KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
HELINA terus masuk ke dalam bilik , suara jejaka itu yang memanggil namanya dihiraukan sahaja . Perlahan-lahan dia duduk dibirai katil.
Dia masih tergamam melihat wajah jejaka itu yang menghadiahkannya senyuman yang sudah lama dia rindu akan senyuman itu .
Air matanya jatuh membasahi pipinya , bohong lah kalau dia tidak rindukan jejaka itu tetapi dia mahu membiarkan sahaja suaminya itu tanpa sebarang ayat yang terkeluar dari mulutnya tadi .
Dia hanya terus masuk ke dalam rumah dan naik ke atas menuju ke biliknya itu selepas melihat wajah suaminya di hadapannya itu .
Ekor matanya menangkap pintu biliknya yang terbuka sedikit , dia tahu itu adalah suaminya yang membuka pintu .
"Sayang.." panggil Zhareef dengan nada perlahan
Zhareef melangkah mendekati Helina yang hanya memandang ke arah lain kerana enggan memandang wajah Zhareef..
Zhareef perlahan - lahan melabuhkan punggungnya bersebelahan Helina dan memandang isterinya itu .
Tangan Helina baru sahaja ingin dipegang tetapi Helina menepis tangan Zhareef.
"Awak datang sini buat apa ?" Tanya Helina . Wajah Zhareef masih enggan dipandang oleh Helina .
Zhareef menarik tangannya semula dari ingin memegang tangan isterinya itu . Nafasnya ditarik sedikit untuk menenangkan dirinya.
"Hubby nak bawa sayang balik dengan hubby . Jom kita balik hm?" Pujuk Zhareef dengan nada yang lembut , Helina memandang wajah suaminya itu .
"Saya tak nak balik . Awak balik je lah . Saya tak suka tengok muka awak dekat sini ." Helina menolak keras akan pujukan suaminya itu .
"Cara apa lagi untuk isteri hubby ni pulang ke pangkuan hubby ? Hubby rindu sayang .. Sayang tak rindu hubby ?" Soal Zhareef dengan kakinya yang mula melutut di hadapan isterinya.
Perlahan - lahan kedua belah tapak tangan Zhareef menyentuh lutut Helina .
Helina menunduk kepalanya itu , soalan yang dilontarkan oleh suaminya membuatkan hatinya sebak.
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romantik𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...