KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
KUALA TERENGGANU || 12:30 petang
ZHAREEF merenung penuh minat wajah lelah Helina yang masih terlena dibuai mimpi sambil berbaring di kerusi penumpang kereta itu .
Sudah hampir setengah jam dia menunggu Helina untuk berjaga , kasihan juga untuk mengejutkan isterinya itu.
Malam tadi isterinya tidak dapat tidur sebab kaki dia cramp dan juga badan gadis itu tidak selesa .
Zhareef menyatukan jari jemarinya dengan Helina , direnung setiap jari jemari isterinya itu selepas diam - diam menangkap gambar Helina tidur.
Zhareef berhenti pergerakkannya apabila Helina mula mencelik matanya itu , bibirnya mengukir senyuman melihat betapa comelnya Helina mengeliat.
"Dah bangun, hm?" Lembut sahaja suara Zhareef menyapa digegendang Helina , Helina pula masih mamai .
"Kita dekat mana ni , hubby ? Dah sampai?" Tanya Helina dengan nada mamai , Zhareef membuat tali keledarnya iyu.
"Iya , sayang kita dah sampai Terengganu ni . Nak turun , hm?"
Zhareef membetulkan tudung Helina dan memasukkan rambut yang terkeluar dari anak tudung isterinya itu.
"Nak turun... tapi dah lama ke kita sampai?" Helina memandang wajah Zhareef
"Tak lama pun sayang , masa sayang dah mula terjaga tu hubby baru je turunkan handbreg tau?" Bohong Zhareef lalu keluar dari perut kereta.
Pintu bahagian penumpang hadapan dibuka oleh Zhareef , tangan Zhareef dihulurkan ke arah Helina dan Helina menyambut tangan Zhareef lalu melangkah keluar dari perut kereta.
Helina membetulkan bajunya lalu memegang erat tangan Zhareef selepas sahaja Zhareef mengunci kereta audinya itu.
"Hubby? Mana yang lain?" Tanya Helina sambil melihat sekeliling , Zhareef membawa Helina berjalan di sekeliling pantai berdekatan dengan chalet yang ditempah oleh Zhareef.
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...