KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
ZHAREEF yang sedang masak sarapan pagi di dapur khas buat Helina terus tertoleh tatkala terasa seseorang sedang memeluknya .
Bibirnya tersenyum manis ke arah wanita itu , api gas ditutup sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap Helina .
Belakang pinggang Helina dipegang sebelum dia menghadiahkan satu kucupan pada dahi licinnya.
"Good morning , sweetheart" ucap Zhareef dengan suara yang mendalam.
"Good morning, husband saya yang handsome" Helina mencium pipi Zhareef dengan kakinya yang terjengket sedikit . Harap maklum lah suaminya terlebih makan tiang lampu !
Zhareef tersenyum manis sambil mengusap lembut belakang Helina .
"How your sleep hm?" Zhareef menarik lembut lengan Helina untuk dibawanya duduk di atas kerusi .
Lepas sahaja Helina melabuh punggungnya itu sempat sahaja Zhareef mengurut sedikit bahu Helina seperti biasa . Itu sudah menjadi rutinya.
"Pretty good ! Thank you hubby sebab sanggup teman sayang dengan urutkan badan sayang" Helina tersenyum manis .
"Alhamdulilahh , bagus lah . Ini hubby ada masakkan kegemaran sayang laksa johor , sayang suka kan?" Zhareef mengukir senyuman manis dengan meletakkan dua mangkuk di hadapan Helina.
Senyuman Helina kian menipis tatkala memandang mangkuk yang berisi laksa johor , hatinya terasa sebak teringat moment dahulu.
Zhareef yang baru sahaja melabuh punggungnya di sebelah Helina selepas sahaja menggantung baju apronnya itu dan membersihkan periuk .
"Sayang? Kenapa tak makan hm?" Soal Zhareef apabila melihat Helina hanya menunduk kepalanya memandang laksa johor itu .
"Sayang? Eh ? Kenapa menangis ni?" Risau Zhareef lalu memusingkan tubuh Helina perlahan-lahan menghadapnya .
Air mata Helina di kesat lembut menggunakan ibu jarinya yang kasar .
"Kenapa ni yang? Ada something tak kena ke hm?" Zhareef menatap lembut anak mata isterinya yang memerah kerana menangis .
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
عاطفية𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...