KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
RAMBUT Puan Zulaikha diratap kasar oleh Encik Hafiz yang jelas memandang wajah wanita itu dengan penuh bengis .
"Ya Allah , Abang ! Sakit , bang !" Tangis sang isteri apabila suaminya masih meratap kasar rambut nya itu
Dari sudut lain , anak bongsu mereka yang sudah menggigil kuat melihat ayahnya menyakiti ibunya . Tangannya di genggam kuat.
Pelbagai perasaan bercampur dalam dirinya , perasaan kesal , marah dan dendam akan ayahnya itu .
"Aku nak duit !" Marah Encik Hafiz tu , Puan Zulaikha sudah laju menggelengkan kepalanya.
"Abang nak buat apa ? Abang nak main judi lagi ke ? Nak minum arak semua tu ? Bawa bertaubat bang ! Cukup lah buat benda terkutuk tu!" Rayu sang isteri, dia tidak mahu suaminya terjerumus dengan perkara yang dilarang oleh Allah.
Encik Hafiz terus menolak kasar kepala Puan Zulaikha sehingga terhantuk di dinding , anak bongsunya sudah bergenang dengan air mata .
"Ibu!"teriak anak bongsu mereka .
Dia melangkah pergi ke arah ibunya itu , matanya di pandang sayu melihat penderitaan ibunya itu .
Ayahnya kejam ! Sanggup ayah sakiti ibu ! Ingin sahaja dia teriak sebegitu dekat wajah sang bapa .
"Aku nak duit ! Tak akan kau tak ada duit , bodoh ?! Kau berniaga tu tak ada duit ke huh?!" Marah si suami lalu selongkar segala barang .
Sehingga lah Encik Hafiz jumpa dompet si isteri , Puan Zulaikha segera merangkak ke arah si suami dan memeluk kakinya .
"Abang ! Tolong lah ! Itu duit untuk anak - anak dengan barang dapur ! Saya kumpul untuk bayar yuran sekolah Hayra dan Nara yang t-tertunggak!" Rayu sang isteri dengan penuhi esakan yang kuat.
"Argh ! Aku peduli apa!" Amarah Encik Hafiz makin membuak sehingga dia menepis kasar tangan sang isteri .
"Abang .. t-tolong lah bang .. tu duit saya berniaga untuk diaorang bang.." Puan Zulaikha masih merayu sambil memeluk kaki suaminya
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...