Awfa meninggalkan Zafran yang kembali menyambung lenanya di dalam bilik. Dia ingin turun membantu apa yang patut dibawah. Walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah mereka berdua terus tidur semalam akibat terlalu kepenatan seharian dalam majlis. Walaupun sederhana majlis tetap meriah dengan ahli keluarga dan saudara mara yang hadir.
Masuk saja diruang dapur dia sudah diusik oleh Aira adiknya itu.
"Amboi kakak awal nya bangun. Tak penat ke malam pertama semalam dengan encik suami?" Jongket kening Aira mengusik kakaknya yang sudah mula ingin buka kekuda.
"Banyak la kau dik. Kami terus tidur semalam takde nya malam pertama honeymoon ke apa. Lagipun aku masih dalam rawatan suami aku nak aku sihat sepenuhnya." Jawab Awfa dengan jelingan pedas kepada adiknya.
"Ouh ingatkan dapat la anak buah cepat aishh kakak ni. Abang Zaf tu kemain hensem takkanlah tak cair lagi kak oii."
"Abang Zaf kau tu memang hensem dik. Tapi biarlah akak kau ni bercinta lama sikit dengan dia. Kalau dah ada anak nanti susah la nak bermanja nak bertempel dengan suami aku tu. Kau ni lupa ke dik yang Zafran tu doktor dah la dia busy karang dah ada anak mesti berebut payah la nak berdua." Balas Awfa memerli Aira. Dia baru saja mahu bercinta dengan encik suami. Sibuk je adik dia nak suruh dia bunting.
"Ishh kau ni tahu la dah kahwin. Kesian Aira yang single. Sekurangnya bertapis la ayat tu." Bebel Aira setelah siap membelah ikan bilis kepada dua. Berasap pula telinga bila kakaknya berbicara perihal orang kahwin.
"Tahu takpe. Sape suruh gatal sangat tadi kan dah meroyan. Mama nak buat nasi lemak ke Aira?"
"Hurm mama nak buat nasi lemak dengan bihun goreng. Ringkas je tapi banyak la untuk jamu saudara kita yang masih ada lagi. Kak fifi dengan suami dia keluar cari kuih kat kedai nanti balik la tu." Ujar Aira menjawab pertanyaan kakaknya. Boleh diselit jawapan yang tiada kaitan sekali.
"Akak tak tanya pun kemana Fifi dengan suami dia pergi. Kau ni kan dik sengaja kan. Kira baik kau adik aku kang aku cubit lengan kau lebam satgi." Bebel Awfa, walaupun dia dah maafkan dan terima dengan seadanya tidak semestinya dia ingin tahu tentang fifi cukuplah dia dah lepaskan semua.
"Mana lah tahu kut ii kakak masih ada hati dekat mamat tu. Bukan Aira tak tahu yang dia pernah jadi crush akak." Bisik Aira perlahan agar mamanya tidak mendengar perbualan rahsia kakaknya.
Awfa jegil kan mata kepada Aira. Berani adiknya ungkit kisah lama. Dia sudah redha dan ikhlas lupakan Omar. Boleh pula si Aira ni bangkitkan. Mesti si Aira baca buku diarinya yang tertinggal dulu.
"Benda dah lepas Aira. Kalau akak cintakan dia lagi. Takkan lah akak sesenangnya nak terima abang Zafran tu? Akak dah move on dan akak pun dah mula mencintai Zafran sejak dia tulus jaga akak sepanjang akak sakit." Cerita Awfa.
"Aira tahu la kak. Aira sendiri nampak macam mana akak sayang kan abang Zafran tu. Bertuah abang Zafran sebab dapat miliki akak. Mesti abang Zafran sayang gila dekat akak kalau tak takkan lah dia gila sangat nak cepatkan majlis tu."
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...