KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
ZHAREEF mengusap lembut perut Helina yang masih dibuai mimpi , mulutya pula tidak berhenti membaca zikir dan surah - surah yang baik untuk kandungan isterinya itu .
Zhareef memandang sahaja perut Helina yang sedikit bergerak dengan bibirnya yang tidak lekang tersenyum manis , aktif betul anaknya pagi - pagi ni.
"Aktifnya anak daddy ni?" Bisik Zhareef sambil mengusap lembut perut isterinya itu dengan lembut . Geli hati dia apabila terasa kaki kecil bergerak - gerak menyentuh tapaknya .
"Erm.." Helina mengerut dahinya sambil memegang perutnya menahan tegang apabila perutnya ditendang - tendang.
Tubuhnya dipusing sedikit cuba menyelesakan dirinya itu , Zhareef duduk tegak apabila melihat isterinya yang tidak selesa .
"Sayang?" Lembut sahaja Zhareef menggoncang lembut lengan isterinya itu . Helina perlahan-lahan membuka matanya
"Sayang tak selesa ya?" Soal Zhareef, Helina mengangguk kepalanya itu dengan memegang perutnya menahan kejang .
"Come here.." Zhareef mengambil bantal lalu meletakkan di dadanya dan menepuk sedikit memberi isyarat supaya isterinya bersandar dekatnya .
Helina perlahan - lahan bersandar di tubuh suaminya itu dengan senyuman nipis terukir, Zhareef mengukir senyuman sambil tangannya ligat mengurut perut dan pinggang isterinya.
"Terima kasih , hubby.." ucap Helina perlahan sambil memegang perutnya itu , matanya tertutup dengan kepala terlentok ke bahu Zhareef.
Urutan yang diberi suaminya sungguh membuatkan dia terasa tenang sahaja.
Zhareef mengukir senyuman manis melihat isterinya yang mula terlena kerana selesa dengan urutannya itu .
Kedengaran azan subuh yang mula berkemandang membuatkan Zhareef mengusap lembut bahu Helina untuk mengejutkan wanita itu
"Sayang?? Jom kita solat subuh hm? Dah azan ni" ajak Zhareef sambil mengusap lembut perut Helina , Helina pula mengangguk kepalanya itu .
Zhareef menolong Helina untuk bangun dari duduk dibirai katil dan mereka berdua menuju masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk.
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...