BMH ⦂ 52

7.4K 375 36
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF yang baru sahaja turun ingin mencari isterinya itu terhenti apabila papanya memanggil namanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHAREEF yang baru sahaja turun ingin mencari isterinya itu terhenti apabila papanya memanggil namanya.

"Reef ? Kamu nak ke mana?" Soal Tuan Zaihad yang bersama dengan Zairul itu .

"Reef nak cari Helina pa .. Reef takut apa - apa jadi dekat Helina ." Balas Zhareef, dia sudah mencari isterinya selepas sahaja solat subuh tapi dia tidak jumpa wanita itu .

Sekarang dia masih mahu mencari jejak isterinya berada , dia masih risau dengan isterinya itu yang tidak sihat .

"Kau nak aku temankan kau ke , Reef ?" Zairul memandang adiknya itu , Zhareef menggeleng kepalanya itu .

"No need , along . Reef boleh cari sendiri" Jawab Zhareef tanpa memandang abang sulungnya itu . Dia terkilan alongnya sanggup beritahu kawan abang nya itu.

"Aku minta maaf , Reef.. Semua ni salah aku . Aku tak sepatutnya bagitahu hal rumah tangga kau dengan Helina ." Zairul mula meminta maaf , Zhareef menggeleng sedikit kepalanya itu .

"It's okay , along . Benda dah jadi tak boleh dah nak patah balik . Reef pon ada salahnya sebab tak jujur." Kata Zhareef dan terus berjalan keluar pintu utama.

"Reef."

Langkah Zhareef terhenti apabila mendengar ayah mertuanya dan atuk saudaranya memanggilnya serentak .

Zhareef memalingkan badannya ke arah mereka berdua yang sudah semakin menghampirinya . Wajah Pak Hafiz yang membuatkan dirinya tidak senang duduk.

Dia tahu ayah mertuanya pasti terkilan dengannya atas perbuatan yang dilakukannya terhadap anak perempuan lelaki tua itu.

"Kamu nak ke mana , Zhareef? Cari Helina lagi?" Tok Alang membuka mulut dengan menyoal jejaka itu.

"Urm , haah tokcu .. Reef nak cari Helina lagi . Reef pergi dulu ya tok cu ayah .." Zhareef menyalam tangan Tok Alang dan menghulurkan tangannya ke arah ayah mertuanya untuk menyalam tangannya.

Pak Hafiz menghulurkan tangannya untuk Zhareef menyalami tangannya itu , Zhareef tersenyum nipis lalu menyalam tangan Pak Hafiz .

Baru sahaja Zhareef ingin melepaskan tangannya dari masih menyalami ayah mertuanya tetapi tangannya digenggam erat oleh Pak Hafiz .

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now