KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
TUDUNG dibiarkan sahaja ditiup angin pantai , Helina menutup matanya menghayati suasana di hadapannya itu .
Dia berasa tenang dapat menghirup udara segar di tepi pantai , dia gembira Zhareef membawanya ke sini walaupun ini tidak pernah dirancang oleh mereka.
Zhareef hanya mengatakan dia ingin membawanya jalan-jalan selepas majlis sanding Elmenda dan Zayn jadi dia turut mengikut sahaja suaminya itu.
Masa dia membuka mata dari terlena di dalam kereta dia sudah berada di dalam bilik hotel , rupanya Zhareef ingin mereka berdua bercuti di area Terengganu.
Zhareef suka betul buat sesuatu tanpa dia tahu tetapi dalam diam dia juga suka dengan kejutan suaminya itu.
"Sayang?" Helina menoleh tatkala mendengar suara garau yang cukup dikenalinya , bibir mungilnya mengukir senyuman manis .
"Ini ice cream sayang" Zhareef menghulurkan air krim vanilla ke arah Helina sebeluk melabuhkan punggungnya bersebelahan wanita itu.
"Terima kasih,hubby" ucap Helina lalu mengucup pipi Zhareef selepas mengambil ais krim yang dihulur oleh suaminya itu.
Zhareef mengukir senyuman suka dengan tindakan isterinya itu .
"Nak lagi, boleh?" Zhareef menjungkitkan kening sebelah kanannya ke atas dengan senyuman miang.
"Eee tak nak ! Baik sayang makan ice cream dari layan hubby" balas Helina lalu menjilat ais krim vanilla yang dibeli oleh Zhareef.
Zhareef mencebik sekejap sebelum lidahnya mula menjilat ais krim yang dibelinya , matanya merenung sisi wajah isterinya itu.
Dia mendekatkan wajahnya tatkala melihat ada sisa ais krim yang comot ditepi bibir isterinya itu .
Helina menoleh memandang Zhareef yang masih mendekat dengannya. Keningnya terangkat menandakan dia hairan dengan tindakan suaminya itu
Belum sempat dia ingin bertanya , bibirnya sudah dilap menggunakan ibu jari Zhareef.
"Makan pon comot macam budak kecil." Gurau Zhareef, Helina memuncungkan bibirnya itu .
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...