TIGA-DUA

100 7 4
                                    

sudah seminggu Kayla di hospital, menemani Mika yang terbaring tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di bilik wad vip Hospital Kuala Lumpur. Mika mengalami kemalangan malam itu, akibat membawa motor dengan kelajuan tinggi sebuah lori melanggarnya dan dia dikejarkan ke hospital. Mika dalam keadaan koma dan masih tidak sedarkan diri selama seminggu, kata doktor Mika mengalami pendarahan di kepala yang amat teruk, kaki kiri di belah lutut retak dan tangan kirinya patah akibat terseret di jalan raya.

"Kayla... janganlah macam ni, kalau Mika tengok kau dengan keadaan macam ni pun mesti dia bertambah sedih. macam mana kau nak bagi dia semangat kalau kau sendiri macam ni, doktor pun dah cuba yang terbaik untuk sembuhkan Mika and kita doakan supaya dia cepat sembuh dan sedarkan diri. kalau kau sakit jugak siapa nak jaga Mika? kalau dia sedar nanti kau pulak kena tahan wad sekali macam mana haa, mesti kau tak nak tengok dia sedih jugak kan? sekarang ni apa kata kau balik dulu, mandi segarkan badan, rehat then datang sini balik okay? jangan risau Al ada teman Mika kat sini. Uncle Mika pun on the way datang sini" Mawar cuba memujuk Kayla untuk pulang ke rumah. seminggu Kayla di sini menemani Mika, makan tidak mahu, kerjanya menangis dan merenungkan keadaan Mika yang terbaring dengan keadaan kaki dan tangannya dibalut kemas oleh simen.

"betul apa yang Mawar cakap tu weh. kau balik lah dulu berehat, tenangkan fikiran kau dan rehatkan diri kau tu. aku kat sini akan teman Mika sampai dia sedar, nanti kalau dia dah sedar aku bagitahu kau cepat cepat okay? dahlah takyah risau sangat pasal Mika, aku tahu dia kuat dan dia pun takkan tidur lama lama sebab dia pun mesti rindukan kau jugak. kau kuatkan semangat, jangan putus asa and jangan berhenti berdoa untuk Mika okay?" kalini sahabat Mika pula memberi semangat padanya. Kayla yang duduk disebelah Mika tidak berhenti menangis sambil menggenggam tangan kanan Mika. berharap Mika sedar dari komanya, Kayla amat merindui senyuman Mika, dia rindu melihat gelagat Mika yang comel apabila mengusik Kayla dan yang paling dirinduinya ialah kata kata yang menjadi semangat Kayla tiap hari.

"Mika sayang, Kayla balik dulu eh? nanti Kayla datang balik teman Mika, jangan lah tinggalkan Kayla. Kayla rindu sangat sangat dekat Mika, Mika tak rindukan Kayla ke? kalau Mika rindukan Kayla cepatlah bangun okay? nanti Kayla bawak makanan kegemaran Mika okay sayang. Kayla sayang Mika sangat sangat" Kayla mengucup lembut dahi Mika. dia cuba menahan air matanya mengalir, namun air matanya sudah tidak boleh keluar lagi. dengan berat hati Kayla meninggalkan Mika, langkah kakinya perlahan lahan keluar dari bilik itu bersama Mawar.

"Kayla? Mika macam mana?" Uncle Mika muncul dihadapan Kayla dan Mawar, dengan wajahnya yang pucat dan amat risau dengan keadaan Mika.

"Mika masih tak sedarkan diri, Uncle" Kayla bersalaman dengan Uncle Mika. bibirnya berat untuk memberitahu keadaan Mika pada Unclenya itu.

"saya nak minta diri dulu ye Uncle, nanti saya datang balik teman Mika" Uncle Mika angguk, bahu Kayla diusap lembut sebelum dia masuk ke dalam wad. Kayla dan Mawar pula beredar ke tempat letak kereta dan pulang kerumah.

*

*

*

Anne dan Lokman telah ditangkap oleh pihak polis, atas kesalahan bersubahat menculik Kayla dan cubaan merogol Kayla. bukan itu sahaja, Anne juga mempunyai rekod atas cubaan membunuh anaknya sendiri namun dia dilepaskan kerana diikat jamin oleh bekas suaminya. Lokman dipenjara seumur hidup atas penggunaan dadah dan merogol beberapa wanita sehingga membuatkan mereka mengandung dan tidak mahu bertanggunngjawab. Harith pula dijaga oleh ibu bapa bekas suaminya, ayah Anne tidak mahu menjaga Harith kerana ayahnya tidak mahu dikaitkan dengan Anne. Anne dan ayahnya memang tidak rapat dan Anne sudah lama keluar dari rumah ayahnya akibat tidak tahan dengan perangai dan sikap ayahnya yang suka mengatur kehidupan Anne.

My Girl ✓Where stories live. Discover now