BMH ⦂ 60

8.6K 424 86
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"USTAZ?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"USTAZ?"

Ustaz menoleh memandang Zhareef yang mengikutnya dari belakang bersama Zairul disisi jejaka itu.

"Kenapa sebenarnya dengan isteri saya ya, ustaz?" tanya Zhareef ingin kepastian apa yang sedang berlaku .

"Isteri kamu kena buatkan orang , Zhareef." jawab ustaz Ahmad yang membuatkan Zhareef dan Zairul mengerut dahi.

"Buatan orang ? Maksud ustaz ?" soal Zhareef lagi , dia masih tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Ustaz Ahmad.

"Isteri kamu kena sihir pemisah, tuan yang hantar benda ni sebab nak kamu berdua berpisah. Benda ni susah untuk ustaz buangkan sebab dia dah sukakan isteri kamu lagi-lagi badan isteri kamu tu lemah sejak mengandung ni." ujar Ustaz Ahmad perlahan hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

Zhareef mengucap mendengar apa yang dikatakan Ustaz Ahmad , wajahnya diraut cuba menenangkan dirinya itu .

Tidak hairanlah isterinya semakin hari semakin ingin berjauhan sahaja dengan dirinya tetapi siapa yang tergamak melakukan perkara syirik sebegini.

"Siapa yang buat semua ni , ustaz ? Tak ada cara ke nak sembuhkan adik ipar saya?" tanya Zairul lagi , kalau dia dapat tahu siapa yang menghantar benda terkutuk ini pasti dia akan kerjakan orang itu sepuas - puasnya !

"Ustaz tak boleh nak kata siapa tapi ustaz boleh kata tuannya adalah orang terdekat kamu sahaja Zhareef . Ustaz minta kamu cari barang-barang yang orang tu letak di bilik kamu dan belakang rumah sebab orang tu ada sorok di kawasan itu ." pinta Ustaz Ahmad.

Zhareef mengangguk kepalanya selepas mendengar apa yang dipinta oleh ustaz itu , dia kasihan dengan isterinya perlu hadap semua ini .

"Ustaz nak kamu juga amalkan buka bacaan surah-surah Al-Quran dan sentiasa minta isteri kamu untuk baca 3 Qul sebagai pelindung diri . Jangan lupa juga sentiasa minta dia berwuduk dan saya juga ada sediakan air yassin untuk dia minum."

"Baik lah , ustaz. Terima kasih sebab dah bantu kami . Kami akan cuba cari barang tu dan amalkan apa yang ustaz suruh kami buat."

"Inshaallah semuanya akan dipermudahkan . Kamu sentiasa lah berdoa untuk semuanya akan baik-baik sahaja . Ustaz pulang dahulu sebab ada orang yang perlu ustaz uruskan lagi ." pamit Ustaz Ahmad.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now