DUA-SEMBILAN

98 6 3
                                    

pintu rumah Anne diketuk oleh seseorang yang tidak tahu darimana dan siapakah gerangannya. tak lama kemudian pintu dibuka.

"baguslah on time, mana barang tu?" kata Anne padanya, kemudian dia menghulurkan plastik bersaiz kecil dari tapak tangan pada Anne.

"duit macam biasa, aku dah transfer" dia mengangguk kemudian beredar meninggalkan rumah Anne. Anne melihat sekeliling sebelum menutup pintu. dia berjalan menghampiri sofa diruang tamunya. telefonnya diambil dan mendail nombor Lokman. tak sampai beberapa saat dia cuba telefon Lokman, pintu rumahnya diketuk lagi dan suara Lokman kedengaran dari luar.

"aku baru je call kau suruh datang sini" kata Anne pada lelaki itu setelah membukakan pintu untuknya.

"kenapa kau suruh aku datang sini ni? ada hal penting apa?" soalnya setelah melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.

"kita kena tukar plan B, disebabkan cara lembut tak jalan kita pakai cara kasar okay?"

"cara kasar? kau jangan lebih lebih Anne. aku tak nak sampai masuk penjara sebab ikut plan kau ni" Lokman merisaukan rancangan Anne kalini akan melibatkan pihak polis kerana dia tidak mahu memburukkan namanya dan syarikatnya.

"kau rilek boleh tak jantan? kau tak reti buat kerja sebab tu aku tukar plan sekarang ni. aku bukannya suruh kau pergi rogol ke culik budak tu pun" Lokman kembali tenang sedikit dan percaya dengan rancangan Anne kalini.

"nah, kau campur benda ni dekat air perempuan tu" Anne mencampakkan bungkusan kecil pada Lokman.

"ape benda ni gila?! kau nak aku letak dadah dalam air Kayla?!" Anne berjalan menghampiri Lokman dan berhenti dihadapannya sambil menyilangkan tangannya melihat Lokman yang sedang duduk.

*

*

*

MIKA POV

aku berjalan untuk ke tempat teduh. cuaca tidak mengizinkan melihat kawasan pembinaan. hujan tiba tiba turun semasa aku meronda bersama 3 orang staff dan masing masing tidak membawa payung. terpaksa lah kami pulang semula ke hotel dan berehat, 3 jam kami keluar melihat 2 kawasan yang sedang dalam proses. haih nampaknya lama lagi laa aku balik kalau macam ni punya cuaca adeeehh bisikku dalam hati dan keluhan berat aku lepaskan.

"aik boss, panjangnya mengeluh tu... boss okay tak?" seorang staff lelaki bernama Ziman menegurku sambil mengibas bajunya yang hampir dibasahi hujan.

"okay je man. biasalah mungkin penat kot haha" Ziman yang melihat aku tertawa acuh tak acuh sekadar mengangguk dan suasana kembali senyap. aku mencari kotak rokok dikocek seluarku namun tiada, Aina datang mendekati aku kemudian menghulurkan beg kerjaku.

"ehh astaga macam mana saya boleh tinggal ni, by the way thanks Aina. mana awak jumpa ni?" tanganku tercari cari kotak rokok dalam beg kemudian aku keluarkan.

"boss tinggal kat sana tadi, nasib saya nampak kalau tak mesti dah basah kena hujan. boss ni pun lain kali hati hati okay" sebatang rokok aku ambil dan kepitkan pada jariku. hujungnya aku bakar.

"thanks Aina" dia mengangguk kemudian duduk di kerusi bersebelahan Ziman. mereka berpeluk tubuh kerana kesejukan oleh kerana cuaca yang sejuk akibat hujan yang deras dan angin yang kuat.

pandanganku fokus melihat jalan yang dibasahi hujan. aku menyedut rokok sedalam dalamnya kemudian perlahan lahan aku lepaskan. entah kenapa bila aku isap rokok aku rasa macam agak tenang sedikit dan tidak memikirkan apa apa. sudah berapa hari fikiran aku terganggu. aku tak tahu apa yang aku fikirkan. puntung rokok yang sudah separuh aku sedut, aku campak dan bakar lagi satu tapi belum sempat aku bakar tiba tiba rokok aku dirampas dan dibuang di tepi.

"boss kalau ada masalah boleh cerita dekat saya, kenapa nak rosakkan kesihatan diri?" Aina yang berdiri dihadapan aku pandang sayu. entah kenapa kata katanya buatkan aku sebak dan sedih.

"saya okay je Aina, awak takyah lah risau. saya memang macam ni" jawabku pendek. pandanganku alihkan ke tempat lain.

"boss boleh tipu orang lain tapi boss tak boleh tipu saya sebab saya hari hari jumpa boss kat office and dari muka boss pun saya tahu boss ada masalah kan? saya tak kesah kalau boss nak luahkan atau minta pendapat dekat saya. saya akan dengar semuanya" Aina yang masih lagi berdiri dihadapanku dan tidak berganjak kemana mana.

"nah i'm good Aina, thanks for asking. don't worry i'll be fine soon" langit yang menuruni hujan aku pandang. cuaca seperti semakin cerah dan hujan akan berhenti.

"jom lah balik hotel. saya tak nak awak semua sakit sebab banyak lagi kerja kita kat sini" aku berlalu pergi ke tempat mereka letakkan kereta tadi. sampai sahaja di bilik aku terus ke tanda membersihkan diri, usai memakai baju aku melabuhkan punggung di atas tilam. beg kerja aku ambil dan mengeluarkan beberapa fail. aku meneliti beberapa fail. haih harini hari ketiga aku kat sini, aku tak nak lama lama kat sini. aku kena siapkan cepat dan jumpa Kayla ujarku sendiri kemudian aku ambil telefon yang tersimpan didalam beg tadi. nombor Aina aku dail.

"hello Aina... esok jam 8 pagi suruh dorang ready, sebab saya nak siapkan semua esok. saya nak petang esok dah siap semua okay? terima kasih" aku merebahkan diri di atas tilam. berharap esok semua kerjanya siap dan lusa sudah boleh pulang kerumah. apps gallery aku buka. satu persatu gambar aku bersama Kayla aku lihat. rindunya tak terkata. harap harap awak okay sayang telefon aku simpan di atas meja.

aku bingkas bangun untuk sambung menyiapkan beberapa dokumen yang aku bawa dari rumah. fokus aku terganggu akibat telefon yang berdering menandakan ada panggilan. aku bangun dan mengambil telefon diatas meja bersebelahan katil. nombor Anne tertera. dengan terpaksa aku angkat.

"ha kenapa? I ada kerja lagi ni.. haih I busy lah Anne banyak kerja tak settle lagi ni. ada hal penting apa nak jumpa? haa yelah yelah nanti I dah balik I bagitahu" belum sempat Anne menyambung percakapannya aku terus matikan panggilan. aku tidak mahu fikiran aku terganggu lagi disebabkan Anne. tapi kenapa dia nak jumpa? katanya penting... haih malas aku fikir baik aku siapkan kerja cepat aku menggelengkan kepala kemudian sambung menyiapkan kerjaku.

END POV

*

*

Kayla yang sedang sibuk membersihkan rumah terhenti kerana pintu rumahnya tiba tiba pintu rumahnya diketuk. Kayla meletakkan penyapu di sebelah pintu kemudian membuka pintu perlahan lahan. Lokman berdiri dihadapannya.

"kau nak apa lagi Lokman?" Kayla menyilangkan tangannya sambil melihat wajah Lokman dihadapannya.

"Kayla, tolong aku.. a-aku tak tahu lagi nak minta tolong sapa, kau je orang yang boleh tolong aku" Lokman seperti ketakutan. matanya melilau memandang ke arah kereta yang di parking di depan rumah Kayla.

"kau nak apa?" Kayla memandangnya acuh tak acuh. dia tahu yang Lokman mungkin berlakon untuk buatnya percaya pada Lokman namun Kayla tidak sebodoh itu.

"k-kau kenal tak p-perempuan nama dia Anne?" Lokman bercakap sehingga tergagap gagap. setelah mendengar nama Anne keluar dari mulutnya Kayla terkejut. Lokman berjaya mendapatkan perhatian Kayla.

"kenapa dengan dia? macam mana kau boleh kenal dia?" Kayla berjalan setapak kedepannya. tiba tiba mulut Kayla ditekup menggunakan sapu tangan. Lokman memeluk badannya dari depan. Kayla pengsan kemudian Lokman mengangkatnya masuk ke dalam kereta. Lokman masuk ke dalam rumah mencari telefon Kayla. setelah mendapatkan telefon Kayla, dia terus keluar dan menutup pintu rumahnya.

Lokman memecut laju meninggalkan perkarangan rumah sewa Kayla. Kayla yang pengsan ditempat duduk belakang dibiarkan. telefon Lokman berbunyi. dengan pantas dia menjawab panggilan dari Anne.

"jangan risau takde siapa nampak. aku bawak dia dekat tempat biasa, okay jumpa kat sana" panggilan dimatikan. senyuman terukir dibibir Lokman, rancangannya kalini bakal berjaya dan dia akan memiliki Kayla.

My Girl ✓Where stories live. Discover now