KAU BIDADARI YANG PERLU AKU JAGA
RUMAH AGAM TUAN ZAIHAD
HELINA terus berlari ke arah singki tatkala Qalisha menghulurkan tempoyak ikan patin ke arahnya .
"Uwerk!"
Zhareef terus bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Helina yang sedang memuntahkan isi perutnya itu .
Belakang isterinya diusap lembut , risau pula kalau isterinya keracunan makanan sebab muntah teruk sejak dia mengajak isterinya pergi jogging kemarin.
"Sayang makan tak breakfast tadi?" Soal Zhareef yang masih menggososk belakang Helina , wanita itu menggeleng kepalanya itu.
"Ya Allah .. Kenapa tak makan sayang? Jangan lah tak makan awak tu gastrik kalau tak makan sayang . Perut tu mesti dah masuk angin"'
Geram sahaja Zhareef apabila isteirnya yang tidak mahu makan . Dia risau isterinya datang gastrik lagi .
Helina memandang Zhareef dengan mata yang sudah berkaca , suaminya marahkannya ke ?
Raut wajah Zhareef mula cuak tatkala melihat isterinya yang ingin menangis sahaja .
"Eh , sayang . Kenapa menangis ni?" Risau Zhareef lalu menyentuh lembut bahu isterinya itu .
"Hubby marah sayang ke?" Sedih sahaja nada Helina menyoal dengan air mata yang sudah mengalir deras.
"Ya Allah , ayang . Mana ada hubby marah , hubby cuma geram sayang tak nak makan . Hubby risau sayang gastrik balik" pujuk Zhareef lalu memeluk tubuh kecil isterinya itu .
"Makanan tak boleh masuk dalam tekak sayang .. Macam mana sayang nak makan.." Helina tersendu - sedan cuba menghentikan tangisannya itu .
"Urmm , sayang ada teringin nak makan apa - apa ke ?" Kepala Helina diusap lembut , Helina mendongak yang membuatkan dia memandang suaminya itu.
"Sayang teringin nak makan pisang goreng cheese.." jawab Helina , Zhareef mengukir senyuman sebelum air mata Helina dikesat lembut.
"Baik lah nanti hubby belikan , okay ? Sayang pon kena alas perut sikit . Malam tadi pun sayang ajak hubby pergi taman rama - rama , bukan? Alang - alang nanti kiya belikan ya?"
YOU ARE READING
C | Bidadari Milik Haiyan
Romance𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐙𝐇𝐀𝐑𝐄𝐄𝐅 𝐇𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍 𝐟𝐭 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia se...