Awfa mengenakan Abaya kembang malam ini berwarna hitam. Mekap di wajah nya cukup tipis hanya untuk kelihatan sedikit berseri. Mukanya hanya ditampal sedikit bedak dan lipbalm. Sekejap lagi Ain dan Fateh akan sampai untuk menjemputnya. Dia menyuruh Lutfi menunggunya di lobi Hotel Casablanca senang untuk berpamitan sebelum masuk kedalam Hall.
Lampu kereta Audi milik Fateh menghiasi ruangan bawah rumah sewa miliknya. Awfa mengangkat sedikit kain yang meleret diatas pasir takut cemar dari segala kotoran. Mujur majlis bermula selepas waktu maghrib, tidak perlu dia sibuk untuk cepat berhias memandangkan majlis bermula pukul 9malam.
"Hai Awfa.. malam ni awak kelihatan cantik sama macam buah hati saya." Puji Fateh kepada Awfa dan kekasihnya.
"Ahaha terima kasih Fateh atas pujian awak. Nanti jangan lupa jemput saya ke majlis awak dengan Ain nanti dekat Dubai. Kalau sempat saya pergi majlis korang."
"Aku nak kau datang nanti majlis aku, kalau aku merajuk nanti majlis takkan jalan ye boyfie.." ugut Ain kepada Fateh.
"Awak dengar tu Awfa. Belum rancang majlis lagi dia dah merajuk kalau awak tak datang siap taknak teruskan majlis kalau awak takde.." gelak Fateh dengan karenah Ain.
"Kau ni Ain, kalau masa tu aku terdesak takkan la kau nak suruh aku pergi juga?" Bebel Awfa kepada kawannya itu.
"Kalau cam kes teruk sangat aku ikhlaskan je lah kalau kau tak dapat datang." Balas Ain mudah.
"Dah korang berdua jangan gaduh, nanti rosak kecantikan kamu berdua malam ini. Saya yakin majlis malam ni pasti meriah." Ujar Fateh penuh semangat.
Fateh memandu penuh berhati-hati kereta Audi miliknya menempuhi perjalanan yang memakan masa 45minit.
Sampai di lobi Hotel. Fateh, Ain dan Awfa turun keluar dari kereta. Kereta Audi Fateh diuruskan oleh penjaga khas untuk parking di parking hotel. Awfa mengekori kedua pasangan itu dari arah belakang sebelum dia bertemu dengan Lutfi yang sedang menunggunya.
"Maaf Lutfi sebab lambat.. si Fateh ni drive slow sangat sampai tertidur saya dalam kereta tadi." Bebel Awfa menyalahkan Fateh.
"Ehh saya pula, sebab saya bawa kekasih saya takkan la mahu drive laju nanti bersepah lah pakaian korang bila saya race." Ujar Fateh.
"Dah korang tak payah gaduh, sekarang jom kita masuk dalam Hall. Jom Awfa ikut saya karang hilang susah nak cari dah la awak tu tubuh kecil molek." Ujar Lutfi menyuruh Awfa berdiri di sebelah nya untuk masuk kedalam dewan.
Manakala Fateh dan Ain mengikuti dari belakang menunggu giliran.
Masuk saja dalam dewan Awfa dan Ain sudah terpegun, tak sangka dewan hotel saja sudah mewah dan perhiasan dalam dewan tak payah cakap memang tema Arabic gila.
"Wow Lutfi... Dewan ni gorgeous gila penuh Arabian Night. Siapa yang arrange dewan ni weyh.. Mesti mahal kos untuk sewa semua ni. Tak kira lah malam ni aku nak menang cabutan bertuah pertama." Ujar Awfa penuh semangat.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...