BMH ⦂ 02

12.7K 647 61
                                    

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Helina?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Helina?"

Helina toleh kepalanya sewaktu mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Melihat susuk Hayden yang berjalan menuju ke arahnya bersama senyuman nipis buatkan dia turut berbalas dengan senyuman nipis juga.

Selepas sahaja majlis nikah Hayra dan Hayden awal pagi tadi, Hayra meminta untuk Hayden menginap di rumah sebelum berlangsung majlis sanding esok hari dan Helina menginap di rumah Tok Alang.

Ini pun Helina hanya datang ke rumah sekejap untuk menyiapkan beberapa hadiah buat tetamu yang bakal hadir ke majlis sanding kakaknya.

"Boleh abang duduk ke?" Hayden meminta izin terlebih dahulu sebelum dia melabuh duduk selepas Helina mengizinkan lelaki itu untuk duduk tidak jauh darinya.

"Banyak lagi tak siap?" tanya Hayden sambil memandang hadiah-hadiah yang dibuat oleh Helina.

Helina geleng kepala. "Tak sangat. Siap ni aje, Helina balik rumah tok cu balik."

Hayden mengangguk faham. Dia pandang sahaja hadiah yang tersusun rapi.

"Mana Kak Leesha?" tanya Helina untuk memecahkan situasi canggung antara mereka berdua.

"Kak Leesha tengah mandi, nanti dia keluar lah," jawab Hayden. Helina angguk dalam senyum sebelum sambung meletakkan hadiah ke dalam beg kertas.

"Terima kasih, Helina," ucap Hayden tiba-tiba yang buatkan Helina mengerutkak dahinya. Hairan.

"Untuk?"

"Sebab Helina banyak bantu abang dengan Kak Leesha waktu kami nak bernikah, ini pula sibuk dengan hadiah untuk esok pagi pula," sambung Hayden. Dia sangat berterima kasih dengan kesungguhan gadis ini sewaktu menguruskan majlis dia dan Hayra.

C | Bidadari Milik HaiyanWhere stories live. Discover now