Prologue II

14.3K 659 59
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seri Iskandar, Perak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seri Iskandar, Perak.

"HELINA INARA!" Kuat suara si kakak yang menjerit dari dalam bilik. Kakinya dihentak kuat sehingga kedengaran dari ruangan dapur dimana Helina berada.

"Iya, Kak Hayra! Kejap," sahutnya dari dalam tandas. Kerjanya yang sedang membereskan pakaian kotor mula terhenti sebelum dia berlalu keluar untuk naik ke atas.

Sampai sahaja pada akhir anak tangga, terlihat wajah berang Hayra bersama pakaiannya yang sudah terkoyak dari kesan seterika.

"Apa kau buat dekat baju kesayangan aku ni, Helina?" Tempik Hayra dengan perasaan tidak puas hati. Dadanya naik turun menahan amarah setelah melihat pakaian yang dihadiahkan oleh tunangnya sudah rosak.

"Helina ... Helina minta maaf, kak. Helina tak sengaja rosakkan baju akak waktu gosokkan baju akak kemarin," pohon Helina sambil kepala tertunduk.

Hayra yang tidak puas hati mendengar pemohonan maaf dari si adik mula menarik kasar rambut Helina supaya menuju ke bilik tidurnya.

"Sakit, kak ...." Adu Helina sambil memegang rambut yang ditarik oleh Hayra.

Rintihan suara Helina hanya dihiraukan oleh Hayra. Dia menolak kasar tubuh kurus itu jatuh terduduk di atas lantai kayu biliknya.

"Kau tahu kan baju ni mahal! Kenapa kau rosakkan baju ni?" Bengang Hayra sambil bajunya yang berkain satin mewah ditonyoh kuat pada wajah Helina.

"Helina minta maaf, kak ...."

Pipi mulus Helina juga ditampar kuat sehingga terteleng kepalanya ke sisi. Menggeletar tangan Helina menyentuh wajahnya yang sudah kebas selepas ditapar oleh kakaknya.

"Kau memang suka naikkan darah aku, kau tahu tak? Kau tunggu memang kena kau dengan aku hari ni, Helina."

Hayra mula menapak mengambil seterika miliknya sebelum wayar seterika itu disambung pada suis berdekatan.

Helina yang memerhati tindakan kakaknya mula berubah pucat wajahnya.

"A ... akak nak buat apa ni? Helina ... Helina betul-betul minta maaf, kak." Separa merayu Helina. Dia tiada niat mahu merosakkan baju milik kakaknya.

Belum sempat Helina mahu larikan diri, Hayra terlebih dahulu menarik kasar tubuh Helina supaya berbaring di atas lantai kayu.

Meronta-ronta tubuh Helina mahu lepaskan dirinya dari pegangan si kakak yang sudah menghalakan seterika yang sudah panas ke arahnya.

"A ... akak ... Helina betul-betul minta maaf, kak. Tolonglah, jangan buat macam ni ..." rayu Helina bersama air mata yang mula mengalir deras pada pipinya.

"Maafkan Helina, kak ...."

Hayra hanya beriak biasa dengan rayuan Helina sebelum dia menekap seterika pada tubuh Helina tanpa secebis belas kasihan pada gadis itu yang meraung kesakitan.

Rintihan demi rintihan yang keluar dari bibir Helina hanya dihiraukan. Dia tidak peduli melihat adiknya berada di dalam kesakitan.

Bibirnya hanya tayang wajah puas setelah menyiksa adiknya yang meraung kesakitan.

Tok Alang yang mendengar suara jeritan Helina dari pintu utama mula terburu-terburu masuk ke dalam bilik Hayra.

"Ya Allah, Hayra! Apa yang kamu buat ni?" Terkejut dia melihat Hayra yang berada di atas tubuh Helina sambil tangan menekap seterika pada tubuh gadis itu.

Dengan kasarnya dia menarik tubuh Hayra supaya menjauh dari Helina yang sudah merintih.

"Kamu dah gila ke, Hayra? Kenapa kamu buat macam tu dekat adik kamu sendiri?" soal Tok Alang dengan nada suara yang naik satu oktaf.

"Dia memang layak kena macam ni. Lain kali jangan cari masalah!" Naik satu oktaf suara Hayra sewaktu memberi amaran kepada Helina.

Kakinya dihentak kuat sambil berlalu keluar dari bilik, meninggalkan Helina bersama Tok Alang.

"Kita pergi jumpa doktor ya, Helina," ajak Tok Alang sebelum membantu gadis itu untuk bangun dan perlahan-lahan dia memapah tubuh lemah Helina.

Tok Alang memandang simpati ke arah Helina yang berdecit sakit pada tubuhnya yang cedera akibat ditekap oleh Hayra sebentar tadi. Dia juga tidak tahu apa lah salah Helina sehingga Hayra tergamak bertindak kejam sebegini.

T O B E C O N T I N U E

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now