DUA-TUJUH

76 6 0
                                    

KAYLA POV

sudah seminggu aku duduk dirumah sahaja, tak keluar rumah dan aku malas nak berjumpa dengan siapa siapa. Mawar pulak sibuk bekerja, aku pun dah tak bekerja namun Mika selalu mengirimkan duit untukku. aku sudah tidak fikir apa yang terjadi antara aku dan Mika, aku memang mahu berjumpa dengannya dan membetulkan keadaan hubungan kami yang sedang huru-hara tapi niat aku dihalang oleh Al dan Mawar. mereka sedang menyiasat Anne bersama seorang lelaki. kami semua berasa curiga pada Anne, kerana semuanya seperti telah dirancang olehnya. tiba tiba lamunanku terhenti kerana dikejutkan oleh seseorang.

"hoi kau ni! jauh termenung, fikirkan apa?" Mawar yang baru sahaja pulang dari tempat kerjanya menegurku yang duduk di ruang tamu.

"eish kau ni! jangan buat aku terkejut boleh tak?" marahku padanya namun dia tidak takut denganku malah siap mentertawakan aku lagi

"HAHAHAHA kau ni chill la nyah. kau buat apa je seharian ni?"

"hm macam biasalah weh, menungkan nasib aku apa nak jadi" kalini tawanya semakin kuat

"eish kau ni gelak lak, aku tengah serious ni gila!" bahunya aku tampar. dia merengek kesakitan. dia mengeluarkan sesuatu dari beg kerjanya kemudian menghulurkan padaku.

"apa benda ni?" aku membuka ikatan plastik yang diikat kemas kemudian aku membelek isi dalam plastik tersebut.

"Al suruh aku bagi kau. dia kan baru balik dari outstation kat Langkawi, dia ada beli sesuatu untuk aku sekali untuk kau" satu plastik yang penuh berisi coklat dan bermacam jenis makanan

"ha nanti sampaikan terima kasih aku dekat dia" dia kemudian mengangguk. dia bangun dari tempat duduknya lalu masuk ke dalam bilik.

*

*

*

jam menunjukkan 7:12 malam. aku baru siap masak untuk makan malam aku dengan Mawar. aku masuk ke dalam bilik, tuala yang tersangkut aku ambil dan berlalu ke tandas untuk membersihkan diri. usai mandi dan memakai baju aku keluar untuk memanggil Mawar makan sekali bersama.

"waahh sedaaappp nii! bilanya kau masak? asal aku tak dengar pun kau berperang kat dapur tu, selalunya kalau kau masak mesti bising bising" ujarnya sambil tangan kanannya mencedok nasi dan tangan kirinya memegang pinggan.

"mungkin kau dah pekak kot. padahal dari tadi aku masak taauu" aku menuang air pada dua gelas untuk aku dan Mawar. baru sahaja Mawar mahu mencedok lauk telefonnya berbunyi

"aduuu sapa pulak kacau aku nak melantak ni eish!" marahnya kemudian meletakkan pinggan diatas meja lalu masuk ke bilik mengambil telefonnya.

aku mencedok nasi dan tuang ke pinggan, lalu mencedok beberapa lauk dan letakkan diatas pinggan yang berisi nasi. tak lama kemudian Mawar keluar. "kenapa weh?"

"Al call. dia cakap dia baru lepas jumpa Mika, katanya Mika tu pun macam serabut and fikiran dia pun bercelaru. lepastu Al ada bagitahu yang Mika kena pergi outstation tapi tak tahulah bila budak tu pergi outstation" terangnya dan aku pun menganggukkan saja.

"dahlah kau takyah risau pasal buah hati kau tu. tak lama lagi dapatlah jumpa balik tapi buat masa sekarang ni kau sabar je dulu okay, dengar cakap kitorang ni" Mawar cuba menenangkan hatiku supaya tidak terlalu risaukan tentang Mika. sapa je tak risau dan tak rindu hm.

"si budak Anne tu ada contact kau ke?" tanya Mawar padaku sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"takde pulak dia call atau mesej aku lepas aku dengan Mika gaduh"

My Girl ✓Where stories live. Discover now