BMH ⦂ 01

16K 670 34
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"GOOD morning, bonda," sapa Zhareef bersama senyuman lebar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"GOOD morning, bonda," sapa Zhareef bersama senyuman lebar. Bahu bondanya dipeluk erat sebelum dia mengucup pipi kanana wanita itu.

Puan Hamisyah tersenyum melihat sikap anak bongsunya yang sentiasa melayani dirinya dengan baik.

"Good morning juga anak bonda seorang ni," balas Puan Hamisyah pula bersama dengan senyuman manis dihadiahkan buat anak bongsunya.

"Bonda tengah masak apa tu?" tanya Zhareef sambil mengintai makanan yang dihidang ke dalam mangkuk hidangan.

"Bonda masak bihun goreng aje, Reef," balas Puan Hamisyah yang baru sahaja diletakkan di atas meja makan.

"Bonda nak Reef tolong apa-apa tak?" Bahu Puan Hamisyah diurut lembut oleh Zhareef. Puan Hamisyah senyum dengan urutan yang diberikan oleh lelaki itu sebelum kepala digelengkan.

"Tak ada pun, Reef. Bonda dah siap masak dan bancuh air teh hangat untuk semua ni," ujar Puan Hamisyah. Zhareef mencebik sedikit, baru aje dia mahu tolong bonda di dapur.

"Hm, kalau macam tu Reef ambil pinggan dan cawan untuk kita sarapan lah, ya?"

Tanpa mendengar balasan bondanya, Zhareef terus berjalan menuju ke bahagian rak untuk mengambil pinggan dan cawan buat ahli keluarganya.

Puan Hamisyah hanya mampu tersenyum sebelum dia berjalan melabuh duduk di atas kerusi makannya.

Zhareef menyusun pinggan dan cawan di atas meja makan sebelum di duduk di sebelah bondanya. Bihun goreng disenduk untuk dirinya dan bonda.

"Mana yang lain, bonda?" tanya Zhareef selepas sedari tiada seorang pun yang datang turun untuk bersarapan pagi.

"Hm, kalau along ada lagi dekat atas tengah bersiap nak ke pejabat. Si kak ngah pula, sama aje lah macam along kamu tu. Kalau papa, papa awal pagi lagi dah kena gerak ke villa, ada masalah dekat sana sikit. Penat bonda dengan perangai papa kamu tu, dah tua pun kuat sangat bekerjanya," jawab Puan Hamisyah bersama keluhan pasrah melihat perangai anak beranak.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now