arah Anne

"Anne??!! Kau okay tak ni?!! Harith mana??!!" Tanyaku pada Anne yang tengah menangis teresak esak

"Harith ada dalam bilik, dia tak ambil budak tu tapi I kena pukul lagi dengan dia" Anne duduk dan segera memelukku. Aku hanya biarkan, mungkin dia masih lagi ketakutan. Tangisan Anne semakin kuat kedengaran dalam pelukan aku, aku cuba menenangkannya.

"Dah lah, aku ada ni takyah lah nangis. Pergi basuh muka astu kau ikut aku" Anne hanya menuruti kata kata aku, dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu ke tandas untuk mencuci muka. Aku labuhkan punggung duduk di sofa ruang tamunya.

Tak lama kemudian Anne keluar dari biliknya sambil mendukung Harith. Aku membantu membawa barang barang keperluan Harith pergi kereta. Anne duduk di sebelah aku.

"Kita nak pergi mana ni Mika?" Soalnya padaku setelah aku hidupkan enjin kereta

"Kita pergi balai dulu, buat report pasal laki tu" Aku sudah nekad, laki tu akan berani lagi datang untuk memukul Anne dengan lebih teruk. Sebelum perkara buruk jadi, baik aku buat tindakan dulu.

"Ehh takyah lah Mika, takpe I okay je, asalkan dia tak pukul Harith. Tak perlu pun buat report polis, I dah ada plan untuk pergi jauh dari dia" Anne tidak membenarkan aku membawanya pergi ke balai. Wajahnya yang lebam dan bengkak aku pandang. Keluhan panjang dilepaskan.

"Haih... Aku taktahu lah nak buat macam mana lagi, kalau kau tetap berdegil terpulang lah Anne. Aku cuba tolong kau ni tapi kau tak nak soo sukahati kau lah" Kereta aku pandu untuk pulang ke rumah semula. Dengan wajah Anne yang bengkak dan lebam teruk ni takkan nak bawak dia keluar pergi mana mana. Telefon di kocek seluar aku ambil. Nombor al aku dail untuk memberitahu yang plan untuk lepak harini tak menjadi.

Aku parking kan kereta di dalam perkarangan rumah aku. Anne keluar bersama Harith didalam pelukannya, aku mengambil barangnya di tempat duduk belakang.

"Kau duduk jela sini dulu nanti kau bagitahu aku apa plan kau" Aku membuka kunci pintu rumah dan masuk bersama barangan Anne.

"Hm thanks Mika, I dah banyak terhutang budi dengan you" Aku hanya mengangguk. Harith yang dari tadi diam kini menangis, mungkin kehausan dan kelaparan

"Meh lah sini aku jaga budak tu, kau pergilah buat susu dia dulu" Ujarku, Harith yang dari tadi dalam dakapan Anne aku ambil. Kemudian Anne berlalu ke dapur untuk membancuh susu Harith.

"Awak lapar yee? Kejap eh mama awak tengah buatkan susu okay, kesiaannya diaa lapar" aku bercakap seorang, Harith yang dengar terus diam dan merenung wajahku.

"Nah susu dia" Anne menghulurkan botol berisi susu yang suam suam baru dibancuhnya tadi. Aku mendukung Harith sambil memberinya susu. Aku melabuhkan punggung di sofa ruang tamu sambil mendukung Harith, tak lama kemudian Anne duduk bersama di sebelah aku.

"Kayla kerja ke harini?" Tanya Anne tentang Kayla

"Dia cuti pergi kedah, rumah makcik dia. Makcik dia sakit tenat baru je pergi semalam dengan sepupu dia" Anne hanya angguk tanda faham. "Habistu kenapa you tak ikut sekali?"

"Bukannya taknak ikut, aku nak ikut tapi Kayla ada urusan nak kena selesaikan dengan makcik dan sepupu dia so aku patut bagi space la dekat dia dengan makcik dia" Sedar tak sedar Harith sudah pun lena di dalam pelukan aku. Susu yang sudah habis diminumnya aku letakkan di atas meja.

"Mika... I ada benda nak cakap dengan you sebenarnya" Anne yang berada disebelah aku, aku pandang. "Apadia?"

"I tahu you tak boleh maafkan I, susah nak maafkan I dan I tahu you terluka sangat dengan perbuatan I. I minta maaf sangat sangat Mika, I menyesal sangat buat macam tu dekat you. I berharap sangat yang you dapat maafkan I Mika" Sayu wajahnya berkata begitu padaku. Aku mengeluh panjang, betul kata Kayla. Yang lepas biarkan lepas, fokus untuk masa depan dan tak usah difikir atau diingat tentang masa silam.

"Aku maafkan kau" Itu sahaja kata kata yang keluar dari mulutku.

"Terima kasih Mika! Terima kasih sangat sangat!" Anne teruja sehingga memelukku.

"Dah takyah nak peluk peluk, aku maafkan kau bukannya terima kau balik"

Aku memberikan Harith yang sedang nyenyak tidur pada Anne. Anne membawanya ke dalam bilik dan meletakkan Harith di atas tilam.

"So apa plan kau?" Soalku tentang plan yang dikatakannya tadi

"I ingat nak pergi ke luar negara bawak Harith sekali. Mungkin kalau I dekat sana bekas suami I takkan kacau I lagi"

"Kalau kau pergi sana, kau nak duduk dengan sapa? Habistu kerja kau macam mana? Kau ada kerja ke dekat sana?" Anne yang melihat aku bertanyakan macam macam soalan tertawa kecil

"Hahahaha, satu satu la you. Banyaknya lah soalan kalah wartawan tau tak. I ada kawan dekat sana yang boleh tolong I, dia pun ada butik kat sana so boleh lah I kerja dekat butik dia" Aku anggukkan saja

Tiba tiba rasa sedih menyelubungi diri. Entah kenapa aku rasa berat untuk melepaskan kepergian Anne dan Harith, aku baru sahaja rapat dengan anaknya. Aku sedih kerana Harith bukan sebab Anne yang ingin pergi jauh dari sini. Aku mula rasa sayang pada Harith, aku sudah pun menganggap Harith seperti anakku sendiri.

"Mika? You okay tak ni?" Anne perasan aku terus diam membisu selepas mendengar yang dia akan ke luar negara bersama Harith dan memulakan kehidupan yang baru di sana

"Yeah, I'm okay. But entah lah, rasa sedih pulak mungkin sebab aku baru je kenal Harith dan baru je rapat dengan dia. Tapi takpelah, baguslah kau dah buat keputusan tu. Kalau kau perlukan pertolongan apa apa, bagitahu aku and aku akan cuba tolong mana yang aku boleh tolong" Tiba tiba Anne memegang tangan kiriku

"Thanks Mika. Terima kasih sebab layan Harith macam keluarga you sendiri, terima kasih sebab tolong I and I hargai sangat sangat pertolongan you" Tanpa disedari Senyuman terukir di bibir aku.



END POV

Tak lama selepas itu, telefon Anne berdering menandakan ada panggilan masuk. Anne segera ke dalam bilik untuk mengambil telefonnya. Anne melihat nama panggilan masuk, terus dijawabnya.

"Hello? Like I told you, everything is under control. Hahahaha it's easy laa jangan pandang rendah dekat aku" Anne bercakap perlahan dengan orang yang menelefonnya, dia tidak mahu Mika mendengar perbualan dia.




To be continued.....

My Girl ✓Where stories live. Discover now