KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
2 minggu berlalu..
DAUN pintu bilik Hayra dibuka oleh Helina , perlahan - lahan dia menapak ke arah kakaknya yang sedang baring membelakanginya .
Helina duduk ditepi birai katil sebelum lengan kakaknya disentuh lembut , dia mendengar esakan kakaknya itu yang membuatkan dia turut bersedih .
"Kak Leesha?" panggil Helina lembut sambil memandang wanita itu , Hayra masih sama diposisinya itu .
"Kak Leesha kata nak tengok Abang Hayden? Kakak tak nak bersiapkah?" tanya Helina dengan nada lembut , perlahan-lahan Hayra duduk dari terus baring membelakangi Helina.
Helina memandang sayu wajah sebam kakaknya itu , pasti kakaknya sepanjang malam menangis lagi . Kalau dia di tempat sang kakak pasti dia terkilan dan sedih suaminya di dalam lokap meninggalkan dia yang sudah sarat mengandung yang hanya tunggu masa ingin melahirkan.
"Akak mandi sekejap ya , Helina " serak suara Hayra dengan perlahan-lahan dibawa kakinya menyentuh lantai .
Helina bangun dan menolong kakaknya bangun lalu perlahan - lahan memimpin lengan kakanya menuju bilik mandi.
"Hati-hati, akak" pesan Helina , Hayra mengangguk perlahan kepalanya dengan senyuman nipis terukir .
Sementara itu , Helina pergi mengemas katil kakaknya itu dan bingkai gambar perkahwinan kakaknya dan abang iparnya itu diambil sebelum diletakkan di atas meja kecil.
Helina merenung wajah yang penuh senyuman milik Hayra dan Hayden di dalam gambar , betul kata orang terkadang orang hanya tengok gambar itu penuh kebahagiaan sahaja tetapi tidak dengan kisah disebalik gambar.
Memandangkan Helina juga sudah habis 44 hari jadi dia boleh menemani Hayra pergi ke penjara bersama Zhareef dan juga berhadapan dengan jejaka itu.
Usai sahaja Hayra mandi , dia menunggu kakaknya memakai baju sebelum dia menolong kakaknya memakai tudung.
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...