{23}

13 3 0
                                    


Kereta bmw milik Zafran memasuki perkarangan rumah mama dan papa. Tak sangka kereta Omar ada juga dalam garaj selain kereta papa.

Zafran terus mematikan suis enjin kereta bmw miliknya. Awfa juga siap melepaskan tali pinggang dan keluar dari kereta. Wajah mama mula menghiasi mata Awfa.. tiba-tiba tubir matanya basah.

Dia lupa dia mengandung terus dia berlari anak mendapatkan mama di hadapan pintu tanpa sempat Zafran mendapatkan Awfa. Luas kelopak mata Zafran dengan kelakuan isterinya. Dia terjerit menegur Awfa yang sudah selamat masuk kedalam pelukan mama.

"Sayang behave!..." jerit Zafran. Pucat wajah tampan itu.

      "Sorry... sayang lupa ehehe.." ujar Awfa setelah melepas pelukan sang ibu dan memohon maaf pada Zafran.

    Hairan Puan Azah memandang anak dan menantu nya yang berkelakuan pelik dihadapannya. Pasti ada sesuatu yang mereka berdua sorokkan. Sudah lah pulang tidak berkhabar tahu-tahu saja mereka berdua sudah tegak di depannya.

"Kamu berdua ni kenapa? Ada apa-apa yang mama tidak tahu ke? Baik kamu cerita sekarang." Tegur Puan Azah.

"Apa yang bising-bising kat luar tu mama nya? Ehh bila sampai kenapa tak bagitahu kami balik.." tegur Encik Affan setelah sedar anak dan menantu nya sudah balik.

    "Kami balik hari Isnin semalam terus bermalam rumah mummy dengan daddy dulu. Hari ini terus balik sini sebab anak mama dengan papa dah rindu nak balik." Ujar Zafran.

    "Jom kita masuk dalam kesian Zafran dengan anak kita berdiri kat luar. Apa lah abang sambung borak kat luar pula." Tegur Puan Azah pada suaminya.

    "Jom masuk!" Pelawa mama dan menolak tubuh papa ke tepi. Tubuh Awfa diajak masuk kedalam.

   "Fifi ada kat dalam ke dengan Omar?" Tanya Awfa pada mamanya.

"Ada je sayang. Fifi tu tunggu masa je nak bersalin elok lah kamu balik boleh juga teman Fifi sementara Omar sibuk kat mahkamah untuk seminggu dua ni."

"Okey juga memandangkan kami cuti dua minggu tapi bergilir juga sebab mummy cakap dia nak buat majlis doa selamat untuk cucu sulung katanya. Boleh lah kita buat sekali kan mama?"

"Bagus juga nanti mama bagitahu papa kamu."

Masuk dalam rumah Awfa terus duduk di sofa. Kemudian Omar dan Fifi keluar dari bilik. Tersenyum gembira Fifi apabila wajah Awfa menghiasi kornea matanya.

"Awfaaa... rindunyaa.." terkedek-kedek emak buyung mendapatkan Awfa di sofa. Dia rindu kan wanita itu setelah 4bulan lebih Awfa di Australia.

Setelah bersalam Awfa memeluk tubuh Fifi yang berisi. Fifi kelihatan sangat comel dan wanita itu kelihatan berseri. Aura keibuan Fifi juga makin menyerlah.

Awfa hanya senyum pada Omar, dirinya masih lagi canggung dengan lelaki itu sejak kejadian itu. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Kisah dia dan Omar sudah lama berlalu biarlah dia dan Zafran meniti bahagia mereka.

"Bila due date kau ni Fifi? Aku tengok pun seram." Tegur Awfa. Bersinar matanya melihat baby bump Fifi di depan mata.

"Dalam dua minggu ni je Awfa. Aku kalau boleh berharap sangat kau ada sekali tengok aku bersalin."

"Aku tak tahu lah Fi sebab aku balik dua minggu je. Itupun suami aku dapat cuti dua minggu je.."

"Baby nanti keluar la awal sikit sebelum auntie balik Australia. Boleh lah auntie peluk cium kamu sebelum balik sana." Ujar Awfa sambil menggosok perut Syafifi.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now