DUA-KOSONG

113 7 0
                                    

Harini aku dengan terpaksa teman Anne pergi ke rumahnya untuk mengambil beberapa baju dia kemudian baru ke rumah ibu dan bapa bekas suaminya.

Aku menghantar Kayla ke tempat kerjanya dulu baru gerak ke rumahnya. Kayla sempat berpesan padaku supaya tahan marah dan emosi. Harini jugak aku terpaksa ambil cuti kerja selama beberapa hari sebab nak tolong manusia bernama Anne.

"Kau ambik baju kau tu jangan banyak sangat, bukannya nak duduk kat rumah aku lama pun and aku pun tak nak tengok muka kau lama lama kat rumah aku tu" Pandangan aku masih fokus di hadapan. Sedikit pun aku tak menoleh kebelakang pandang dia.

"Ye i tahu, jangan risau i pun tak nak ganggu you dengan girlfriend you. You dengan Kayla tolong i pun dah berterima kasih sangat sangat" Katanya dibelakang

"Rumah bekas mertua kau kat mana?" Tanyaku. Tingkap aku turunkan, rokok kuambil dan aku hisap sebatang.

"Dekat shah alam je" Jawabnya sambil matanya tertumpu pada skrin telefon

Kami tiba di depan rumahnya, Anne keluar dari kereta aku dengan pantas masuk ke dalam rumah untuk mengambil beberapa baju dan barangan penting. Aku tak nak ikut. Aku tunggu di dalam kereta sahaja. Siap ambil barang, kami terus bergerak ke rumah mertuanya untuk mengambil semula anak lelakinya.

"Nama anak kau sapa?" Aku bertanya tentang anaknya

"Harith" aku mengangguk

"Memang satu perkataan je ke nama anak kau? Takde bin?" Perli aku, saje nak sakitkan hati dia

"Alexander Harith Bin Muhd Alex Haris" Nama anak dan nama bapaknya sama je. Takde nama lain ke?

"Kau dah contact mertua kau ke belum? Dah bagitahu dorang ke kau gerak sana nak ambik anak kau?" Tanya aku semula

"Dah, i dah contact semalam. Dorang suruh datang je sebab harith memang ada dengan dorang, bekas laki i tak bawak budak tu pergi mana pun" Aku membuat muka meluat dan geli. Geli mendengar dia gelarkan panggilan I dan You. Wtf?

"Kau takyah nak I You sangat boleh? Geli lah aku dengar, boleh bernanah telinga aku ni dengar" Marah aku dengan muka yang geli

"Sorry, i dah terbiasa" Suka hati kau lah, malas aku nak layan. Volume radio aku kuatkan, bagus aku layan lagu daripada dengar suara dia.

Sampai sahaja di depan rumah mertuanya aku terpaksa ikut dia, tapi aku tunggu di luar kereta. Dia masuk kedalam rumah menjemput anaknya. Telefon di poket seluar aku keluarkan. Nombor Kayla aku dail.

"Hello sayang.. dah rehat ke? Ouuhh makan apa? Haah baru je sampai rumah mertua dia ni. Tengah tunggu dia ambik anak dia. Takde laa terus balik rumah laa, sayang balik macam biasakan harini? Alaaaa lambatnya balik hm yelaa saya tunggu okay nanti dah habis kerja saya jemput macam biasa, bye love you sayang" Panggilan telefon aku matikan. Kayla bagitahu yang dia mungkin akan balik lambat harini disebabkan ada tempahan yang kena siapkan harini. Nampaknya aku kena teman dia kat rumah lah macam ni aduiii serabuut.

Tiba tiba teringat al. Baik ajak dia datang rumah, at least takde la aku kena hadap muka dia je. Nombor al aku dail.

"Hello al, kau kerja ke harini? Oouuhh yeke, ha takpelah sorry ah kacau. Takde ah ingat nak ajak datang rumah lepak ada benda aku nak bagitahu tapi takpe lah lain kali. Ha ok chaw" Panggilan tamat disitu. Nampaknya al pun sibuk kat office banyak kerja nak kena settle. Hm nak taknak terpaksa lah hadap mat.

Terlihat kelibat Anne bersama anaknya keluar dari rumah itu. Anaknya baru berusia setahun 3 bulan. Mukanya sebijik ikut muka Anne, senyumannya, matanya dan mulutnya. Aku gelengkan kepala. Astaga apa yang aku fikir ni eish. Aku masuk ke dalam kereta dengan cepat dan hidupkan enjin.

"Kau ada nak pergi mana mana ke?" Tanyaku sambil menoleh pandang kebelakang melihat anaknya disebelah.

"I nak pergi kedai kejap beli susu dia, susu dia dah habis" Aku hanya mengangguk. Kereta aku pandu keluar dari kawasan perumahan tu. Sesekali aku pandang cermin melihat mereka yang duduk di belakang

Aku parking kan kereta dengan betul, matikan enjin kemudian terus keluar dari kereta. Anne mendukung anaknya yang masih kecil itu masuk ke dalam rumah. Barang dia di belakang bonet aku tolong ambil dan bawa masuk ke dalam rumah. Aku teruskan langkah kaki aku naik ke atas bilik. Malas nak duduk dibawah hadap muka dia.

Kunci kereta dan telefon aku letak di atas meja. Pintu aku tutup dan kunci. Risau kalau dia tiba tiba main masuk je. Belum sempat nak baring tiba tiba pintu bilik aku diketuk.

"Apalagi kau nak?" Aku jerit dari dalam bilik, pintu masih tertutup

"Tolong i kejap" Pintanya dari luar. Aku buka pintu, kemudian terlihat dia mendukung anaknya

"Tolong jagakan baby kejap boleh? Dia menangis je dari tadi mungkin nak susu, i nak pergi buatkan susu kejap" Dengan tak rela dan terpaksa aku menjaga anaknya yang dipanggil "baby"

Bila aku dukung budak ni diam pulak. Raut wajahnya aku lihat. Dari rambut ke mata, dari mata ke hidung sampai la ke mulut dan telinga. Aku perhatikan satu persatu. Budak tu pun tersenyum melihat aku yang sedang memerhatikannya. Tak lama kemudian dia tertidur di pelukanku. Senyuman aku terukir sedikit. Rasa kesian muncul di hati sedikit. Kesian dengan keadaan budak ni dan budak yang tak bersalah kena lalui semua ni. Tiba tiba pintu diketuk. Aku meletakkannya perlahan di atas katil yang sedang nyenyak tidur.

"Eh dia dah tidur? Tadi bukan main bising nak susu" katanya selepas melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur di atas tilam aku. "Mehla sini dia, i bawak tidur kat bawah"

"Biar jelah dia tidur situ, nanti kau bawak dia pergi bawah nangis pulak. Nanti dia dah bangun aku bawaklah pergi bawah" Kata aku supaya membiarkan dia tidur di sini, lagipun aku ada je kat sini teman dia. Dia mengangguk kemudian turun ke bawah. Aku baring disebelahnya, sambil memerhatikan baby yang sudahpun dibuai mimpi indah. Tak lama kemudian aku pun tertidur.

Aku terjaga dari tidur, disebabkan telefon yang bising berdering menandakan ada orang telefon. Mungkin Kayla. Sebelum angkat panggilan dari Kayla, aku tengok jam. Mak aaiihhh dah kul 3 lebih lah siak. Cepat cepat aku angkat panggilan tu

"Hello sayang... Haa sorry sorry saya baru bangun. Terlelap tadi, ouuhh yeke ha takpelah kalau macam tu. Hati hati sayang i love you" panggilan terhenti disitu. Kayla balik naik kereta bersama kawannya, disebabkan dorang satu jalan, kawannya suruh naik sekali. Aku baring semula di sebelah budak tu. Masih tidur dengan nyenyak, mungkin bangun awak atau tak cukup tidur. Yela budak kecik kan selalu berjaga pada waktu malam. Aku pun tertidur buat kali kedua.

KAYLA POV

"Assalamualaikum.." Pintu rumah aku buka perlahan dan memberi salam. Ternampak kelibat Anne yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.

"Waalaikumsalam, eh Mika tak ambik awak ke?" Tanya Anne padaku setelah melihat aku sudah masuk ke rumah

"Ouh tak, tadi kawan saya hantarkan. Sebab alang alang satu jalan dia nak balik rumah tu dia kata nak tolong hantarkan"

"Ouuhh, Mika pun kat atas dari tadi tak keluar mungkin tidur rasanya" katanya, kemudian aku meminta naik dahulu ke atas nak mandi dan tukar baju.

Buka je pintu bilik aku melihat dua budak comel tengah tidur nyenyak. Mereka berdua tidak sedar aku masuk ke dalam bilik. Dengan senyap aku mengambil gambar dorang berdua. Mika tidur sambil memeluk budak kecik tu. Senyuman terukir dibibir melihat mereka tidur. Tak sampai hati nak kejut Mika. Dengan berhati hati tak nak membuat apa apa bunyi bising, aku langkahkan kaki ke tandas.

My Girl ✓Where stories live. Discover now