-THE END-

191 10 3
                                    

"Mawar, kita datang sini untuk bercuti meluangkan masa bersama. tapi awak sibuk dengan kerja dengan KAWAN SEKERJA awak tu." Al yang dari tadi memerhatikan Mawar sibuk menghadap laptop dan telefon ditangannya mula bersuara. Al sudah tidak boleh menahan amarah dan cemburunya. dia sengaja menaikkan suaranya bila menyebut tentang kawan sekerja Mawar.

"kalau awak dah tak sayang saya, awak boleh berterus terang dengan saya sekarang. awak jujur je dengan saya kalau awak dah tak perlukan saya dalam hidup awak." Al mengambil telefon dan wallet lalu keluar dari bilik Hotel yang ditempah oleh Mika.

Al keluar untuk mengambil udara di tepi pantai sambil cuba untuk menenangkan dirinya. dia tidak mahu barannya terlepas didepan Mawar kerana dia tidak mahu menyakitkan Mawar dengan kata katanya itu. Al berjalan ditepi air. fikirannya bercelaru dan serabut. telefonnya yang berbunyi dari tadi tidak diangkat dan dibiarkannya. dia sudah pasrah dengan hubungannya bersama Mawar dan dia sudah bersiap menerima kalau Mawar mahu berpisah dengannya. Al berhenti didepan bar dan masuk ke dalam bar.

"Tequila Cocktail satu." katanya setelah melabuhkan punggung didepan bartender. bartender itu dengan pantas menyediakan pesanan yang diterima. Al mengeluarkan telefonnya kemudian membuat mod pesawat, dia tidak mahu diganggu oleh siapa siapa.

sejam kemudian, Al keluar dari sebuah bar dengan keadaannya yang tidak seperti orang waras akibat terlalu banyak menelan air Tequila. dia berjalan terhuyung hayang masuk ke sebuah Hotel dan masuk ke dalam lift menekan butang nombor yang tertera.

"awak? awak kenapa ni? awak pergi mana? saya cari awak dari tadi tau tak, call tak dapat lepastu mesej pun tak reply." marah Mawar apabila Al tiba didepan bilik mereka menginap. Al tidak dengar apa yang dikatakan oleh Mawar, dia masuk kemudian terus terbaring diatas katil. pertanyaan Mawar tidak dijawab dan dibiarkan.

"awak?? jawab laa saya tanya ni, awak pergi mana? balik balik macam ni terus, saya ada benda nak cakap dengan awak ni. bangunlah wak." Mawar mendekati Al yang masih terbaring sambil menggerakkan gerakkan badan Al. Al terus tertidur dan tidak menghiraukan Mawar. Mawar mengeluh kecil dan berlalu ke tempat duduknya semula.

Al terjaga dari tidurnya, dia memicit kepalanya yang terasa pusing dan pening mungkin kerana terlalu banyak dia minum semalam. dia bingkas bangun dari katil lalu ke tandas untuk basuh muka. matanya melilau mencari kelibat Mawar namun dia tiada dibilik. telefon didalam poket seluar dikeluarkan, baru sahaja mahu mendail nombor Mawar namun niatnya terbantut kerana telefonnya habis battery.

"haih shit laa, time time macam ni kau nak habis battery pulak!" dengus Al lalu mencampak telefonnya diatas katil, dia bergegas keluar dari biliknya lalu pergi ke bilik Mika dan Kayla.

"ha Al, asal ni memalam buta kau cari datang. jangan cakap yang kau nak ajak aku lepak luar." ujar Mika setelah membuka pintu bilik Hotel itu dan melihat manusia dihadapannya Al.

"aku cari Mawar, dia ada kat sini tak? sebab aku bangun bangun dia tak ada kat bilik." tanya Al dengan cemas, mata Mika yang kelihatan kuyu dari tadi terus segar.

"haa?? dia mana ada kat sini, kau dah try call dia ke?" tanya Mika pula.

"fon aku habis battery do, haih awek kau tidur ke? cuba suruh dia call Mawar mana tahu dia angkat." Mika terus bergegas mencari telefon Kayla, dia tidak mahu mengganggu tidur Kayla.

"eh dia tak angkat, cuba cari kat luar. mana tahu ada kat tepi pantai, aku bersiap dulu pakai baju nanti aku datang. nah kau pegang fon aku, pape hal call aku terus." Mika memberikan telefonnya pada Al, Al berlari kearah lift dan Mika pula bersiap untuk ikut mencari Mawar bersama.

Al berlari kearah pantai, dia memerhatikan setiap kawasan di pantai itu dan mencari Mawar. namun seperti tiada siapa yang berada dipantai pada waktu begini, hatinya semakin gusar dan tidak keruan. dia risau sesuatu terjadi kepada Mawar. telefon Mika yang dipegangnya berdering, Al menjawab panggil itu dengan laju.

My Girl ✓Where stories live. Discover now