Seminggu berlalu dan Awfa lalui penuh ketabahan.. Dia dah redha dan dia terima dengan hati terbuka. Kini dia bersama Ain meluangkan masa di luar, mujur la Aira sudi drive hantar dia ke Suria KLCC untuk berjumpa dengan Ain. Sengaja ingin menenangkan diri melihat suasana bandar kuala lumpur. Manalah tahu ini kali terakhir dia jejakkan kaki di sini.
Awfa duduk dibangku menunggu Ain bershopping dengan Aira didalam. Awfa tak larat nak berjalan seperti biasa. Berat badan nya juga turun mendadak, makan juga kurang dan banyak berteleku di tikar sejadah sampai dia pun tak sedar terlelap disitu.
Muntah dan sakit kepala ibarat rutin hariannya. Dalam 2 hari atau jarak sehari pasti akan rasa mual tidak kira malam atau pagi. Tipulah dia tidak menangis kesedihan, jiwa dia terasa seakan ingin pergi jauh meninggalkan semuanya disini.
Tunggu temannya berbelanja sepuas hati, dia juga ingin meluang masa dengan Ain. Entah bila lagi dia akan bersama kawannya itu. Menitis air mata Awfa sungguh kini hatinya sangat sensitif, kadang dia sedang makan pun dia boleh menangis.
"Ya allah apakah petunjukmu sekarang ini? Kenapa kerap sangat aku menangis, rasa sedih tidak terkata. Bahkan aku rasa seperti ingin pergi jauh.."
Bibir diketap menahan diri dari titiskan air mata lagi. Tidak mahu sesiapa perasan dengan kesedihannya sekarang.
Apabila menyedari Ain sudah selesai bershopping dengan Aira baru la Awfa bangun dari kerusi.
"Dah siap?" Soal Awfa.
"Dah.. thanks Fa sudi datang bawak aku ke Suria ni. Aku datang pun dengan abang aku sebab tu takde kereta. Aira thanks yer sebab sudi drive datang jauh bawak akak datang sini.."
"No prob la kak.. lagipun kak Awfa pun tiada lesen jadi Aira okey je bawa kak Awfa dengan kak Ain datang sini. Dah lama tak keluar dengan kak Awfa."
"Dah la jom kita balik.. mama call tadi suruh bawa Ain balik. Banyak dah makanan spesial siap untuk dimakan." Ajak Awfa balik. Betul mama nya telefon suruh mereka balik makan dirumah memandangkan Mama ingin berjumpa dengan Ain.
Mereka bertiga berjalan turun ke tingkat bawah. Memandangkan Aira parking kereta di bawah basement.
Sampai di rumah Awfa mengajak Ain masuk kedalam bilik selepas saja Ain berbual dengan mama.
"Nilah bilik aku.. kalau kau rindu datang je sini, nak tidur atas katil ni pun boleh. Aku izinkan takde siapa nak marah bahkan tak elok kalau katil ni dibiarkan kosong. Kau datang je mama dengan papa pasti akan sambut kehadiran kau dengan hati terbuka Ain." Ujar Awfa dengan bicara tersirat.. tidak tahu apa maksud disebalik kata-katanya sendiri. Terluah dengan tiba-tiba.
"Kau ni Fa makin hari makin pelik, bercakap pun tak macam dulu. Kau nak pergi mana sampai suruh aku tidur bilik kau lagi." Balas Ain dengan pelik.. tidak sedap hati dengan kawannya seorang ini. Dulu di Morocco sekarang dekat Malaysia pun nak cakap benda pelik lagi.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...