Zafran tersenyum gembira... akhirnya setelah 4bulan permintaan Awfa ingin pulang ke tanah air berjaya diluluskan oleh pihak atasan. Surat cuti yang diberikan kepadanya direnung penuh rasa teruja.Teringat akan wajah isterinya agar memohon cuti 2minggu untuk pulang ke Malaysia. Bicara soal anak.. mereka berdua serahkan kepada Allah, ada rezeki alhamdulillah kalau masih tiada mereka berdua akan usahakan dengan cara tradisional.
Terbayang wajah Awfa yang pasti teruja itu. Tersengih bahagia dirinya. Zafran melipat kertas dan menyimpan kedalam beg peribadi miliknya. Sepulangnya esok dia akan menyuruh Awfa bersiap simpan barang dan membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di Malaysia.
Aplikasi penerbangan dibuka untuk menempah tiket pulang.
Selesai urusan tiket. Zafran kembali menyambung berkerja menanda laporan pesakit hari ini. Mujurlah pekerja di sini tidak seperti di Malaysia pantang nampak yang hensem dinguratnya. Ada juga beberapa staf dan nurse yang cuba nasib tapi bila diberitahu dirinya sudah mempunyai isteri, mereka semua menghormati dirinya dan tidak mengganggu privasi dirinya lagi.
******
Awfa bersandar kelemahan di sofa ruang tamu, entah apa yang dimakannya semalam. Baru beberapa minit dia rehat rasa mual kembali membuatkan dia tidak betah menahan lama-lama. Bergegas dia lari anak mendapatkan sinki.
Semalam dia hanya makan roti dan bijirin seperti biasa apabila Zafran tiada dirumah tidak pula dia ada alahan dengan makanan ringan. Jika gastrik dia akan cirit birit tapi ini tidak hanya muntah keluar air dan sedikit letih.
Kalau period biasanya dia lebih selera makan ataupun manja tapi ini tidak makan pun tak berselera mana, beberapa hari ni dia rindukan suaminya. Kadang terliur ingin makan benda masam macam jeruk dan asam.
Kemudian dia menepuk dahi baru teringat yang dia sudah lewat tempoh hari period. Sepatutnya minggu lepas dia tak boleh solat tapi selepas seminggu tiada langsung tanda-tanda dia nak period.
'Adakah dia mengandung?' Desis Awfa dalam benak fikirannya. Masih ragu-ragu tapi ada kemungkinan juga kerana dia dengan Zafran sudah bersama lebih sebulan.
Rasanya dia ada beli pregnancy test sebaiknya dia cuba mana tahu rezeki mereka berdua tidak mahu menunggu suaminya takut terlalu menaruh harapan.
Lekas dia bangun dari sofa menuju ke bilik beradu dia dan Zafran. Laci yang berkunci khas untuknya didekati sebelum kunci diambil dari dalam kotak barang peribadinya. Dia lekas menarik bekas dan menggapai pregnancy test dan menuju kedalam tandas. Hampir 30minit dia berada dalam tandas menunggu keputusan.
Penggera telefon bergetar menandakan masa sudah cukup. Awfa membuka perlahan-lahan kelopak mata dengan tangan menggeletar memegang test kit. Naik dua garisan merah di bahagian tanda positif..
Awfa lekas keluar dari tandas dan duduk diatas katil. Dia mengucap syukur alhamdulillah. Tidak menyangka rezeki dia mengandung begitu cepat. Dia sangat gembira dan ini lah penantian yang sangat dia nantikan semenjak jadi isteri kepada Zafran Darrian. Allah membalas kebahagiaan yang melimpah ruah kepadanya.
Dulu Allah menarik apa yang dikejarnya, Allah menurunkan ujian kepadanya agar dia sentiasa kuat. Namun dia hanya gadis yang lemah tidak mampu bertahan. Dia mudah berputus asa tapi setiap kesabaran dan rintangan yang dihadapi nya penuh kecekalan. Allah hadirkan Zafran untuk menjadi penguat semangat nya dikala dia sakit. Allah berikan dia peluang untuk dia bertaubat menyesali khilafnya dan bersujud di baitullah kota suci Mekah. Dia di kelilingi orang yang masih menyayangi dan kini Allah berikan seorang suami dan rezeki yang tiada tandingannya.
Dia sangat bersyukur dengan kehadiran cahaya kecil nya yang masih baru didalam kantung rahimnya. Mesti Zafran gembira dengan kehadiran bayi kecil mereka.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...