Prologue I

19.8K 702 45
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANYAK mata-mata yang sedang lalu lalang di ruangan hospital memandang ke arah lelaki bertubuh tegap itu sewaktu berjalan melintasi mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANYAK mata-mata yang sedang lalu lalang di ruangan hospital memandang ke arah lelaki bertubuh tegap itu sewaktu berjalan melintasi mereka. Terpegun dengan ketampanan dan auranya tersendiri.

Lelaki itu hanya memaparkan riak wajah biasa, tidak kesah dengan pandangan orang sekeliling dan hanya berlalu pergi menuju ke kaunter untuk mengambil dokumen pesakit yang perlu dirawatnya.

"Mana dokumen pesakit bawah nama Doktor Harith Mikael?" tanyanya. Jururawat yang bertugas mula mengangkat wajahnya untuk memandang ke arahnya.

"Ouh, Doktor Zhareef. Sekejap ya." Jururawat itu menghantarkan senyuman sebelum mengambil dokumen yang diminta.

Zhareef angguk. Jururawat itu datang semula dengan beberapa dokumen ditangan sebelum dokumen itu bertukar tangan dengan Zhareef.

"Ini dokumen pesakitnya, Dok," katanya.

"Baik lah. Terima kasih," ucapnya penuh bahasa. Dia membelek-belek setiap halaman dokumen itu sebelum ditutup semula.

"Saya sambung tugas saya dulu," pamit Zhareef. Dia menghantarkan senyuman nipis ke arah jururawat itu sebelum berlalu pergi menyambung tugasnya.

Hilang sahaja bayang Zhareef dari pandangan. Jururawat itu mula menampar bahu rakan disebelahnya.

"Weyh, Doktor Zhareef senyum dekat aku lah!" terujanya. Berbunga-bunga hatinya mengimbas semula senyuman nipis yang terukir pada bibir lelaki itu.

Rakan disebelahnya mula membuat wajah toya melihat perangainya yang menggeletis menerima senyuman dari Doktor Zhareef.

"Kau ni kerja nak menggeletis aje." Muak dia melihat jururawat itu.

"Biar lah, mana tahu dia jodoh aku, kan?" tutur jururawat itu bersama senyuman lebar melihat Zhareef yang dari jauh sedang menjawab panggilan.

Dari sisi Zhareef pula, dia sedang berborak dengan rakan sekerjanya, Harith Mikael.

"Macam mana bapa mertua kau tu, okey tak? Lagi satu chipsmore aku dekat mana? Rindu pula dekat si kecil tu," tanya Zhareef. Chipsmore yang dimaksudkan adalah anak perempuan sulung Mikael, Mikaeyla namanya.

Dapat dia dengari suara ketawa Mikael dari hujung talian/

"Alhamdulilah, bapa mertua aku okey. Tanya fasal, Mikaeyla kesayangan kau ni, dia baru aje terlena, Reef."

Jawapan yang diberi oleh Mikael buatkan Zhareef tersenyum.

"Tanya fasal aku ni, kau macam mana pula? Boleh handle tugas aku untuk beberapa hari ni? Maaf sebab terpaksa bagi tugas dekat kau pula," soal Mikael.

"Boleh lah. Kau jangan risau, aku masih boleh handle semua ni. Kau kan dah berkeluarga, lain lah aku ni masih membujang," balas Zhareef bersama bibir bawa debater ke hadapan sedikit. Siapa je tak sendu kalau kawan-kawannya ada yang sudah bertunang dan berkeluarga.

Pecah tawa Mikael mendengar balasan dari Zhareef yang buatkan lelaki itu turut ketawa sekali.

"InsyaAllah, ada lah nanti jodoh kau, Reef. Kita tak tahu macam mana Allah hantar jodoh kita ni," pujuk Mikael.

Zhareef tersengih. "Aamin, kau doakan aku ya," pintanya.

"Ya, aku sentiasa doakan kebahagiaan sahabat aku ni," balas Mikael yang buatkan Zhareef tersenyum.

T O B E C O N T I N U E

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now