KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
"AYANGGG ! TOLONG HUBBY !!"
Helina yang memegang dulang untuk membawa ke pondok itu tergelak melihat Zhareef yang terjerit sebab dikejar oleh ayam .
"ALLAHUAKHBAR! SUBHANAALLAH !"
Elok juga ayam tu kejar suaminya itu sebab sambil lari sempay juga suaminya menyebut kalimah Allah.
"AYANGGGGG !" Rengek Zhareef yang masih berlari untuk menyelamatkan dirinya itu .
"Bertuah punya cucu ! Yang kamu kacau ibu ayam tu nak menelur tu pasal apa ?" Bebel Tok Alang sambil pinggang dicekaknya .
Terus ayam itu di halau dengan penuh ramah , Zhareef yang perasan ayam itu tidak mengejarnya lagi terus menghelakan nafas lega
Badannya dibongkok seketika dengan kedua belah tangan memegang lutut . Dia sungguh lelah di kejar ayam itu mujur lah tak dipatutnya .
"Kesiannya suami sayang ni ? Sini lah duduk , sayang lap peluh hubby dan ada air kosong sejuk bagi legakan tekak tu."
Zhareef melabuhkan punggungnya di sebelah Helina seperti mana yang di ajak oleh isteinya itu . Peluhnya yang membuatkan bajunya lecun di lap oleh Helina .
Secawan yang berisi air dihulurkan kepada Zhareef yang sudah kehausan itu . Zhareef menyambutnya sebelum menghirup air sehingga habis .
"Huh...penatnya" mengeluh Zhareef .
"Baring lah dekat peha sayang . Hubby rehat sahaja duku" kata Helina , Zhareef dengan segera meletakkan kepalanya pada peha Helina . Helina pula hanya membiarkan sahaja sebelum dia meraup sedikit rambut basah suaminya ke belakang
Tok Alang pula sudang memuncung mulut ke hadapan sedikit , dasar cucu tak reti hormat orang single !
"Kamu ni , Reef . Baru kena kejar dengan ayam bukan dengan lembu. Lemah lah kamu ni" kata Tok Alang , Zhareef mencebik
"Alah ... Reef takut dia patuk aje bukan takut mana pun.." dalih Zhareef .
"Eleh , iya lah tu . Kamu pon satu kacau dia menelur dah kenapa ? Mana lah mak nya tak marah"
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...