Udara di Morocco begitu menyenangkan. Awfa hirup penuh semangat entah kenapa hati ini rindu kepada si dia.. cukuplah hanya dia dan tuhan yang tahu perasaan nya sekarang.. Biarlah khabar lelaki itu menjadi rahsia dan wajahnya menjadi dinding antara cinta dan nafsu cukuplah doa sebagai pengikat kesetiaan Awfa untuk Omar.
Awfa memilih berjalan untuk ke cafe berdekatan sebelum menaiki teksi untuk ke tempat belajarnya yang lebih kurang 30 minit jauh dari tempat tinggalnya sekarang.
Sarapan paginya seperti biasa roti bakar dan teh o tanpa gula, bermacam ragam ada didalam cafe pada pagi yang hening itu. Tersenyum manis disebalik purdah yang dipakai, tersentuh dengan sikap si bapa yang melayani karenah anaknya. Awfa menghabiskan airnya sebelum keluar dari cafe. Teksi yang ditempahnya sudah sampai dan seperti sebelumnya pakcik yang sama menjemput dan menghantar nya di tempat pengajian.
Sudah 6tahun dia berada di Morocco dan hanya balik bila ada hal penting saja. Minggu lepas dia telah mendaftar untuk umrah, mana lah tahu dia dapat menyambut panggilan kedua umrah nya di mekah pada tahun keenam dia disini. Tidak sabar untuk buat umrah kali kedua.. Harapannya untuk buat haji tapi masih tidak kesampaian memandangkan dia masih tiada cuti panjang di musim raya haji. Jika berpeluang dia tidak mahu lepaskan.
Sejak akhir-akhir ini dia merasakan dirinya semakin ingin mendekati Allah.. bukan perasaan biasa tapi perasaan rindu yang terdalam. Dia rasa akan pergi jauh tapi tidak tahu kemana.
Turun dari teksi dia berjalan menaiki anak tangga sebelum menghampiri pagar B yang lebih kurang dekat dengan dewan kelasnya.
Beberapa mahasiswa dan mahasiswi yang berselisih dengannya sempat menyapa dibalas ramah dan hormat.
Minggu ni minggu terakhir kelasnya sebelum dia menduduki peperiksaan akhir. Harapannya pulang dengan kejayaan untuk mama dan papanya di Malaysia. Tidak putus doa mereka semua menanti kepulangan Awfa Erdina setelah 2tahun dia memilih untuk tidak pulang. Atas kesibukannya dia tidak mampu untuk balik lagi-lagi bila musim cuti assignmen yang berlambak pensyarahnya beri.
Fifi yang merupakan sepupu rapat nya juga tidak henti bertanya bila hari kepulangannya. Tapi Awfa hanya beri jawapan yang sama "Lepas exam aku balik la.."
"Everyone... today is our last class before you guys take exam for one week.. I pray for u guys have a nice result.. Thanks for everything.." ujar pensyarah yang mengajar subjek penting dalam exam.
Entah kenapa hati dia terasa sayu.. melihat wajah pensyarah yang mengajarnya selama setahun lebih dan kawan-kawan yang lain. Rasa seperti mereka semua akan berpisah dan tidak akan bertemu lagi..
Tepukan manja dari Ain teman sekelasnya mengejutkan Awfa dari lamunan.
"Kau okey tak Awfa? Termenung jauh je lepas pensyarah kita keluar tadi.." tegur Ain sebelum melabuhkan duduknya disebelah Awfa.
"Aku okey je Ain.. cuma rasa tak sedap hati je sejak akhir-akhir ni. Aku macam tak boleh tengok orang sekeliling, rasa sebak, sayu dan kehilangan sangat-sangat." Luah Awfa penuh lelah.. melihat wajah Ain saja dia sudah rasa sedih entah kenapa dia terasa seperti dia akan jauh dari semua orang.
"Hah? Biar betul kau ni Awfa.. jangan main-main dalam hal perasaan ni. Kau jangan la buat aku takut, lagipun kau nak kemana?" soal Ain penuh tanda tanya..
"Aku tak pergi mana pun.. cuma balik Malaysia dan datang sini balik nak buat Umrah entah aku tak tahu.." jawab Awfa dengan bahu terangkat dengan jawapannya.
"Insyaallah takde pape kut.. fikir yang baik-baik je. Balik nanti kau buat la solat sunat hajat takpun malamni kau buat tahajjud mohon petunjuk kepada Allah." Ujar Ain penuh yakin untuk Awfa agar gadis itu berada dalam mood positif.
"Insyaallah aku selalu je buat.. tapi jawapan masih samar-samar. Mungkin Allah ingin beri petunjuk bila aku sudah bersedia.. hanya allah saja ada jawapan disebalik rasa dalam hati aku ni.." balas Awfa..
"Kau dah okey? Kalau dah jom kita lunch pastu balik rehat study.." ajak Ain perlahan-lahan sebelum dia bangun dan menyusun semula kerusi diikuti Awfa.
"Dah.. aku cukup okey sekarang.." balas Awfa penuh semangat..
Mereka berdua bergerak meninggalkan ruangan dewan yang sunyi sepi. Kali ni Awfa menumpang kereta Ain memandangkan kawannya ini menyewa sebuah kereta untuk kegunaannya disini. Ain bukan anak orang biasa sepertinya, gadis itu merupakan anak seorang ahli perniagaan yang tengah hangat di serata dunia sebab itu gadis itu tak keberatan hendak menyewa kereta di sini.
Tengah hari tu dia dijamu Ain dengan nasi beriani dengan kambing bakar. Berselera sungguh dia makan sehinggakan si Ain tidak percaya hari ini kawannya dapat makan dengan baik walaupun baru sebentar tadi Awfa berada dalam keadaan tidak baik. Tapi dia tidak kisah janji kawannya itu dapat menikmati hidangan dengan tenang.
Ain menilik wajah Awfa penuh penasaran. Entah kenapa dia pelik dengan sikap Awfa sejak akhir ini. Kadang gadis itu gembira, kadang termenung tidak seperti sebelum ni banyak habiskan masa dengan study. Pertanyaan dan luahan gadis itu juga turut buat dia rasa tidak menentu seolah kawannya itu ingin pergi jauh.
"Kau kenapa Ain tengok aku macam nak telan? Ada nasi terlekat dekat muka aku ke?" Soal Awfa yang sibuk makan. Mujur Ain memilih kawasan yang tertutup untuk privasi mudah untuk mereka berdua buka purdah bila makan.
"Takde lah aku cuma suka tengok muka kau.. berseri-seri bila makan. Untung nanti bakal suami kau dapat bakal bidadari dah la lembut, sopan, beradab, ada agama ada segalanya cukup pakej dunia dan akhirat.." dalih Ain menutup rasa penasarannya tadi.
"Ouh itu je ke? Ingatkan apa tadi.. Takdelah beruntung. Kalau ada jodoh aku kahwin la juga. Kalau takde mungkin bidadara aku tengah tunggu kat syurga sana." Balas Awfa menutup rahsia hatinya dari Ain. Tidak mahu menyimpan harapan walaupun cintanya pada Omar cukup dalam.
"Ehh kau ni.. entah-entah balik nanti ada orang masuk meminang." Usik Ain dengan gigi cantiknya tersusun.
"Dah la makan.. jangan bercakap nanti lambat sudah makan. Tak elok makan sambil bercakap." Bebel Awfa sebelum dia diam menjamu selera.
Ain mencemik dalam diam. Pelik sungguh si Awfa padahal dia yang mulakan dulu. Kini dia pula yang dimarahi.
Mereka diam menjamu selera. Walaupun sedikit jemu namun restoran ini mempunyai masakan yang menyelerakan. Tidak sabar mahu pulang ke tanah air.
"Terima kasih Ain sudi hantar aku sampai ke rumah." Ucap Awfa kepada temannya.
"Sama-sama kasih, takde hal lagipun kau tu kawan aku bukannya orang lain." Balas Ain sebelum menekan hon untuk pergi.
Nampak kasar cara percakapan mereka tapi itu benda biasa untuk mengeratkan hubungan mereka berdua. Dia dan ain mula rapat sejak semester pertama sehingga kini.
Awfa terus naik keatas menuju ke bilik sewanya. Tidak mengapa jika dia dan Ain duduk berlainan tempat tinggal memandangkan dia tidak mahu menyusahkan gadis itu untuk berpindah sedangkan mereka boleh bertemu dimana-mana saja.
Selesai membersihkan diri, dia menunaikan solat zohor. Dia ingin berehat sekejap sebelum membaca nota-nota ringkas yang dibuat seperti catatan kecil.
Dalam doanya tidak putus memohon diberikan sihat tubuh badan, mohon ampun segala dosa kecil dan dosa besar, dimurahkan rezeki dan dapat jodoh yang baik. Diakhir doa dia menyebut nama lelaki itu.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...