SATU

1.1K 30 0
                                    

Telefon aku yang dari tadi menyanyi kuangkat tanpa tengok nama pemanggil tersebut..

"hello?" kataku setelah panggilan itu tersambung

"kau kat mana ni hanat? kau masih tido lagi ke?!" katanya separuh menjerit nasib tak pekak aku 🙄

"aku kat rumah je ni, baru siap mandi, kenapa?" soalku semula

"kau dah lupa ke? atau kau buat buat lupa? dekat 1jam aku kat sini tunggu kau tak sampai sampai, kau boleh tanya kenapa?!"

jam ditangan aku tengok, mak aihh pukul 2 dah patutla dia memekak macam orang gila. semalam aku janji nak belanja dia pergi tengok wayang namun hari ni aku terlajak tido + terlupa.

"haa okey okey otw" telefon ku tutup kemudian kunci motor dan helmet kuambil.

aku hidupkan enjin motor kemudian berlalu pergi ke IOI City Mall tempat yang dijanjikan untuk tengok wayang. setelah sampai ke destinasi, motorku parking dengan kemas enjin kumatikan dan aku berlari terus ke dalam mall.

Aleya seorang perempuan + kawan baik aku dari tingkatan 1 sampailah sekarang ni umur nak masuk 22 dah. hebatkan persahabatan kitorang? hehe, dia lah sahabat yang selalu bagi dorongan kat aku, selalu ada bila susah mahupun senang.

dia ni macam aku jugak suka kat perempuan and gaya kitorang pun macam lelaki. "awal kau sampai ye, semalam cakap lain harini cakap lain. ni la manusia zaman sekarang." ujarnya dengan marah.

"hehe sorrylah brada, aku terlajak tido" kata aku sambil tersengih sengih tak nak dia marah.

"dah lah jomlah beli tiket, nak tengok cite ape?" soalku sambil tukar topik, kalau dia sambung marah dia haih sampai besok la tak habis.

"pape je lah yang best, janji action okay. aku tanak yang romantik lah bagai, geli den" katanya sambil membuat muka acah acah nak muntah.

setelah selesai berbincang kami terus beli tiket, sebelum movie mula kitorang pergi makan dulu sebab aku kan baru bangun then tak sempat nak makan hehe.

lupa pula nak perkenalkan diri sendiri, okay nama aku Mika Kamelia Binti Muhd Kamel. mama and papa aku meninggal masa umur aku 6 tahun, mama papa aku meninggal sebab kemalangan. hm, lepas tu pak cik aku lah yang jaga aku pulak.

but sekarang ni aku tak tinggal dengan pak cik aku, dia ade dekat luar negara sibuk dengan urusan kerja dia. aku tinggal dekat rumah teres yang pak cik aku belikan untuk aku bila dia pergi ke luar negara.

"Al, lepas ni nak pergi mana pulak?" tanyaku selepas je habis tengok wayang, kami pun beredar dari tempat tu.

"mana lah aku tahu kau, kalau nak lepak pun boleh sebab awal lagi hehe" ujarnya sambil tersengih macam kerang busuk.

jam ditangan aku tengok, hm baru pukul 5 boleh lah kot jalan jalan kejap.

"haa jom la jalan jalan kejap sambil tu cuci cuci mata ke"
kataku dengan perlahan tak nak bagi orang lain dengar hehe.

"wey mika, kau tak nak cari pengganti ke?" soalnya sambil makan ice cream baskin robbins kesukaannya yang baru dibelinya tadi.

"kenapa kau tanya soalan ni? tetiba je sebelum ni tak pulak nak tanya" soalku semula.

"hm takde lah, aku tengok kau macam dah tutup hati kau je untuk sape sape atau kau dah muak nak jatuh cinta lagi?" soalannya membuatkan aku termenung seketika.

aku masih lagi tak bersedia untuk jatuh hati kat mana mana perempuan. aku takut dipermainkan lagi. lamunanku terhenti bila al pukul aku.

"aku tengah tanya, kau boleh pulak termenung sorang sorang macam orang gila" aku jeling al bila dia sindir aku macam tu.

"aku bukan ape al, aku tak sedia lagi nak bercinta, nak jatuh hati and aku takut lah. pasal aku dengan anne tu pun aku tak boleh nak lupa lagi"
kataku sambil kupandang al dengan sayu.

"atau kau tak boleh nak lupakan perempuan tu lagi? haih mika dah 4 tahun berlalu, takkan kau tak boleh nak buang perasaan kau tu dekat dia? dia tipu kau. dia curang dengan kau. kau still lagi sayangkan dia? mika aku membebel ni bukan ape aku cuma tak nak kau simpan lagi perasaan kat perempuan tu. kita kawan dah lama kot, aku sendiri tahu perangai kau macam mana. haih dah lah aku tak nak hancurkan mood kau balik. kau cuba lah buka pintu hati kau tu untuk orang lain, mana lah tahu ade yang melekat kann" bebel al panjang lebar mungkin nak sedarkan aku.

aku diam. aku terkedu seketika bila al cakap macam tu dekat aku, mungkin betul ape yang al cakap tu. aku masih lagi tak dapat lupakan anne, aku masih lagi sayangkan dia.

"aku janji aku akan cuba bukakan hati aku untuk perempuan lain. aku akan buang semua perasaan aku dekat dia. terima kasih al sebab sudi jadi kawan senget aku" aku berkata sambil tersenyum melihat sahabat baikku disebelah.

"dah lah kita lepak hari ni bukan nak cerita pasal 4 tahun lepas, kita nak happy happy je. malam ni aku tido rumah kau lah papa aku outstation dalam seminggu tak silap aku" al senyum sambil memukul bahuku. aiskrim yang dah habis dimakan al buang ke tong sampah. aku mengangguk sambil thumbs up ku tunjukkan.

"dahlah jom balik, aku penat lah pusing satu mall ni. bukan dapat ape pun" kataku. dekat 2jam pusing bukan dapat ape pun, memenatkan je lah.

"haa jom lah, aku balik rumah dulu ambil baju" kami beredar ke tempat parking motor.

sampai di rumah aku terus naik tangga untuk ke bilik kemudian labuhkan punggungku di atas katil. kata kata al dekat mall tadi masih terngiang ngiang dalam kepala ku. kemudian aku baring, kedua belah tangan kuletakkan di belakang tengkuk ku.

setelah 10 minit aku berehat sambil termenung, tuala di sebelah katil aku ambil. baju yang terkemas di dalam almari aku ambil. kemudian terus ke tandas untuk bersihkan diri.

usai mandi dan pakai baju telefonku berdering, nombor al yang tertera dan aku jawab.

"haa kenapa?" soalku sambil tuala yang aku pegang tadi aku letakkan di leher.

"aku dah depan pintu rumah kau ni, aku ketuk ketuk tak ade yang menyahut sebab tu aku call kau ni" terus aku keluar ke bilik dan turun ke bawah. pintu aku buka.

"aku baru siap mandi sebab tu aku tak dengar, sorry ye brada" ujar ku sambil tuala yang berada di leher aku ambil kemudian letak di rambut yang masih belum kering.

al masuk dan labuhkan punggung duduk di atas sofa, remote tv yang berada di atas meja diambil. punat on/off ditekan.

"kalau kau nak makan pandai pandai lah cari ke masak kee, aku nak sambung kerja aku kat dalam bilik. ade ape ape panggil je" kataku sambil jalan masuk ke dalam bilik, al mengangguk sambil matanya melekat pada skrin tv. al dah biasa datang rumah aku. sebab tu dia selamba badak je buat macam rumah dia sendiri.

aku kerja di syarikat papa, selepas papa meninggal papa ade tinggalkan wasiat suruh aku bekerja di syarikatnya. tapi mase tu aku belum cukup umur lagi, so sekarang ni lah waktunya.

aku bekerja di syarikat papa sebagai Chief Executive Officer (CEO). haih ingatkan senang sebab tengok kat tv macam best je, bila dah jadi ni rasa macam menyesal pulak minta. tapi nak buat macam mana tu aje lah permintaan papa aku. sampai kat rumah pun kadang kadang aku sambung buat kerja aku yang belum siap, kadang aku siapkan awal supaya keesokan harinya aku boleh berehat.

laptop yang berada di atas meja bersebelahan katil aku ambil kemudian aku duduk atas katil sambil bersandar. kerja yang belum siap aku siapkan supaya kerja aku tak bertimbun timbun atas office aku.

ok done part 1, maaf lah kalau sedikit membosankan. tapi sy akn cuba buat yang terbaik dan buat cerita ni jadi menarik. jangan lupa vote and komen ye kawan kawan 😎😉

My Girl ✓Where stories live. Discover now