"Syukur Alhamdulillah.." ucap Awfa penuh kegembiraan. Setelah tamat waktu menjawab soalan peperiksaan terakhir nya di dalam dewan. Dapat dilihat ramai pelajar yang sedang berdoa mungkin turut merasakan perasaan yang sama seperti dia setelah struggle menghabiskan masa 6tahun di sini.
Lambaian tangan dari Ain disambut menandakan dia lega usai tamat soalan terakhir. Kini pengawas sedang mengutip kertas jawapan sebelum Ketua memberi kebenaran untuk melepaskan pelajar keluar dari dewan.
Keluar saja dari dewan dia terus mengambil beg sebelum mencari Ain. Pelajar yang berpusu-pusu keluar dari dewan buatkan suasana sedikit hingar bingar dan sesak. Terpaksa dia menunggu pelajar lain bersurai baru lah dia mencari teman baiknya itu.
"Awfa! Ni aku dekat sini.." panggil Ain yang berjarak 10meter dari tempat dia berdiri.
"Kejap nanti aku datang, biar orang bersurai dulu.." ujar Awfa agar temannya itu menunggu di situ.
10minit juga baru la dia dapat bergerak ke arah Ain. Elok saja minah tu duduk di pondok sendirian. Mungkin teman yang lain sudah pergi.
"Macam mana last paper okey tak?" Soal Awfa kepada Ain.
"Macam tulah okey je notbad soalan. Mula nya tak boleh nak brain jugak maklumlah soalan dia susah giler. Tapi berkat study ada yang masuk ada yang takde so bikin sendirilah jawapan." Balas Ain santai.
"Macam tu pun boleh eh? Pelik-pelik je kau ni Ain." Bebel Awfa dengan gelak kecil.
"Ni Awfa aku nak tanya satu soalan."
"Hurmm apa dia tu?"
"Kau dah berapa lama tak contact dengan famili kau?"
"Ehh lupa la.. last aku contact dorang 2bulan yang lalu sebab tak sempat busy dengan kelas pastu study kerap tak ingat nak buat skype dengan dorang. Mungkin malam ni kut sebelum balik minggu depan." Ujar Awfa dengan kepala tergaru-garu tidak gatal.
"Ehh dahsyatnya kau ni Fa.. sampai 2bulan tak contact.. Dah macam katak pun ada sampai tak buka socmed terus." Menggeleng kepala Ain dengan sikap kuat belajar si Awfa ni.
"Famili aku ni dia faham kalau aku lama tak contact aku ni tengah busy la tu. Sebelum tu memang aku dah cakap dekat dorang yang kedepannya aku sibuk mungkin tak sempat nak buka email or skype apa." Terus terang Awfa kepada Ain.
"Ouh okey.. kau jadi balik minggu depan ni? Kalau macam tu kita tempah tiket sekali la. Boleh aku naik flight dengan kau." Balas Ain.
"Terserah kau Ain, aku lagi okey ada teman."
"Jomlah kita balik.. esok free? Aku nak ajak kau cari gift sebelum balik. Mungkin payah la aku datang sini balik.. kau takpelah mana tahu datang sini balik lepas buat umrah."
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...