{10}

31 3 0
                                    

     Berbaki 4hari lagi majlis akad nikah Fifi dengan Omar dan luka di hati Awfa turut sama berdarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berbaki 4hari lagi majlis akad nikah Fifi dengan Omar dan luka di hati Awfa turut sama berdarah. Sesiapa yang melihat pasti fikir Awfa sangat gembira melihat hari kebahagiaan Fifi dan Omar tapi jawapan nya meleset. Awfa tidak kuat dan rasanya seperti hilang seluruh jiwa. Bukan mudah ingin melupakan cinta pertama, walaupun hatinya sudah ikhlas melepaskan fikirannya masih sulit untuk meninggalkan semua kenangan lama.

Awfa memandang staf dan kakitangan yang sibuk menghias dewan dan pelamin. Pukul 10 pagi tadi Fifi datang dengan Omar menjemputnya untuk melihat pelamin, mulanya dia ingin menolak memandangkan Omar ada juga tapi melihat wajah kesian Fifi yang mahukan dia melihat dewan sanding mereka buatkan Awfa mengalah. Tidak selesa duduk di belakang tadi sebab Omar sibuk mencuri pandang dia tapi Awfa endahkan malah mesej Omar sebelum ni pun dipandang sepi tidak mahu berhubung dengan sesiapa lagi.

Pandai mereka pilih tema cukup cantik dan ringkas, kata Fifi dia mahukan majlis yang grand kerana kahwin hanya sekali saja sudah pasti lah dia mahukan perkahwinan impiannya.

Sedang Awfa ralit melihat pelamin tiba-tiba Omar datang menegur. Mulanya dia mahu pergi tapi bila Omar berdiri dihadapannya dia terpaksa duduk kembali. Matanya melilau mencari Fifi.. kemanakah wanita itu tadi ada saja berbual dengan pengurus pelamin didepan sekarang menghilang pula.

"Awak cari Fifi ke? Dia takde pergi jumpa florist dengan pengurus pelamin tadi." Ujar Omar menjawab persoalan yang bermain di fikiran Awfa. Dia tahu yang wanita dihadapannya mahu lari dari dia.

Awfa hanya diam tidak memberi tindak balas. Tiada apa yang perlu dibualkan. Dia sudah cukup kuat untuk bersikap profesional dihadapan lelaki itu. Jika dia melihat wajah Omar pasti saja hati dia mudah melentur dan itu sangat tidak baik untuk hati dan fikirannya buat masa sekarang. Sudah cukup hatinya hancur mendengar khabar berita pertunangan mereka. Sebulan cukup ni sudah buat hati dia merana dengan banyak bebanan fikiran.

"Awak tak nak berbual sedikitpun dengan saya Awfa.. awak marah lagi ke dekat saya? Saya minta maaf kalau boleh saya nak putuskan pertunangan ni dan nikahi awak sekarang. Cukup seksa saya lukakan hati kita berdua. Saya tahu awak cintakan saya bahkan saya tahu perasaan kita berdua tak bertepuk sebelah tangan kan Awfa?" Sambung Omar sambil menatap wajah gadis yang dicintainya sepenuh hati. Tipulah hatinya tidak merintih setiap malam di tikar sejadah. Betapa sakitnya bila dia terpaksa memutuskan untuk memilih pilihan si Ibu.

Awfa mahu marah tapi dia faham Omar juga sepertinya hancur dan terluka. Tapi itu pilihan lelaki itu bukan pilihan Awfa dan bukan dia yang memaksa lelaki itu memilih Syafifi dan kenapa perlu persoalkan sedemikian jika Awfa memilih untuk diamkan diri.

"Itu pilihan awak Omar dan juga bukan paksaan saya. Kalau awak dah pilih Fifi untuk jadi bakal isteri awak kenapa perlu marah saya? Bukan saya yang suruh awak kan?" Tegas Awfa memihak dirinya tidak mahu dia disalahkan atas perasaan lelaki itu.

"Tapi Awfa.. saya sedih bila awak pilih untuk jauhkan diri dari saya.. dulu kita kawan baik bila bertemu ada benda dibualkan. Kenapa awak pinggirkan saya bila awak dah balik?" Soal Omar dengan rasa kecewanya. Nampak sangat Awfa memilih untuk hindarinya bahkan gadis itu sikitpun tak balas mesejnya.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now